Archive for August, 2007

Fiqh al-Shafi`i or Fiqh al-Sunna?

Saturday, August 25th, 2007

The question [] is not whether we should follow Imam Shafi`i or the Prophet (Allah bless him and give him peace)—any Muslim who has a single brain cell knows the answer to that question. The question is whether to follow the Sunna of the Prophet (Allah bless him and give him peace) as understood by Imam Shafi`i, or to follow the Sunna of the Prophet (Allah bless him and give him peace) as understood by the mysterious, unnamed person, who is probably the author of the book that you’re holding in your hands.

Read the complete article here

Nota Syarahan Feminisme [6]

Wednesday, August 22nd, 2007

Bagaimana agaknya wanita-wanita ini dilayan dalam masjid kita sekarang?

Wanita-wanita yang kita bicarakan ini sangat dinamik dan berani. Dan penyebaran Islam terus bernafas atas jasa para wanita ini.

Apakah pengajaran dari wanita-wanita silam yang berani dalam perang ini?

Apa yang diceritakan ini bukan sekadar cerita, tapi adalah masyarakat yang dibentuk oleh rasulullah (s). baginda bukan sekadar membenarkannya, tapi dengan aktif mengaturkannya.

di Cina, masyarakat itu wanita memainkan peranan penting. dan tamadun islam cina lebih tua dari syria. para wanita senang saja mempelajari seni pertahan diri dan sebagainya.

nusaybah – seorang mujahidah dan mujtahidah (kerana menggunakan ilmunya untuk membuat tindakan sendiri)

Kita akan lihat kemudiannya contoh nusaybah ini dalam wanita terkemudian.

Di mana kita pergi, manusia akan bentuk budaya. Budaya itu ekspresi idea, nilai, objektif, dan sebagainya.

Elemen budaya sangat penting dalam segala kes hukum hakam Islam.

Bila kita toleh kembali sirah, kita bukan saja lihat ajaran rasulullah, tapi juga lihat budayanya yang dibentuk rasulullah.

Budaya ini sangat berbeza dengan budaya Bizantin/Rom dan Parsi. Pemisahan antara jantina secara radikal terdapat seperti Gymnazium di Rom dan Purdah di Parsi.

Tapi masyarakat arab Islam itu tidak begitu radikal. Khalid al-walid terbuka sahaja terhadap wanita turut dalma perang. Para sahabat tidak menghadapi masalah terhadap wanita.

Persoalan ini adalah persoalan diri kita sendiri. Maklumat ini sangat menarik dan bernilai. Kita perlu hargai hakikat ini.

Masyarakat kita di US ini sangat menghendaki penglibatan wanita dalam ekonomi dan kepimpinan. Ini sebenarnya mirip situasi awal Islam dlm masyarakat Arab lampau.

Nak jauhkan dari masyarakat boleh aja. Tapi kita perlu diberi pilihan untuk tidak dipaksa pemisahan radikal sebegini.

Tanya saja siapa Joanne of Arc, siapa di kalangan orang Eropah tak kenal?

Tapi kalau tanya umat islam siapa khawla dan azdah, mana ada orang kenal!

Antara buku rujukan utama saya ialah buku dari Umar Ridaa Kahhalah. Buku berbahasa arab ini khusus menceritakan biografi wanita.

Sebuah lagi buku ialah dari Leila Ahmed bertajuk Women and Gender in Islam. Ini antara buku terbaik mengenai jantina. Saya mengenali penulis ini, seorang yang sangat cerdik dan berfikiran terbuka.

Seorang lagi ialah Wiebke Walther bertajuk Women in Islam: From Medieval to Modern Times. Seorang teman rapat Anne Marie Schimmel.

Ada lagi satu buku – oleh Fatima Mernissi. Kita mungkin bercanggah pendapat dengan beliau. Tapi beliau sangat cerdik walaupun jelas kelemahannya dalam bahasa Arab meski beliau orang Maghribi. Tapi beliau satu-satunya yang mengetengahkan para permaisuri dalam sejarah Islam.

SOALAN: Wanita kadang-kadang diletakkan dalam keadaan terperuk bila di masjid.

Kita sering bawa budaya dari negara asal kita dan cuba terapkan di masjid.

Ramai wanita Islam tidak selesa kunjung ke masjid di USA ini. Rasa macam diasingkan.

Apatah lagi perasaan terhadap orang bukan Islam yang berminat nak mendekati komuniti Islam.

—-

Cuba ingat semula bagaimana Rasulullah mengangani al-fadhl yang tenung seorang wanita jelita. Beliau cuma palingkan pandangan al-fadhl dengan lembut.

Roh Islam itu tidak rigid. Umat islam di USA generasi pertama sangat terbuka dan memahami. Generasi kedua, mereka agak anti-budaya. Ini membayangkan budaya yang terpesong. Mereka mungkin takutkan asimilasi – bagaimana memelihara identiti.

Reformis Islam sepanjang kurun 20 telah bangkitkan masalah jantina ini. Seolah satu paru-paru rosak. Pastinya ini melemahkan competency dengan bangsa lain.

—-

Pabila Islam sebar ke Iraq, Parsi, Syria, Mesir dan lain-lain, penyebaran ini sebenarnya makan masa lama untuk jadikan Islam sebagai kelompok mejoriti – 400 tahun mungkin.

Tapi sejak awal, kita dapat lihat converts. Convert sebenarnya membentuk majoriti dalam masyarakat Islam.

Orang-orang convert akan bawa budaya dan nilai2 mereka. Malah, sekolah2 pemikiran dalam Islam itu dibentuk dari masyarakat yang berperadaban. Kehendak mereka terhadap wanita berbeza.

Tiada bandingan keterbukaan orang arab terhadap wanita. Contohnya, ketika saya di Persepolis (Iran), tak terlihat langsung seorangpun wanita. Saya hanya dapat tahu kemudiannya di mana para wanita tersorok. Barangkali budaya sebegini yang membentuk segregasi jantina dalam masyarakat islam umumnya.

Kurun 19 dan 20 sangat beza dengan sebelumnya. Hampir disepakati di kalangan pengkaji zaman ini bahawa status wanita jatuh mendadak, mungkin kerana faktor penjajahan.

Tapi sebenarnya masyarakat agrarian zaman sekarang masih pertahankan status wanita. Mereka masih main peranan penting. Umpamanya saya teringatkan pengalaman di Tlemsen, ALgeria. Dalam sebuah keluarga sharif yang berilmu dan integriti tinggi. Wanitanya main peranan penting, interaksinya sangat semulajadi dan terbuka.

Selok-belok Pemikiran Islam di Alam Melayu dan Jenguk Gerangan Orientalisme dan Oksidentalisme

Sunday, August 19th, 2007

WACANA KEMERDEKAAN

Tajuk:

“Selok-belok Pemikiran Islam di Alam Melayu dan Jenguk Gerangan Orientalisme dan Oksidentalisme”

Tarikh dan Lokasi:

25hb Ogos 07 (Sabtu)
9.00 malam
Dewan Seminar 1 Anjung Rahmat

Pembentang:

Mohd Zaidi Abdullah al-Shah’alami

Anjuran Bersama:

Akademi ‘Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun
dan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Maklumat lanjut, sila hubungi: Mohd Mujahedd; 012-2370016, yelderinmujahed@yahoo.com atau Hafiz; 012-3075796

Nota Syarahan Feminisme [5]

Saturday, August 18th, 2007

wanita crouching tiger – iaitu nusaybah

azdah bint al-harith

umm habib bint al-’as

hidden dragon – khawlah bint al-azwa

di tempat queen elizabeth, ganti dgn zubaidah bint jaafar dan nurjihan

bila lihat sejarah islam, kita ada pelbagai sumber sejarah yang boleh dijadikan kisah sangat indah, yang lebih real berbanding kisah2 lama tamadun cina, jepun, barat etc.

bagaimana rasulullah menangani isu jantina – sangat natural caranya – seorang nephew rasulullah bernama al-fadl – seorang wanita jelita termenung kepada al-fadl, al-fadl juga membalas tenungan itu – rasulullah nampak, berikan peluang, kemudian palingkan pipi alfadl ke arah lain. – di sini nampak kelembutan cara rasulullah, tiada rigidity.

nusaybah bt ka’b – dari suku Ansar madinah – seorang sahabiah, perawi hadith tapi tak banyak sebab mati awal – seorang mujahidah dalam segala aspek. terkenal dengan deen, nusuk, ijtihad dan berdikari.

wanita quraisy beza kerana budaya lain – dalam masyarakat mekah, ekonominya perdagangan caravan. khadijah tak naik caravan, bahaya. di madinah ekonominya pertanian di mana lelaki dan wanita bertani sama-sama. maka di madinah wanita kuat dan dominan. sebab itu wanita ansar turut dalam perang. sementara, wanita mekah. nusaybah antara yang berada dalam perjanjian aqabah. what man can do better than her? wherever i looked there she was

perang uhud – muslim mulanya tengah menang – kafir datang kembali, nusaybah menjadi penyelamat rasulullah – nusaybah cedera, hampir tak boleh berjalan langsung, para sahabat angkut beliau. rasulullah taknak masuk rumahnya selagi dapat khabar nusaybah.

perang yamamah – peristiwa yang sangat kritikal – musaylimah adalah ancaman terbesar umat islam selepas kewafatan rasulullah. Orang najd ini gagah, pahlawan hebat. jadi perang ini sangat sukar. Nusaybah pergi perang ini, abu bakar suruh khalid jaga nusaybah. abu bakar pastikan khalid beri kehormatan kepada nusaybah.

dalam perang itu, nusaybah kini sedikit tua, tangannya putus dalam perang ini. tapi yang susahnya bukan tangan saya, tapi khalid mengubatnya dengan meletakkan baki tangannya ke dalam air mendidih.

dalam perang yarmuk di jordan, perang yang teragung pasca kewafatan rasulullah – ini perang menentang bizantin rom – rom sudah lama bersedia, dan tentera mereka dilatih penuh. seorang pahlawan bernama juwairiyah, dari keluarga abu sufyan (keluarga kaya), kudanya bagus. beliau terkenal sebagai antara yang paling berani. walaupun muslim menang, tapi hampir kalah. Umm Habib bint al-’as menjadi hero.

bila kita bicara tentera, terus kita fikirkan semuanya lelaki. tapi dalam pasukan tentera islam, lelaki membawa turut isteri dan anak perempuan mereka dalam perang.

azdah bint al-harith: di basrah, antara tigris dan euphrates, dalam perang menentang parsi. bilangan parsi jauh lebih besar. macam mana nak pertahan diri?

azdah bincang para wanita – kata mereka, hanya satu pilihan iaitu turut serta dengan lelaki dalam perang itu. azdah buka tudung, ikatkannya ke spear jadi bendera supaya bila lari masuk perang, mereka dianggap tentera lelaki “reinforcement”. break the back of persian army.

khawla bint al-azwa: the Hidden dragon
-masuk tentera khalid al-walid, alrabi’ ibn utbah – abangnya tokoh penting – khawla masuk perang menentang bizantin kerana nak tolong abangya, iaitu Dirar. dirar ini pakar martial art (seni pertahan diri). masuk perang tanpa apa-apa armor. khawla pakai armor dan niqab etc, untuk sorok jantina beliau. kerana zaman itu, pemakaian niqab itu bukan wanita sahaja, lelaki juga pakai. khawla bukan sahaja perang lawan rom, tapi cuba mencari Dirar. al-rabi’ tertanya-tanya siapaka orang itu. semuanya menyangka orang sehebat itu (khawla) tidak lain hanya Khalid. kemudian bila rabi’ temu khalid, mereka bingung. mereka tanya-tanya siapa beliau.[panjang lagi cerita ni]. kisah ini barangkali boleh jadi kisah hollywood.

antara kelebihan wanita dalam tentera ialah mempertahankan integriti moral tentera tersebut – bila ada ibu, kakak terlibat, rasa tentera tu macam natural, jaga disiplin, juga lebih bersungguh untuk jaga wanita dalam tentera itu.

dalam kes perang dengan bizantin itu, mereka guna taktik menangkap semua tentera wanita. tapi mereka tak sangka ada wanita sehebat khawla. [potong] kisah yang indah, bukan sekadar kisah reka2, tapi kisah benar.

lihat bagaimana hollywood memaparkan old wild west dengan orang berkulit putih berpakaian segak naik kuda etc sedangkan org hitam hina. padahal ikut sejarah ini tidak tepat, ramai juga orang hitam cowboy. malangnya hollywood taknak gambarkan realiti ini, dan dengan inilah masyarakat terpengaruh. kalau gambarannya lebih tepat barangkali mudah sedikit untuk rakyat US terima perpaduan kaum.

kita perlu pelajari perkara ini.

Nota Syarahan Feminisme [4]

Saturday, August 18th, 2007

Peraturan hijab timbul sewaktu zaman di Madinah. Hijab dalam al-quran merujuk kepada keperluan “langsir” di dalam rumah rasulullah.

zaman itu takde wujud perbezaan ruang awam dan ruang sendiri – rumah2 tak ada langsir, tak ada bilik2, tak ada pagar etc. semuanya terbuka – tiada “partition of space”

maka, hijab itu pertamanya adalah untuk memisahkan ruang awam dan peribadi. maka wanita isteri rasulullah berada di belakang “hijab” supaya pelawat-pelawat tak nampak.

kenyataan bahawa mengurung wanita ke dalam rumah itu adalah merujuk kepada hukuman.

dress code pakaian wanita ialah lazimnya muka didedahkan, walaupun niqab juga sesetengahnya digunakan. tapi lelaki juga pakai niqab. maka niqab ini fungsinya lebih kepada untuk menyorok jantina.

lelaki dan wanita pemakaian mereka hampir sama – mereka umumnya miskin – pakaiannya seperti orang pegi haji – kain. ada juga sesetengah yang pakai seluar dan shirt.

wanita terlibat dalam hampir segenap aspek masyarakat, malah juga dalam peperangan dan aktiviti politik (sebagai penasihat).

ruang awam tidak dipisahkan antara lelaki dan wanita.

Konteks perkembangan awal islam ini sangat radikal dari segi hak antara jantina.

contoh hadith – women are nothing less than full sisters of men (not half sister of men).

as-shifa bint abdillah – wanita quraisy – mendidik ruqayyah menulis – rasulullah sering melewatinya. saidina umar juga selalu minta nasihat as-shifa, jarang sekali polisi umar menentang pandangan as-shifa. as-shifa juga in-charge pasar dagang di Madinah.

Asma bint uways – juga seorang penasihat hebat – umar selalu jumpa beliau untuk minta nasihat, dan juga sebagai pentafsir mimpi.

Fatimah bint qays – prominen di kalangan para sahabat – seorang intelek – dianggap seorang yang sempurna dalam segala aspek – selalu saja sedia menolong – wanita yang sangat terkenal

Satu lagi perkara ialah isu Epistemologi Kepastian – bila ditimbulkan isu jantina, kita ada beberapa teks yang problematik. contohnya ialah teks yang perlukan 2 saksi wanita, dan hadith bahawa wanita itu lemah inteleknya.

dalam sejarah islam klasik, terdapat perbezaan antara ulama dan orang awam – perkara yang membezakan ialah kemampuan membezakan yang definitif dan spekulatif. contohnya, perkara tauhid – satu tuhan. juga perkara bahawa solat itu 5 waktu. tawaf itu 7 kali. ini semua perkara qat’e (pasti). jadi perkara2 yang umum ini qat’e, cuma perbezaan dalam hal2 spesifik.

contoh “whoever brings fallow land to life owns it” – maksud zahirnya jelas, bahawa sesiapa yang jumpa tanah yang tak ditani, dan bercucuk tanam situ, maka tanah itu miliknya. ada sesetengah ulama, contohnya, abu hanifah, kata ianya benar hanya jika pemerintahnya membenarkan. hadithnya tak jelas, pendapat abu hanifah. kita tak ada hak membuat asumsi terhadap konteks hadith ini.

persoalan besar yang ditimbulkan dr jackson dalam Islamic Literacy ialah memahami perkara-perkara qat’e dan tidak. jika tidak, orang yang ikhlas sekalipun akan tersilap faham dan cenderung mengambil pandangan zahir kenapa seolah nampak ianya pasti/jelas.

kita perlu memberi definisi patriarki. kita juga perlu adil dan saksama. amina wadud tak pernah mendefinisikan “patriarki” walaupun beliau selalu sahaja menolaknya.

“ideologi” itu memperkasa sesuatu kelas manusia di tangan orang lain.ianya terminologi yang diperkenal oleh golongan marxis.

apa yang kita boleh lakukan untuk memperkasa wanita seperti zaman dulu itu? budaya, zaman itu sangat penting dan perlu faham konteks budaya, manusia dan zaman itu. kena guna fiqh dengan bijak. tahu mana yang kekal, mana berubah.

Nota Syarahan Feminisme [3]

Friday, August 17th, 2007

3 perkara utama:

apa itu patriarki? the red flag of feminist discourse. feminisme berkait dengan masyarakat islam, maka kita kena tahu bagaimana untuk berhubung dengannya

adakah masyarakat rasulullah itu patriarkal? (dominasi lelaki)

epistemologi kepastian (epistemology of certainty) – bagaimana kita kenal pasti sesuatu itu sebagai kepastian. di mana asas kepastian? apa yang jelas, mana tidak. perkara yang pasti adalah perkara “qat’e” – prinsip-prinsip umum. yang definitif untuk islam ialah ianya suatu rahmat. maka, sesuatu prinsip yang qat’e ialah pembawaan rahmat. mereka yang tak faham epistemology kepastian, mereka jadi literal dalam tafsiran, ini boleh membawa banyak kesilapan yang bertentangan dengan intuisi.

Essensialisme (sikap pukul rata): adakah patriarki itu asasi? atitud yang essensialis (asasi). apakah wanita itu semuanya memiliki sifat asasi? atitud essensialis terhadap wanita, contohnya, wanita itu lemah etc. Tanggapan salah di sini ialah kerana dianggap ada sifat2 yang monolitik/rata. sedangkan, setiap masyarakat islam itu ada budaya tersendiri, dari segi perbezaan masa mahupun geografi.

sangat penting untuk bezakan Islam sebagai suatu ajaran dan islam sebagai suatu fenomena sejarah/masyarakat, beza antara Islam dan Muslim.

Wanita di medina seperti nusaybah berbeza dengan wanita di mekah. medinah itu datang dari masyarakat pertanian di mana wanita dan lelaki bertani bersama. masyarakat pertanian seperti ini, wanita dan lelaki sama saja (equal).

Di mekah, ekonominya berdasarkan perdagangan jarak jauh. dan caravan yang diguna utk angkut barang dagang tak sesuai untuk wanita. saidatina khadijah jarang guna caravan, akan menghantar wakil/ejen.

kena faham konteks sebegini, juga konteks zaman, tujuan etc. ucapan2 rasulullah, contohnya, adakala dalam konteks arahan peperangan, ada secara peribadi etc.

[banyak contoh tentang "konteks" lagi diberikan]

hadith bahawa wanita lemah intelek dan keagamaan. ini suatu hadith sahih. apa konteks hadith ini?

ini diucapkan baginda dalam solat raya kepada penghulu Ansar – “Saya tidak pernah melihat bagaimana hebatnya wanita mendominasi lelaki. tapi ingatlah pada Allah”.

PATRIARKI itu pemerintahan berdasarkan bapa. penggunaannya diambil dari biblical texts (the patriarchs of Israel). selalu “father” digunakan sebagai Tuhan. bukannya literal, tapi suatu metafora. “son” itu juga metafora saja, kata mereka. patriarki lazim menjadi ideologi.

tapi dalam Islam itu takde penggunaan “father”. tiada jantina terhadap Tuhan.

patriarki biologi: juga suatu essensialisme bahawa wanita miliki sifat biologi yang lemah, cepat menangis, pemaaf.

male is the standard, female defined as the opposite of that

ada juga manifestasi dalam sistem politik. mereka mengekstrimkan essentialisme wanita.

saya kurang suka terjemahan, kerana setiap buku itu ada konteks tersendiri yang akan hilang bila diterjemah.

wanita dalam kehidupan peribadi Rasulullah: hidup dalam masyarakat patriarkal walaupun ada ruang untuk wanita berstatus tinggi seperti Khadijah.

teks kita bercakap terhadap masyarakat patriarki itu.

sebuah ayat berkata saksi seorang lelaki setara dengan 2 wanita. perlu lihat konteks masyarakat. sesetengah fuqaha mengambil soal konteks ini dengan serius, antaranya ibn taymiyyah dan ibn hajar, al-qarafi.

mereka memahami ayat ini sebagai taking of evidence, bukan giving testimony in court. katanya ada konteks budaya patriarki. ada tekanan sosial di situ, tapi dalam keadaan tiada tekanan sosial patriarki, seorang hakim hanya perlu tahu mana yang benar – jika wanita itu cukup syarat sebagai saksi sudah cukup setara dengan wanita.

ini disokong juga oleh realiti bahawa wanita meriwayatkan hadith. rasulullah berkata ambil separuh dari agamamu dari wanita muda ini (aisyah). dan aisyah tak perlu pun ada sokongan saksi lain.

juga kenyataan bahawa terdapat wanita zaman2 awal itu yang mengeluarkan fatwa sebagaimana lelaki. Dan takde lelaki yang menolaknya.

Jadi ada percanggahan di sini antara realiti sebagai saksi dan dalam riwayat hadith/beri fatwa.

umm aiman, halimah adalah sumber maklumat rasulullah sewaktu kecil. umm aiman tahu sebab sentiasa bersama rasulullah. abu bakar, umar selalu saja ikut rasulullah temu umm aiman, dan beliau tenung saja kepada umm aiman.

dan khadijah mainkan peranan teramat penting dalam Islam. dan ini bukan tak sengaja, tapi sebahagian perancangan Allah. ambil kira juga bahawa kematian khadijah itu suatu kesedihan yang teramat besar, barangkali lebih sedih dari kehilangan unclenya.

umm salamah – isteri rasulullah – seorang wanita prominen, bersama di sisi rasulullah di hudaybiyah. rasulullah waktu ini sudah besar kuasa dan pengaruhnya, boleh saja paksa masuk mekah. tapi dalam perjanjian hudaybiyah nampak macam kesilapan, tapi mengejutkan hingga para sahabat tak terkata-kata.

rasulullah menyuruh para sahabat mengorbankan haiwan ternakan, mereka tak buat apa2. beliau berkata kepada umm salamah. umm salamah kata cukur rambut sendiri dan korbankan haiwan sendiri. ini tiba2 membuatkan bebanan terhadap para sahabat terus hilang, terus cukur rambut mereka, korban haiwan ternak.

A Constructive Islamic Response to Liberal Thought

Wednesday, August 15th, 2007

Tarikh: Sabtu, 18 Agustus 2007
Lokasi: Ruang Epsilon tk. 4 Institute Pengajian Siswaza (IPS) Universiti Malaya
Jam: 09.00-01.00 – Waktu Malaysia
Penceramah: Dr. Abdul Haq Alan Godlas ( Georgia University , USA )
Moderator: Dr. Ugi Suharto (Pensyarah UIAM)
Fasilitas: Makanan Ringan dan Sertifikat (free of charge!)

MUFTI PERLIS SILAP

Thursday, August 9th, 2007

Saya rasa penulisan Dr Asri pada 5 Ogos 2007, dari segi ilmunya rasanya tidak kukuh. Hendak dikata itu metod al-Qardhawi, rasanya tidak juga.

Saya terkejut apabila perkara-perkara di bawah ini diperli secara sinis. Seolah-olah semua yang dibuat oleh orang lain semuanya negatif:

1. Dr Asri menegatif belajar haji secara tertib sebagaimana hari ini (seolah berdosa kerana menyusahkan agama). Pada saya, baguslah belajar haji secara tertib untuk makcik-pakcik kita mudah faham. Bukan setakat teori, dibuat juga amali. Supaya dijauhi perkara khurafat. Kerana itulah, jemaah haji kita terkenal dengan jemaah paling tertib.

2. Belajar bab air, sampai mualaf tak sembahyang. Diperkecilkan pendakwah sehingga dikatakan tidak reti berdakwah kepada mualaf. Dituduh pendakwah yang tidak bagi mualaf solat, sebab tidak tahu jenis air! Benarkah ada pendakwah kita sebegitu jahil!

3. Belajar solat dengan tidak bergerak secara berlebihan. Hadith-hadith berkaitan peraturan solatkan banyak. Mempelajarinya adalah sebahagian dari mempelajari hadith-hadith tersebut.

Adakah kerana takut dikatakan menyusahkan agama, Dr Asri mahu menyeru supaya dibaca sahaja sendiri-sendiri perkara-perkara tersebut? Tak perlu belajar dengan guru. Kalau begitu, apa perlu Rasulullah SAW menghantar Mu’az bin Jabal ke Yaman? Apa perlu Rasululah SAW menghantar sahabat-sahabat lain untuk mengajarkan agama dan ulama-ulama sahabat itu perlu berijtihad pada masalah-masalah yang tiada nas al-Quran dan sunnah.

Islam sememangnya mudah untuk diamalkan. Walaupun begitu, ada juga kesusahan (masyaqqah) yang memang perlu dilalui manusia untuk menunaikan tanggungjawabnya. Contohnya, untuk solat subuh, kena bangun awal pagi dan bangun awal pagi tu susah. Cuba tanya orang Cina atau India, ajak mereka bangun waktu subuh, mereka akan kata susah! Tapi Syariat Islam memang meletakkan sedikit kesusahan (yang masih dalam kemampuan manusia) sebagai menguji lambang ketaatan setiap umat Islam. Adakah kerana Islam itu mudah, maka tak perlu melakukan perkara tersebut?

Dr. Asri berhujahkan dengan hujah yang popular berkaitan Islam itu mudah, iaitu:

i. Ayat Surah Baqarah, ayat 185 bermaksud: Allah mengkehendaki kamu kemudahan, dan tidak mengkehendaki kamu kesusahan.

Ayat di atas ini, adalah sambungan dari arahan berpuasa, dan kelonggaran terhadap orang sakit & musafir. Maka Allah SWT bagi kemudahan dengan beberapa kelonggaran. JuNamun, menafikan keperluan belajar haji secara berguru dengan menggunakan ayat ini, pada saya adalah tidak tepat, tidak amanah dan menyongsang sama sekali.

ii. Ayat Surah al-Nisa`, ayat 28 bermaksud: Allah meringankan ke atas kamu, kerana manusia itu dijadikan lemah.

Ayat ini berkaitan ayat sebelumnya iaitu pengharaman berkahwin dengan ibubapa, adik-beradik dan mahram. maka diberikan kelonggaran berkahwin dengan wanita-wanita islam dan hamba sahaya Islam, dan inilah keringan ke atas umat ini. Jadi, menggunakan ayat ini untuk menafikan belajar fardhu ain (contohnya bab air), juga satu yang tidak amanah dan tidak tepat.

Memang ulama memberi kaedah bahawa sesuatu ayat tidak dikhususkan untuk sebab itu sahaja, tetapi mentafsirkannya untuk menyokong idea kita yang jauh dari kefahaman al-Quran, sunnah dan tradisi ilmu islam juga merupakan satu penyelewengan. Saya takut penulisan Dr Asri diterima bulat-bulat oleh masyarakat yang tidak mengerti kefahaman sebenar ayat -ayat tersebut. Semoga kita sentiasa dalam hidayah dan taufiq dari Allah SWT.

Abu al-’Izz Nazil al-Qedah
Univ. of Jordan

Nota Syarahan Feminisme [2]

Thursday, August 9th, 2007

Bagaimana feminisme masuk dunia Islam?

Bapa feminisme di dunia Arab ialah Qasim Amin – tulis Liberation of Women 1899 – dari kelas atasan Mesir – menginternalize perspektif pihak penjajah yang dikepalai Lord Cromer.

Lord Cromer ini yang galak pencetekan buku tersebut. Cromer seorang konservatif di England, dan presiden gerakan pemansuhan feminisme. Tapi, mengapa beliau mahukan feminisme di MEsir? Kerna ia strategi pembaratan, memecahkan budaya sedia ada.

Maka peristiwa tersebut menjadi titik tolak liberalisasi wanita. Qasim ini juga sebenarnya sama saja tak pedulikan hak wanita sebagaimana Cromer, berdasarkan keluarga dan cara hidup beliau. Isu ini digalak kerana ada agenda tertentu.

Qasim fokus kepada isu2 spesifik – tidak fokus pendidikan, hak bekerja, kesihatan wanita, isu keluarga. Beliau hanya fokus kepada isu pemakaian tudung dan pengasingan wanita dalam masyarakat. Itu sahaja.

Isu ini beliau samakan dengan segala yang ketinggalan, segala yang negatif, segala yang perlu diubah.

Sejauh mana penting isu ini, hakikatnya ia bukan isu yang substantif (takde isi).

Maka, apa terjadi kepada masyarakat? – Terjadilah pemberontakan besar yang datangnya dari para nasionalis.

Nasionalis ni tak kisah pun pasal Islam, tapi mereka anti-penjajah. Mereka menentang feminisme ini kerana ia dilihat sebagai agenda barat/penjajah.

Beransur-ansur, ulama juga ambil bahagian dalam konflik ini.

Apa yang terjadi ialah diciptakan sebuah legasi of taking issues that belong to culture and have place in islamic law and making it into cutlural symbols and banners – maka dengan itu, substancenya hilang. yang tinggal ialah peperangan simbol.

simbol-simbol jadi seolah mewakili segalanya. Perkara ini perlu kita sedari. kita perlu teliti kaji isu2 politik dan sosial, ketepikan slogan dan simbol. Bercakaplah berasaskan hukum Islam – halal, haram etc.

Bagaimana Feminisme masuk dalam dunia Arab menjadikannay suatu isu bermasalah. Perdebatan ini mengakibatkan kita hilang fokus pada substancenya.

20 thaun belakang ini, sungguh byk penulisan dihasilkan berkenaan feminisme. Pandangan moden adalah asasnya pandangan Barat. Tapi, pandangan pasca moden lebih menguatkan individu, dan boleh berbicara atas landasan nilai kita sendiri.

Kita akan perincikan persoalan wanita dalam politik (permaisuri, queen etc), dalam peperangan, dalam sains/ilmu, mistik dan lain2…

Perubahan sebenarn adalah perubahan yang berasaskan struktur ekonomi, politik, masyarakat dan dalaman manusia. Perubahan pada simbol tidak membawa apa-apa.

Bagaimana boleh lakukan perubahan kalau takde ruang perdebatan.

bila kita asingkan ruang awam dan bezakan ikut jantina dan kelas masyarkaat ini akan ganggu struktur kuasa.

menyekat kebebasan bersuara lazimnya suatu tindakan politik.

Fatimah mernissi – seorang bijak walaupun tak reti arab. idea beliau perlu diambil kira. jangan baling2 pisang kat beliau. kalau orang buat sesuatu kesilapan kita perbetulkan. yang ingin beliau sampaikan ialah bahawa wanita perlu terlibat dalam diskusi.

mengapa jantina suatu isu penting?

nilai yang saya pegang waktu kecil adalah nilai yang bawa saya ke agama ini, nilai ini dididik oleh ibu, makcik dan nenek saya.

kisah sahabatnya di arab saudi punya isteri yang cukup warak zuhud tapi tak tahu dunia luar, tak keluar. malang..

al-jahiz – buktikan ada kerisauan terhadap isu2 kemanusiaan, sedar ada kesan2 sosial dan sebagainya.

wacana feminis beragenda — takde faedah kepada wanita, mewujudkan polarisasi perdebatan, satu kurun pakaiana wanita menjadi simbol terlalu besar.

PARA WANITA TERKENAL

Thursday, August 9th, 2007

[Ini adalah terjemahan dan catatan spontan dari siri syarahan Dr. Umar Faruq bertajuk Famous Women in Islam.]

1)Topik yang sangat relevan kepada masyarakat, wanita mahupun lelaki.

2)Legasi wanita dalam masyarakat Islam

WAcana awal wanita – critique humanis Islam oleh al-Jahiz – sedar perbezaan ruangan wanita dalam zaman beliau berbanding zaman rasulullah

Skolastisisme (scholasticism) sewaktu zaman pertengahan – membuahkan renaissance di barat – dan yang mempengaruhi skolastisisme ialah orang Islam

Satu lagi legasi yang mempengaruhi barat ialah humanisme (kemanusiaan) – barangkali pengaruhnya terhadap barat lebih besar daripada skolastisisme.

3) Bagaimana wacana feminisme masuk dalam masyarakat Islam dari Barat sewaktu penghujung zaman kolonial.

ini sekitar kurun 19 dan awal 20.

membawa siri tindak balas berangkai

***********************

Bila org awam fikirkan masyarakat Islam – mereka akan fikirkan penindasan terutamanya imej pemakaian wanita.juga, idea bahawa wanita tidak berpendidikan, idea bahawa lelaki kawal wanita dan benarkan diri mereka dikawal lelaki (submissive). idea bahawa wanita islam perlu “diselamatkan”

Adakah ini benar? walau sedikitpun?

Wanita adalah tenaga labor (buruh?) yang besar dalam masyarakat Islam dahulu – perah susu, jaga anak, tuai tanaman etc. suaminya berkelana bertahun-tahun lazimnya. maka, tiada langsung konsep bahawa wanita dipenjara dalam rumah.

[beberapa kisah wanita masyarakat Islam kontemporari]

penulis feminis skrg lazim ceritakan perbezaan masyarakat rasulullah dan zaman terkemudiannya. di mana, ruang masyarakat tidak dipisahkan berdasarkan jantina. wanita jelas aktif dalam masyarakat awal itu, juga dalam bidang politik waktu itu.

kita temui wanita zaman rasulullah hatta turut libat di lapangan perang. umpamanya Nusaybah menyelamatkan rasulullah dan menjadi heroin, beliau berperang dalam hampir kesemua peperangan.

wanita beroleh pendapatan, mencari nafkah juga.

muslimat sangat banyak menulis tentang persoalan jantina akhir 20 tahun ini. sesetengahnya sekular, lainnya islamik. tapi kesemuanya

masalahnya tidak terdapat dalam teks mahupun contoh rasulullah, tetapi akibat struktur kuasa politik, terutamanya budaya Persia, roman dan lain-lain.

tradisi islam melihatkan pelbagai tokoh wanita dalam politik, peperangan, pendidikan, sufi, benefactors, etc. ini zaman pertengahan.

wanita pada kurun 18 bagaimana? kemunculan shah waliyullah, muhammad abdul wahhab, empayar moghul, empayar uthmaniyah.

kurun 18 ini empayar islam mula diterbalikkan, antaranya penemuan bumi Amerika. kerana, emas dan silver mula masuk eropah dengan banyak – wujud inflasi.

struktur ekonomi dunia terus tunggang langgang. dulunya, afghanistan itu pusat dunia, laluan silk road. bukhara dan lain-lain itu negara kaya belaka. dunia bertukar pantas.

dan umat islam terus khayal sedangkan eropah terus maju dengan sains dan teknologi.

kehadiran para penjajah melemahkan kaum muslim lelaki dalam masyarakat Islam. yang antaranya adalah general tentera, pemerintah, dan sebagainya.

status wanita waktu ini merosot teruk pada kurun 19. ini penting untuk kita sedari

sekarang fenomenanya berorientasikan “rumah”. kuasa penjajah tak pedulipun persoalan jantina etc, mereka cuma mahu rakyat yang ada kebergantungan terhadap penjajah.

bila lelaki hilang dominasi dalam masyarakat, mereka melepaskan kegeraman dalma rumah. dan lepas itu islam jadi fenomena berorientasikan keluarga/rumah, dan bukan lagi komunal (kemasyarakatan).

apa rujukan terbaik untuk tahu pasal wanita dalam sejarah Islam: – iaitu dalam biografi wanita, dan kamus biografi.

kerana peradaban kita sangat sukakan biografi. ini suatu tradisi yang humanistik. kita mengkamuskan biografi tentang segala tokoh Islam, baik shiah sunni wanita lelaki. mereka juga akan terus elak bicarakan tentang penguasa/empayar.

selalunya kamus ini dipisahkan melalui jantina.

kamus biografi ni tak cerita banyak sangat, lagi-lagi kisah luar empayar islam. takde info biografi muslim di Cina.

tiada keseragaman terhadap isu jantina ini dalam dunia Islam. berbeza ikut lokasi, status, zaman dan sebagainya.

KEPENTINGAN ISU JANTINA

silap untuk fikirkan isu ini suatu yang bermasalah. salah utnuk fikir ini isu yang tak patut difikirkan. salah untuk fikir ini isu wanita.

ini isu sosial yang melibatkan dan mempertaruhkan kemaslahatan masyarakat.

mereka yang 20 tahun dulu tak sedar sekarang sudah sedar kepentingan isu ini.

antara imej yang selalu diberikan ialah “incapacitated lung” – ertinya, selagi status wanita tidak diberi keterlibatan sepenuhnya dalam masyarakat dan diberi ruang dinamik dalam masyarakat, umat islam tak akan kompetitif.

maka dengan itulah penting bagi wanita empowered untuk lakukan kebaikan.

women make men

dulu saya hidup di arab saudi. saya selalu hairna dengan masalah pelajar saya, dan saya ada 50000 pelajar jumlahnya. masalahnya bukan masalah suku kaum/etnik. masalah umum seperti tidak minat belajar, tidak fokus, tidak bertanya dan lain-lain tidak bekait dengan asal usul keluarga dan sebagainya.

masalah bagi kanak-kanak saudi ialah pembesaran kanak-kanak. ini berkait besar dengan peranan ibu, makcik, nenek dan pembantu rumah. bila nampak lelaki dan wanita yang berprinsip, pastinya kerana mereka dibesarkan oleh ibu yang hebat, berpandangan jauh.

itulah sebabnya kalau kita lemahkan wanita, bina masyarakat di mana wanita tak diberi laluan kepada masyarakat dan tak diberikan check-and-balance, maka anak yang muncul dari masyarakat itu sangat lemah.

reformis muslim, contohnya muhammad abduh, selalu nampak masalah2nya walaupun jawapannya tak semestinya terbaik. dan antara yang dilihat beliau ialah status wanita – reformasi masyarakat, menghidupkannya kembali, perlu fokus kepada wanita.

seorang lelaki yang cuba jadi emperor dan memperhambakan isteri dan anak2nya, akan membentuk masyarakat dinamik.

bila cerita pasal wanita2 yang terkenal, mungkin kita akan fikirkan joanne of arc dan queen elizabeth.bila pasal wanita muslim, selain zaman rasulullah, siapa lagi? rabiah mungkin satu-satunya…

nama wanita pertama dalam kamus biografi yang saya nampak ialah al-udal al-karimah bint salah. seorang permaisuri dari yaman yang mati pada 1960.

wanita ini, anak kepada raja yaman yang tinggalkan yaman untuk berperang manakala anaknya diberi kuasa perintah seluruh yaman. dan wanita ini menstrukturkan semula yaman dalam tempoh beberapa bulan bapanya meninggalkan negara.

peninggalan masa lampau sangat penting utk bina masa depan. lihat secara jujur, di mana kita cemerlang di mana tidak.

tradisi humanis – wacana feminis yang telah dilupakan.

tokohnya al-Jahiz – tokoh saster, pelawak (humorist) – beliau nampak hubungan lelaki-wanita sewaktu masyarakat abbasiyah tidak lagi semulajadi – perbezaan radikal dengan zaman salaf. ada integriti, prinsip natural dulu itu.

contoh isu – dulu boleh aja wanita cerai kawin lain. zaman abbasiyah payah. keadilan wanita dan lelaki. kapasiti manusia untuk cinta dan benci. bila cinta dan hormat, hati terbuka, akan memberi tenaga segar untuk masyarakat. beliau nasihatkan bahawa perkara ini akan merosakkan masyarakat.

lazim bila kita bicara jantina, selalunya berkait struktur kuasa (power structure). ini isu hak dan kemaslahatan, bukan isu sifat wanita etc.

isu honor killing ini warisan sebelum islam lagi.

[dan lain-lain lagi...]