Archive for August, 2007

The Behaviorist School

Tuesday, August 7th, 2007

BF Skinner posits an interesting view of freedom from the perspective of behavioral psychology:

Man’s struggle for freedom is not due to a will to be free, but to certain behavioral processes characteristics of the human organism, the chief effect of which is the avoidance of or escape from so-called “aversive” features of the environment. Physical and biological technologies have been mainly concerned with natural aversive stimuli; the struggle for freedom is concenrned with stimuli intentionally arranged by other people. The literature of freedom has indentified the other opeople and has proposed ways of escaping from them or weakening or destroying their power. It has been successful in reducing the aversive stimuli used in intentional control, but it has made the mistake fo defining freedom in terms of states of mind or feelings, and it has therefore not been able to deal effectively with techniques of control which do not breed escape or revolt but nevertheless have aversive consequences. It has been forced to brand all control as wrong and to misrepresent many of the advantages to be gained from a social environment. It is unprepared for the next step, which is not to free men from control but to analyze and change the kinds of control to which they are exposed.

7-B: Ahmad ibn Hanbal (sambungan)

Monday, August 6th, 2007

LAIN-LAIN SUMBER HUKUM UNTUK HANBALI

Menariknya, Hanbali juga ada konsep ‘amal madinah sepertimana Maliki. Segala yang Maliki benarkan, Hanbali juga benarkan sedikit-sebanyak meski tidak sekuat dalam Maliki.

Ijma’(persepakatan): Imam Malik terima ijma’ madinah, Hanifah anggap ini perlu diambil kira, imam shafii banyak mengehadkannya, bagi Ahmad Hanbal juga sedikit mempersoalkan ijma’. Kerana, bagaimana nak buktikan ijma, dan apa yang mereka persepakati?

Sumber2 rasional: Sangat penting bagi Hanbali dan Shafii –> istishab. keberterusan, terjemahan saya. (continuity; innocent until guilt). semuanya halal selagi takde dalil haram (ini umum dalam pemikiran sunni, kerana manusia itu semulajadinya baik).

Ini penting dalam Hanbali: kerana, bagi hanafi & maliki (mungkin zaydi juga), banyak guna deduksi untuk pelbagai persoalan. tapi kalau kes shafii, hanbali dan zahiri, penggunaan teks dan analogi sangat terhad maka apa nak buat dalam hal2 tertentu yang spesifik? caranya, ambil saja konsep keberterusan/kesinambungan itu.

Antara contohnya ialah kontrak niaga. tak banyak info pasal kontrak, jadi benarkan saja.

qiyas – ditolak oleh imami, ismaili, khawarij. zaydi terima sedikit. hanafi paling banyak guna qiyas. kedua terbanyak ialah Maliki. Shafii guna qiyas sebagai cara utk hukum persoalan yang pelik2.

istihsan (legal preference). departure from qiyas. bagi imam malik, bila qiyas membawa mudarat, istihsan boleh melepaskannya. (guna qiyas selagi boleh hingga sukar laksanakannya)

sadd al-dara’i (blocking of needs): ini prinsip dalam hanbali dan maliki. zaydi ada juga sedikit. dalam istihsan, kalau pegi jumpa doktor dan perlu dedahkan aurat, dibenarkan dalam keadaan tertentu. istihsan menghalang, saddaldara’i membenarkan.

dalam contoh wanita tua kaya, bilamana ada orang nak kawinnya, bagi imam malik orang itu tak inherit harta wanita.

mussoleh mursala (social wellbeing) – perkara untuk keberlangsungan sosial. hanafi guna istihsan darura yang mirp konsep ini.

WAHHABISME

rujukan:
Ensiklopedia Islam (ada CD) – sangat2 berguna.contoh, bagaimana bahasa Hausa terapkan nilai islam.

gerakan ibn abdul wahhab – sebahagian dari gerakan2 reformis kurun 18 waktu itu. ini kurun di mana muslim mula sedar mereka bukan lagi dominan, mula ketinggalan dan barat makin kuat – rampas segalanya, tinggal sisa2.

maka, gerakan wahhabi ini salah satu respons. lagi satu ialah Shah Waliyullah. Di Afrika barat, ada Usman Dan Fodio.

saya cadangkan buku Levztion&Voll. Ia memberi konteks kemunculan Muhammad Abdul Wahhab.

ijtihadnya ialah cuba menyeragamkan amal islam, bukanlah sangat kaedah memberi jawapan penyelesaian.

tapi mustahil sungguh untuk capai impian itu kerana sumber2 teks dan kaedah fiqh semua lain belaka.

akhbari – gerakan shiah yang mirip juga wahhabisme, menentang mujtahidun.

wahhabi awal sebenarnya tolak semua mazhab, termasuk hanbali. cuba ambil pendekatan literal. gerakan sangat kontroversi.

umum di kalangan sunni sepakat gerakan ini sesat kerana mereka memberontak di kalangan umat islam. mereka tidakpun jihad menentang kafir melainkan bekerjasama dengan british untuk berperang dengan umat islam.

satu buku menarik dikarang oleh Hamid Algar – jelas beliau memusuhi wahhabisme. beliau seorang sejarawan yang mengambil segala sumber, baik sunni mahupun shiah dan coretan pengembara barat.

natan delong buz – penulisan beliau agak positif terhadap wahhabi. pada saya, tak patutpun terima tesis beliau ini kerana penguasaan arabnya sangat kurang. sumber2 rujukan beliau hampir segalanya dari sumber wahhabi sendiri. tapi ada juga yang adil ditulis beliau.

ahmad ibn idris pula, menyaksikan kucar kacir di mekah oleh wahaabi. rank-and-file wahhabi memang naif, tapi keluarga mat wahab alim belaka dan boleh saja terima sanggahan pandangan.

perbezaan pendapat itu rahmat, memberi banyak pilihan. kalau diseragamkan tak bagus juga

apa perbezaan utama teologi hanbali dan hanafi?
pertama, teologi hanbali ada macam2. antara isu utama ialah anthropomophism.

[ada naratif tafsiran sufi tak sempat saya catat di penghujung ini]

7-A: Ahmad ibn Hanbal

Monday, August 6th, 2007

Satu lagi mazhab yang banyak kait dengan teologi

Bagaimana beliau guna sumber hukum

Kaitan dengan Wahhabisme

Imam Ahmad paling muda di kalangan imam2 mazhab ini.

hidup pada kurun 2&3 Hijrah.

Latar belakangnya Arab walaupun keluarganya ada darah Parsi

Ketika Abbasid revolution, datuk moyangnya ambil bahagian.

beliau fasih bertutur parsi, sangat senang dengan kawasan Iran

ingin ditegaskan iran pada awal itu sangat berbeza dengan Iran sekarang.

Iran dulu macam Afghanistan sekarang. Semuanya Sunni. Banyak rivalry antara Hanafi dan Shafii. Minoriti Shiah signifikan juga.

seorang anak yatim, seperti juga shafii dan bukhari.

seperti shafii, ahmad miliki ibu yang sangat sayang dan utamakan pendidikan. dan sepanjang hayatnya ibunya sentiasa menjadi dorongan besar.

hidupnya ascetic (zuhud), boleh saja beliau hidup senang di baghdad dan tanah-tanah warisan ayahnya di Iran. tapi beliau mahu berdikari, tak mahu bergantung kepada penerimaan masyarakat.

pendidikan awal beliau dan ilmu kecintaannya ialah hadith. ini label utama bagi beliau. pada masa sama juga beliau tokoh besar fiqh walaupun beliau tak pernah akuinya.

usianya 14 tahun lebih muda daripada shafii. ahmad pada waktu itu antara yang utama mengajak orang ramai mengikuti imam shafii dan berguru dengan shafii. namun, ada juga perbezaan fiqh ahmad dgn shafii.

imam shafii dan ahmad unik kerana hidup generasi selepas hanifah dan maliki. generasi mereka berdua berbeza – aman dan consolidation, tidak banyak revolusi. waktu ini abbasiyah telah melenyapkan mana-mana pemberontak.

imam shafii membuka ruang kepada bidang perbandingan fiqh yang tak wujud sebelum beliau semasa zaman hafinah dan maliki, sufyan etc..

Ijtihad: ada 2 jenis, jenis yang menggalakkan perbezaan pendapat, dan ada ijtihad untuk menyatukan pendapat.

ahmad seorang pengumpul hadith dan athar yang hebat. hadith itu laporan rasulullah, athar pula ialah “hadith” para sahabat dan tabiin.

imam ahmad juga kutip pelbagai pendapat peribadi para sahabat & tabien manakala imam shafii suka kutip pendapat para ulama kemudian dari zaman sahabat. faktor ini banyak membezakan imam shafii kerana ahmad fokus untuk mengikuti golongan salaf.

karya terhebatnya ialah musnad ahmad ibn hanbal. corak penyusunannya ikut perawinya, bukan mengikut topik kandungan hadith itu. tujuan musnad ini untuk saring kesahihan hadith. boleh kata, mana2 hadith pastinya wujud dalam kitab itu.

beliau hidupnya bagai para generasi salaf. beliau umumnya orang yang berada. tapi hidup zuhud, ikut salaf. tolak kemewahan abbasiyah.

ada dua jenis salafi – ikut salaf dari segi doktin tapi menolak perkembangan empayar islam. lagi satu jenis terima saja apa2 perkara negatif walaupun secara peribadi ikut salaf. jadi, umumnya, beliau tak mencabar autoriti. jadi beliau rapat dengan para sufi.

kelompok ini cuba ikut para sahabat dengan mental, akidah, dan fizikal. jalan kaki, baju buruk koyak2 etc.. para sufi di situ anggap ahmad sebagai antara tokoh terulung sufi dalam group itu.

beliau hanya tiba-tiba popular bila berlaku Mehnah al-makmun. sebetulnya, ahmad selalu asingkan diri saja, tapi bila dipaksa oleh abbasiyah untuk terima doktrin muktazilah, beliau taknak akui. dipaksa 20 tahun.

imam ahmad anggap dirinya sendiri sebagai guru hadith. dan al-tabari antara yang menganggap ahmad bukan seorang faqih.

aliranya banyak iktu hadith hampir seperti shafii. maliki dan hanafi terima dan sanjung hadith, tapi penggunaan hadith terhad dan spesifik.

ahmad tak benarkan pandangannya dicatatkan. beza dengan abu hanifah yang sekolahnya mencatat segala pandangannya, dan ini menjadi sumber rujukan pula bagi maliki. hanya mahukan hadith dicatatkan. maka, beliau tidak tinggalkan mana-mana karangan fiqh. kadang2 anak murid beliau akan catat secara rahsia dan bila beritahu ahmad, ahmad kata pandangan beliau sudah bertukar.

mereka persoal, mengapa tidak mahu catat? ahmad hanbal kata kita disuruh ambil ilmu dari “langit”, bukan dari manusia.

beliau gabungkan hafalan dan catatan hadith. mana2 beliau pergi akan bawa buku rumusan hadithnya. malah ketika ke masjid, beliau bawa juga kitab supaya bila disoal fiqh, ada sumber rujukannya.

imam ahmad juga ada halaqa khas untuk anak2 dan anak2 murid istimewa beliau. lagi satu halaqa umum.

beliau seorang serious, kehidupannya penuh perjuangan, takde sukaria gelak2 etc.

bandingkan dengan abu hanifah yang kelakar, suka debat, borak2, suruh orang berfikir – hampir seperti Sokrates.

malik pula autoritatif dan autoritarian, anggap beliau sebagai mewarisi takhta tradisi madinah, ada perasaan gah dalam peribadi dan majlisnya.

imam ahmad sangat cintai orang miskin.

soalan: apakah wanita juga ada dalam kelas imam2 ini?
jawapanya, saya tidak tahu. bagus juga kalau saya tahu, tapi rasanya perlu kajian lanjut. yang kita tahu, rasulullah selalu khaskan sesi-sesi untuk bersama wanita menjawab persoalan2 mereka.

menarik bagi mazhab hanbali ini, lokasi utamanya ialah baghdad dan damascus. kebanyakan yang ikuti mazhab beliau ialah orang2 kelas bawah. kelas2 atasan ramai ikut hanafi.

maliki dan shafii tak banyak kaitkan dengan doktrin/teologi. bagi malaiki mungkin kerana mereka tak tinggal di tempat seperti baghdad yang rancak debat. abu hanifah paling banyak libat dengan teologi – kemuncaknya ialah Maturidi.

namun teologi abu hanifah, bila ditanya, katanya ialah Salafi. kemudiannya jadi maturidi.

bagi hanbali, dan terutamanya dalam wahhabisme, sangat

mehnah itu 20 tahun, ahmad mati ketika mehnah ini masih berterusan. persoalannya berkisar adakah alquran itu dicipta?

perdebatan ini sangat penting kerana ianya libatkan kesempurnaan sifat tuhan. jika quran dicipta, apa pula hubungkait.. [potong]

mazhab hanbali kemudiannya menjadi anti-shiah, anti-muktazilah dan kadang2 juga anti-ashari dan anti-maturidi.

split aqidah hanbali dan lain2 mazhab ini perpecahan terbesar dalam Sunni.

hanafi meletakkan taraf quran sangat tinggi. bagi maliki shafii dan hanbali, akan hadkan dan perincikan melalui hadith dan lain2 (bergantung pada mazhab).

Sunnah itu kuat taraf hujahnya, tapi persoalannya mana nak tau apa itu sunnah?

dalam kes hanbali dan shafii, hadtih2 unik yang sahih itu tarafnya sama saja dengan hadith2 sahih lain.

guru imam malik. al-rabi’ah, berkata jika kita ambil hadith pelik akan rosakkan fabrik sunnah. persoalan ini antara kontroversi besar.

debat sunnah satu lagi ialah mursal vs musnad. sanad emas ialah malik>nafi’>ibn umar.

[truncated]

6-B: Imam Shafii (sambungan)

Sunday, August 5th, 2007

[siri 6-B ini pada saya agak kurang menarik. banyak ulang perkara sama. mungkin juga kerana saya sedang mengantuk]

Keperluan Teks

Perlu teks (dalil) yang dirujuk untuk segalanya. Hukum dan teks tak boleh dipisahkan.

Idea seperti amal madinah sebagai sumber perundangan tak boleh diterima.

Athar – khabar-khabar dari para sahabat dan tabien penuh dalam kitab hadith kita.

apakah itu sebahagian dari Sunnah?

bagi imam malik, sudah tentu, itu adalah sumber terbaik. bagi abu hanifah juga tiada masalah.

tapi bermasalah untuk imam shafii. perlu ada rujukan dalil hadith dan quran. sebab inilah teori 4 sumber tak berap arelevan.

Athar dan ijma’ itu digunakan oleh shafii sebagai sumber pentafsiran teks, tapi bukan sumber yang setara dengan teks.

shafii sangat kisahkan isu ijtihad. bila boleh,bila tidak.

ijtihad digunakan untuk pelbagai tujuan.

selalunya ijtihad digunakan untuk bereskan ikhtilaf. ini juga yang dicari oleh imam shafii

bagi malik dan abu hanifah, konsep ijtihad sebagai menyelesaikan ikhtilah tak wujud. mereka rasa ikhtilaf itu wajar, perlu. takde konsep penyeragaman pendapat.

BAYAN

bagaimana deduksi hukum dari dalil? qiyas digunakan untuk mengaitkan dalil dengan sesuatu masalah.

“islam is a religion of religious laws” – ertinya setiap hukum sudah dinyatakan dalam teks secara nyata.

SOAL-JAWAB

apa tanggapan zaydi terhadap athar? saya tak tahu. tapi lazimnya, zaydi mirip hanafi. mungkin mereka rasa sahabat2 tertentu tidak diambil kira memandangkan mereka shiah.

bagi hanbali athar sangat penting.

maliki dan hanafi sangat mirip dari segi penggunaan rasional.

hanbali pula hampir sama dengan shafii.

[banyak lagi soal-jawab. tapi perkara yang berulang dari syarahan2 yang lepas. malas nak catat. ngantuk]

al-makmun – inquisition (Mehnah) – cuba bawa semua supaya terima muktazilah

tapi sebenarnya, maliki dan hanafi itu sangat rasionalist juga. hanya shafii dan hanbali yang kurang sikit rasionalistnya.

apa terjadi kepada rasionalisme ini? memandangkan al-makmun cuba kembangkan rasionalisme dalam muktazilism, maka mungkin dengan sebab itu shafii cuba kekang rasionalisme.

muktazilah: quran itu dicipta

bila ibn hanbal berani menentang muktazilah, ini memberi beliau prestij besar.

6-A: Imam Shafii

Sunday, August 5th, 2007

IMAM AS-SHAFII

antara mazhab yang paling prominen, yang suatu masa dulu paling dominan di Iran.

syafii dan hanafi adalah rival di Iran itu semasa shiah di Iran minoriti kecil waktu itu.

sekarang, shafii ramai di lower & delta Egypt, Iraq, indonesia, malaysia, barat India, Yaman (hadramaut), sri lanka, filipina, afrika timur bermula dengan Somalia dan selatan darinya (kawasan2 bantu yang bertutur swahili)

ramai juga hanafi di afrika timur selatan – ethiopia, eritrea (sesetengahnya maliki juga terutama di bandar2 besar)

imam mazhab tidak pernah mengasaskan mazhab itu. perkembangan mazhab sebenarnya suatu yang kompleks.

walaupun zamannya imam shafii itu beza dengan imam yang sebelumnya, dalam penulisan2 beliau, tidak jelas apakah sebenarnya peranan beliau dalam mengasaskan mazhab yang dinamakan atas nama beliau ini.

fiqh itu kefahaman tentang hukum hakam. usul al-fiqh itu sumber/asas/akar bagi fiqh (legal theory, teori undang-undang).

imam shafii sangat penting dalam pembentukan bidang usul fiqh

ulama yang mirip pemikiran dengan shafii: – ahmad hanbal, dawud zahiri, at-tabari.

saya ingin perkenalkan kajian menarik oleh joseph lowry – “Does Shafii Have a Theory of 4 Sources of Islamic Law?”

Saya banyak merujuk kajian ini untuk pembentangan hari ini

Imam Shafii lahirnya tahun 150Hijrah. Ini juga tahun kematian Abu Hanifah. Ini menunjukkan mereka bukan zaman sama. Imam Malik terus hidup hingga 29 tahun selepas itu. Malah Shafii berguru dengan Imam Malik, dan anggap pengikut sekolah madinah.

Imam Shafii hidup pada zaman abbasiyah ketika rancak pengumpulan hadtih

kerjaya beliau awalnya setelah berguru di madinah, dipenjara di yaman, kemudian di baghdad, kemudian kembali ke madinah.

4 tahun terakhirnya di Mesir itu paling penting kerana menunjukkan kematangan beliau sebagai suara besar dalam fiqh.

mazhab shafii adalah sekolah beraliran hadith. para ulama hadith beranggapan demikian terhadap mazhab shafii.

teks sangat mustahak bagi imam shafii, ini paling ketara beza bagi hanafi dan maliki. wajib ada teks untuk segalanya.

beliau kata kalau nak berqiyas, tapi tak boleh jauh sangat. perlu juga kaitkan sedikit sebanyak dengan teks tertentu.

qyias is when you establish a legal precept and apply that to a different issue.

bagi mazhab hanafi, konsep qiyas berbeza. beliau menjadikan hukum am terhadap teks-teks yang normatif dan umum. ini digunakan untuk qiyas. jadi beliau akan ketepikan hadith2 ranting, digunakan hanya untuk istihsan (doing what is preferable, best).

antara paradigma yang kita persoalkan ialah kerangka hukum sebagai tekstual. shafii beranggapan teks mencakupi segala-gala permasalahn.

beza dengan maliki, hukum non-tekstual bersandarkan amal madinah.

konsep BAYAN

idea Teori Empat Sumber – bahawa undang-undang klasik punyai empat sumber secara hierarki – Quran, Sunnah (bagi shafii, ini ertinya Haditih, tapi tidak semestinya bagi hanafi dan maliki), Ijma’, Qiyas.

Imam shafii sebenarnya tiada teori 4 sumber ini. bagaimana ini dikaitkan dengan shafii memang problematik. hanafi, hanbali, shiah, etc semua juga tidak punyai konsep ini.

shafii tak berapa kisah terhadap hierarki

beliau sebenarnya mengetengahkan konsep Bayan – bagaimana mendeduksikan hukum dari teks.

asumption bahawa revelation itu undang2. semua ada rujukan samada langsung ataupun tidak langsung.

ZAMAN IMAM SHAFII

zaman yang hebat, zaman kuasa besar dan kaya. juga zaman yang stabil. berbeza dengan faqih2 yang awal – semua hidup dalam suasana kucar-kacir, perang saudara.

zamannya, pertelagahan tersebut tidaklah dilupakan, cuma aman. malah imam shafii juga pernah dipenjara.

kertas juga tiba dari Cina, sebelumnya guna papyrus yang sangat mahal dan tahan lama.

mula tulis buku dengan kertas. teknik cipta kertas semasa umat islam juga lebih murah. jadi memang murah nak cetak buku, relatifnya.

sangat berguna untuk maklumat sejarah penulisan beliau ini kerana beliau banyak tulis tentang perdebatan-perdebatan ulama sebelumnya. terutamanya dalam kitab al-Umm (ertinya, sumber segala-galanya).

saudara seumat mula berperang melalui pen, bukan lagi pedang. jadi implikasinya berbeza – rancak perdebatan hukum.

zaman ini cukp mudah utk dapat akses pandangan-pandangan imam malik secara first hand, juga pandangan imam abu hanifah. beliau cukup berminat tentang isu seperti di mana ulama bercanggah pandangan.

zaman awal itu ilmu paling bernilai ialah ilmu yang semuanya berselisih (bukan yang bersepakat).

imam shafii sebetulnya seorang penulis. imam abu hanifah dan imam malik bukan sebenar-benar penulis.

beliau mengarang al-umm, al-risalah. selalunya beliau menyebarkan idea-idea beliau kepada orang lain, menulis, mengkompilasikan ilmu-ilmu.

RA’Y vs HADITH

konsep yang salah, sepertimana dijelaskan dlm syarahan sebelum ini.

paradigma ini fokus terhadap imam shafii sebagai mensintesiskan dua aliran ini Ra’y dan Hadith.

sememangnya imam shafii seorang penggabung.

tapi apakah benar tepat perkara ini berlaku??

benar kita tak boleh ketepikan segalanya paradigma ini dan kita akui imam shafii ada pandangan unik yang cuba mengehadkan madinah. nampak serangan beliau terhadap sekolah madinah lebih serious. beliau cuba seragamkan hal ini.

kitab al-risalah sangat nuanced. takde konsep 4 sumber ilmu.

di mana letaknya kitab al-risalah ini dalam kerangka teori fiqh islam?

banyak kitab2 awal hilang kerana dimusnahkan oleh abbasiyah

madrasah2 waktu ini sudah ada pembiayaan, ada kurikulum, ada buku2 teks rujukan.

jadi bila muncul madrasah ini, buku2 sebelumnya hilang.

imam shafii lahir di palestin, seorang ahlul bayt, bani hashim (al-hashimi, al-mutallabi)

semua rasa imam ali paling layak.

membesar di mekah, pelajari lughat arab quraisy.

membesar dalam suasana yang mirip juga kepada rasulullah sendiri, umum bagi quraisy.

kufah, basrah, madinah semua ada tradisi keilmuan. tapi di mekah juga ada tradisi ini, dan tradisi mekah inilah di mana pendedahan terawal imam shafii.

semasa beliau masih muda, bersedia jadi qadi. ditawarkan kerja di najran selatan arabia, utara sedikit dari yaman. beliau serius dalam kerja ini, tapi berkonflik dengan abbasiyah. governor yaman, mengikut sumber kita, tidak adil. jadi imam shafii menentang penindasan ini. governor ini makanya dendam dengan shafii. beliau khabar kepada khalifah abasiyah di baghdad bahawa imam shafii ini tidak tulus dan seorang shiah dan terlibat dalam gerakan subversif shiah. beliau diheret dari yaman hingga ke jordan, syria, lubnan, dan akhirnya ke baghdad. menakjubkan bagaimana beliau tidak mati.

di baghdad itu semua orang yang dipenjara dibunuh. kecuali shafii, kerana seorang anak murid abu hanifah, muhammad ibn hasan al-shaybani menyelamatkan beliau. al-shaybani ini bekerja untuk khalifah waktu itu, bila terlihatkan imam shafii, beliau tergerak dan yakin bahawa imam shafii seorang intelektual yang difitnah. sejak itu, imam shafii dan al-shaybani jadi kawan rapat. shafii tekad untuk tidak mahu lagi libat dengan politik. beliau ikuti halaqah2 anak murid abu hanifah walaupun waktu itu beliau masih ikut mazhab maliki. al-shaybani galakkan asshafii untuk berhujah, tapi shafii pendiam tak gemar berhujah.

waktu inilah imam shafii mula kaji semula pandangan-pandangna mazhab maliki.

hubungan dengan al-shaybani ini hubungan yang famous diketahui umum.

kemudian pulang ke mekah selama 9 tahun. fikir semula konsep2 beliau, tulis semula buku-buku beliau.

3 kali pulang ke baghdad untuk elaborate aliran pemikiran beliau. jadi beliau ada 2 aliran; sekolah lama dan sekolah baru. pemikiran lama beliau banyak sama dengan imam malik. malangnya, pemikiran awal beliau tidak dipelihara dengan baik. banyak hilang. antara yang ada ialah edisi pertama al-risalah dan al-umm.

kali ketiga beliau pulang dari baghdad beliau ke mesir dua kali. antara sebabnya beliau meninggalkan baghdad ialah al-makmun naik takhta abbasiyah dan laksanakan inquisition.

di mesir beliau diraikan. governor di mesir mengagungkan imam shafii kerana beliau ahlul bayt sepertimana governor itu.

semasa di mesir ini imam shafii bertambah matang. abu zahrah kata kalaulah imam shafi hidup lebih lama, barangkali sungguh menarik bagaimana pemikiran beliau berkembang. kerana, shafii ini sentiasa saja berubah dan berkembang pemikirannya.

waktu inilah beliau terkenal dengan penentangan terhadpa mazhab maliki. semasa di baghdad dan kufah juga beliau cabar keputusan2 abu hanifah.

waktu ini, di mesir maliki sangat dominan. malah tokoh2 maliki semuanya dari mesir.

maka, kritikan imam shafii terhadap maliki sangat kontroversi di mesir. ramai menentang beliau, terutama orang awam. seolah-olah ajaran sesat.

beliau serang kerana pengikut imam shafii menerima pandangan maliki tanpa memberi sandaran apa-apa.

perkara ini dapat dilihat terutamanya dalam karangan-karangan beliau.

beliau mati kerana hammorhage, ada kata mati dibunuh.

al-fityan insulted imam shafii. governor menghukum al-fityan ini. pengikut al-fityan memberontak.

imam shafii selalu chill aja di masjid, beribadat etc. tiba2 pengikut2 al-fityan kepung beliau, bunuh.

disini kita dapat lihat persaingan antara mazhab.

tahun kematiannya pada 204H.

mesir kemudiannya berubah menjadi mazhab shafii.

apa yang kita rujuk sebagai pandangan shafii itu merujuk kepada pegangan shafii di mesir. al-risalah dan al-umm yang kita ada sekarang ini adalah kitab2 yang diolah semual semasa di mesir.

imam shafii dianggap tokoh hadith. paling ramai penyokong shafii ialah ahlul hadith. kebanyakan ahlul hadith bukan di hejaz sahaja, merata-rata.

gerakan ahlul hadith makin kuat waktu ini.

shafii suka kerana mereka memberi alat2 (hadith) untuk shafii dapat sokongan dalil.

dulu, sukar bagi puak hanafi menyanggah maliki, kini dengan adanya shafii, hanafi dapat sokongan lebih kuat untuk lawan maliki.

muncul waktu ini pengkelasan2 hadith. isu utama yang bermasalah bagi maliki ialah hadith yang terasing (hadith ahad). satu lagi yang bermasalah ialah hadith mursal (silsilahnya terputus)

bagi hanifah dan maliki, hadith itu kuat. lebih kuat dari hadtih ahad.

para ahlul hadith banyak masalah terhadap hadith mursal.

bagi maliki dan hanafi, hadith ahad dirujuk, tapi rendah dalam hierarki.

shafii dan terkemudiannya anggap hadith ahad ini, walaupun terasing, tapi asalkan silsilahnya kukuh, ia sangat penting. taranya tinggi.

shafii memelihara maksud zahir selagi ianya logik diterima akal am

5-B: Mazhab-Mazhab Shiah (sambungan)

Sunday, August 5th, 2007

STIGMA

Bila suatu kumpulan kena stigma, mereka tak mahu dianggap sebagai kafir/sesat. ada beberapa cara mereka boleh hadapi masalah ini.

pertama – integrasi melalui penerimaan keseluruhan majoriti – ini berlaku kepada abbasiyah yang berubah jadi SUnni bila dapat kuasa

kedua – ambil konsep2 yang ada dalam kumpulan majoriti itu seperti konsep2 usul fiqh, mekanisme – ini yang dibuat oleh imami dan sesetengah ismaili, zaidi.

ini tujuannya untuk memberi legitimasi kepada kumpulan yang distigma itu

ketiga – tolak terus komuniti sunni – ini diperolehi dalam mazhab ismaili – mereka tolak terus konsep2 sunni – di kalangan imami pun ada juga, iaitu kelompok akhbari

ada 2 kumpulan imami – Usuli dan Akhbari – AKhbari ni ikut hadith, manakala usuli ikut ijtihad – Sistani, Khomeini dan Khamenei ini semuanya ijtihadi, tradisi meng afiliasi – konsep ijtihad, ijma’, qiyas ini diambil dari sunni dan aplikasi utk sumber2 mereka

Golongan Akhbari kata takde konsep ijtihad, qiyas etc – hanya di kalangan kelompok ini yang banyak bermusuh dengan sunni – begitu juga dengan Hanbali yang agak literal, maka paling byk musuh dengan shiah

AFILIASI

Byk mazhab shiah mengikut mazhab2 Sunni. Kadang2 mereka sorok identiti mereka, tapi selalunya terbuka saja. umpamanya, at-Tusi terbuka sahaja ikut Shiah-Shafii – malah as-Subki juga mengarang al-Tabaqat yang mengandungi kenyataan bahawa at-tusi itu shiah yang ikut mazhab shafii

Pada zaman kita pula, Jamaluddin Al-Afghani seorang figure revolusioner dalam dunia Islam – beliau seorang shiah – Mas’udi juga kita tak tahu – beliau serentak shafii dan shiah – ini memang umum berlaku

Kalau menyorok identiti, itu atas prinsip taqiyyah – Sunni membenarkan ini

Imami menggalakkan dissimilation ini (taqiyyah) – ini diamalkan dengan sengaja, bukan juga langkah oportunistik – wajib bertaqiyyah bagi mereka dalam sesetengah keadaan kerana akan dibunuh – orang2 bertaqiyyah ini juga gemar akan shafii kerana kurang qiyas berbanding hanafi, hanbali pula lain ceritanya.

awal2 itu, mana ada sempadan antara mazhab-mazhab ini. hubungan intra mazhab sungguh positif

kita mula nak perbezaan ketara antara mazhab sekitar kurun 10 dimana shafii akan tentunya ikut ash’ari.

ini juga sedikit sebanyak kerana faktor geografi

contoh dalam kes afghani, kalau nak jadi sunni kena ikut hanafi sebab tak ada shafii di afghanistan

imami memang gemari shafii, mungkin juga kerana imam shafii dari ahlul bayt

ba ‘alawi, as-saqqaf etc ini hebat2 tradisi dakwah mereka – mereka shafii semuanya – pergi hadramaut untuk mengelak qaramita – mereka semua keturunan jaafar alsadiq – mereka takut anak2 mereka terikut ideologi qaramiti – mereka 100% shafii, corak afiliasi ini bukan pertama kali dilihat dalam warisan hadramaut – ini barangkali corak umum diamalkan masa dulu.

ringkasnya, bila “kurun shiah” berakhir pada kurun 11, pengaruh Turki pula muncul, terutama untuk menentang Buwayhid. Turki-seljuk sokong khalifah baghdad iaitu al-qadir – beliau mengaturkan ideologi baru sunni – muncul corak2 eksklusivisme dan selalunya sangat sektarian

SOAL-JAWAB

bagaimana kesinambungan dalam keimaman ismaili?
doktrin imami dan ismaili ini, sebelum imam itu mati akan tinggal wasiat siapa warisnya

mereka rasakan kewujudan imam itu sangat penting

mengapa rasulullah tidak lantik pewaris?
sememangnya inilah isu paling bermasalah. mengapa berlaku perkara ini?

barangkali, yang menjadi masalahnya bukan apa yang sebenarnya berlaku, tetapi peristiwa-peristiwa yang berlaku kemudiannya

bagi sunni, hadith diterima jika ia diriwayatkan secara sahih. bila sesuatu sanad itu ada kaitan abbas, ali, hasan etc, terus menjadi bermasalah. hadith2 yang berunsurkan politik ini akan diteliti sangat2.

perspektif sunni ialah untuk bersangka baik.

khalifah uthman – 6 tahun terakhirnya sungguh bermasalah – dituduh nepotism

kita perlu lihat sejarah dengan apa sebenarnya yang mungkin berlaku

orang2 ini diasimilasi secara mendadak – mereka asalnya asabiyah, tribal – segala yang berlaku itu perlulah dianggap sebagai ujian besar – bayangkan, Uthman mengawal empayar terkaya dan terbesar di dunia dan mereka yang perintah empayar itu tidak pernah melihatkan sebuah tamadun sebegini centralized – mereka tak ada pengalaman memerintah empayar sebegini – jadi mengapa salah bagi uthman untuk memilih dikalangan yang ada pertalian darah denganya? ini saja caranya beliau boleh selaraskan empayarnya. benar, beliau tidak menuruti polisi umar dan abu bakar. tapi ini kerana polisi itu tidak lagi boleh diteruskan. terlalu banyak kompleksiti sejarah.

tambah pula, penindasan oleh umayyah dan abbasiyah terhadap ahlul bayt dahsyat sungguh – jika diceritakan peristiwa ini, sunni mahupun shiah akan menangis belaka

shiah tolak qiyas, tapi menerima “dalil al-aqal”

geng akhbaris – sungguh tak suka usuli/ijtihadi kerana mirip sunni – bila usuli memberi respons, mereka makin berkuasa – wajib ada mujtahid untuk kebergantungan

banyak persamaan antara sufi dan shiah – sufi tidak percayai kemaksuman seorang shaykh – shiah tak semuanya percaya kemaksuman imam juga – hampir semua sufi sangat menyanjungi ahlul bayt – tapi ini dulunya memang disanjungi oleh sesiapapun

pengalaman sufi, mereka rasakan ahlul bayt cukup hebat ilmu, iman mereka

turki itu uthmaniyah dan safavid – safavid itu awalnya sufi, kemudian jadi shiah. ini ada kaitan dengan sejarah turki – sufi ortodoks seperti naqshabandi – ghazis – shaykhulislam dalam uthmaniyah selalunya seorang sufi shaykh – mereka gabung elemen2 ortodoks fiqh dan ortodoks sufi – elemen heterodoks di turki berpisah, dan menjadi safavid – jadi ekstrim – maka, ini sebuah fenomena unik turki

semua para muhaddith dalam sunni juga menerima imam2 shiah – al-bukhari tidak terima riwayat jafar alsadiq, tapi bukan kerana menolak beliau tapi menolak perawi2 yang ambil dari jaafar. “ada 2 orang yang benar yang diuji oleh golongan bid’ah. iaitu Jaafar alsadiq dan ahmad ibn hanbal”. jaafar alsadiq ada orang yang turut cakap beliau dan ada yang tak turut. imam zaid ibn ali tewas kerana tak mahu cakap buruk terhadap abubakar, umar. jadi ramai shiah tarik diri dari beliau. ini yang buatkan beliau tewas

jadi 2 orang ini mendukung kebenaran. bagi ahmad ibn hanbal, orang2 yang ingkar terhadap beliau ialah yang mendukung ideologi zahiri (literal).

lawan zahiri ialah batini – mereka tolak segala yang literal. ambil yang tersorok sahaja. sufi selalu ikut batini, mereka percaya kefahaman yang sebenar ialah bila yang batin dan zahir sefahaman. jadi batini dan zahiri itu tak semestinya salah, cuma kena seiring.

bila imam ali dibunuh, pengikutnya (iaitu majoriti umat) mengikut al-hasan. beliau pilih cara aman, tarik diri dari autoriti.

muawiyah seorang pemerintah hebat dan juga sebenarnya seorang pemaaf. beliau tidak menindas, sangat realistik, pusatnya di syria. melantik yazid sebagai warisnya. ini kerana hanya yazid yang akan dapat loyalti dari tentera. al-hasan sudah mati pada waktu ini, shiah dan hampir semua sunni percaya al-hasan kena poison oleh satu isterinya atas arahan muawiyah. al-husain berontak, mengapa dilakukan perkara ini? semua orang jadi terasing dengan sistem politik sebegini

[tak catat banyak maklumat random di sini berkenaan kaitan dengan situasi USA]

5-A: Mazhab-Mazhab Shiah

Saturday, August 4th, 2007

bagaimana memberi definisi shiisme yang mengambil kira sgala pecahan2 mazhab syiah

apa yang diertikan sebagai afiliasi – bagaimana satu sekolah mengafiliasi dengan sekolah lain

kajian pemikiran syiah berguna utk pelbagai tujuang – terutamanya kerana masyarakat USA ada populasi shiah signifikan

perkembangan syiah dan sunni selari/serentak

kebanyakan pandangan saya merujukkajian Devin Stewart beliau bukan sahaja menulis berkenaan shiah tapi juga berkenaan zahiri dan lain-lain.

waktu awalnya tiada konsep populasi sunni syiah khawarij dan lain-lain

hanya ada ummat

“kami mengikuti jemaah komuniti sunni etc”
hanya kemudiannya pihak sunni articulate doktrin mereka

isu bagaimana sebuah minoriti memberi respons terhadap “stigma”, ini juga berlaku utk pihak khawarij

membawa kepada isu afiliasi

isu stigma ini relevan kepada kita di US sebagai minoriti

awalnya Sunni yang memberi reaksi terhadap Syiah, dan sunni yang banyak meminjam dari syiah.

cabaran pemulauan – makin sunni bertambah yakin dan jelas, mereka mulai kenalpasti apa golongan2 yang sesat yang terkeluar dari jemaah sunni – iaitu, khawarij, muktazilah, syiah dan lain-lain.

minoriti adalah perkara penting dalam sejarah – kerana minoriti selalunya berperanan besar, lagi-lagi minoriti yang dominan dan kreatif – dan bagaimana bila minoriti itu hilang dominasi mereka, dan terpaksa menghadapi pemulauan dan stigma

siapa berafiliasi dengan zaydi? mereka afiliasi dengan hanafi

shiah twelver pula ally dengan shafii – mereka masuk madrasah shafii, dan dengan ikhlas mengikut mazhab shafii sambil kekalkan shiah secara senyap-senyap

begitu juga cara pelajar zaydi terlibat dalam hanafi

jadi afiliasi ini fenomena yang menarik

perkembangan perbandingan hukum pada 1950an, 60an, mereka mula bertukar pandangan antara identiti2 ini.

muktazilah ini asalnya sunni, tapi dicop sebagai heterodoks kerana tak terima terma-terma normatif sunni

awal2, golongan zaydi dan twelver bukanlah muktazilah, hanya kemudiannya mereka jadi begitu.

ekslusivisme – peristiwa2 yang menimbulkannya – dikepalai oleh komuniti hanbali, terutamanya dalam menentang shiah

di mana anda lihat isu ini, pastinya berasaskan politik – kashmir, afghanistan etc semuanya ada berkait dengan politiik iran etc

ada pelbagai masjid2 indah di perancis, kebanyakannya ditaja oleh kerjaan algeria dan maghribi – imam dibayar oleh kerajaan2 sekular – imam2 akan menghasut supaya menghalang integrasi – jangan sokong perancis etc – apa agaknya sebab2 ekonominya – iaitu, sebabnya ialah ekonomi2 algeria dan morocco perlukan rakyat2 mereka pulang ke negara asal mereka

jadi ini satu contoh bagaimana sesuatu isu agama itu sebenarnya hanya usaha politik

DEFINISI:

Syiah ini perpecahan pertama islam

semua setuju isu kesinambungan/warisan ini bermasalah

tidak semua setuju abu bakar jadi ketua – fatimah, ali,etc – akhirnya ali terima juga

kuncinya berpunca pada peringkat awal

ada pelbagai perpecahan dalam shiah

ini corak2 awal komuniti umat islam

sungguh banyak cabang syiah ini

abbasiyah itu juga awalnya kumpulan syiah tanpa syak lagi – kemudiannya merubah identiti mereka – imam malik, abu hanifah, shafii kesemuanya tidak ada masalah dengan shiah ini, tidak ada masalah dengan zaydi

kemunculan perpecahan ini politik semata-mata

persamaan kesemua shiah ialah mereka pecayai Ali patut mewarisi tampuk pemerintahan Rasulullah.

abbas ini pakcik kepada Ali, jadi mereka percaya bani hashim patut waris – samada abbas, al-aqil, al-hasan, al-husain, muhammad ibn hanafiyya (anak imam ali yang ibunya dari banu hanafi)

dalam sunni klasik, tak ada banyak masalah dengan tanggapan shiah ini kerana sunni merasakan perlu dari quraisy. ertinya, tidaklah jauh berbeza dengan pemikiran shiah. persoalannya sekadar imam mana?

sejarah afiliasi ini sangat kompleks, tapi awalnya isu politik semata-mata

ahlul bayt sememangnya ada hak yang besar – ini membuatkan ramai pemerintah rasa cemburu – ingat, abbasiyah itu asalnya shiah dan itulah perjuangan awal mereka – tapi kemudiannya mengenepikan ‘Alid (keturunan ali) kerana rasa autoriti mereka tercabar

Kumpulan utama
-zaydi – ikut imam zayd ibn zainul abidin
-imami
-ismaili

ada satu sahaja keturunan alhusain yang survive peristiwa karbala, iaitu zainul abidin.

salah satu anak zaydi ialah Muhammad al-Baqir (al-baqir itu org yang suka gali ilmu)

awalnya, sunni tidakpun menolak imam2 ini. sunni mungkin menolak pengikut imam, tapi imam itu sendiri tentunya disepakati

maka zaydi ini mengikuti aliran ini

dalam banyak aspek, mereka berlawanan dengan pemikiran imami

dari segi teologi, zaydi cukup mirip sunni – tapi bagi pandangan politik, mereka lebih radikal dan revolusioner

imami pula, melalui muhammad al-baqir dan juga jaafar al-sadiq (anak al-baqir)

mereka percaya jaafar alsadiq dilantik oleh al-baqir

jaafar pula ramai anaknya, antaranya ismaili dan musa al-kazim

golongan imami ikut musa al-kazim dan lain-lain pewarisannya hingga muhammad al-askari

imam yang hilang pada pertengahan kurun 9M itu, pemikiran mereka mula berubah sedikit

sehingga yang ke-12 itu, sentiasa ada saja imam yang menjadi pakar rujuk. jadi bila tidak lagi ada imam, bagaimana pakar rujuk mereka?

Ismaili pula, walaupun ada unsur2 occultation, percaya patut sentiasa ada imam – ini pecah kecil2

mereka agak archaic (lapuk)

pertelagahan intra shiah juga besar, bukan sahaja sunni vs shiah

contohnya ada shiah yang berperang dengan fatimid seperti nizari yang kemudiannya menjadi geng Aga Khan

shiah di pakistan dan india, kebanyakkannya Ismaili

zaydi kebanyakannya di tasik kaspia, di iran dan yaman. minoriti yang sangat kecil. sangat moderate, toleran dengan shiah

namun, suatu masa dulu zaydi cukup berkuasa di basrah, kufah

twelver pula bertumpu di Qumm

iran hanya menjadi shiah ketika safavid sekitar kurun 16

sebelum itu, iran hampir seluruhnya samada shafii ataupun hanafi

ibarat situasi di afghanistan hari ini – old iran (iaitu iran yang tidak dibawah safavid) – safavid paksa semua jadi shiah – sangat penting sejarah ini

empayar uthmaniyah, safavid dan moghul itu empayar berkuasa dan tersusun, berpaksikan gunpowder

mereka banyak ubah budaya islam klasik

kerana mereka banyak kuasa dan central, dan ada gunpowder etc, maka mereka membentuk ekstrim2 atas persaingan antara empayar

bila safavid takluk iran, mana mahu dapat ulama? mereka kutip dari kawasan2 arab bahrain, lubnan – ini menguatkan safavid.

awalnya, Ismaili paling berpengaruh antara banyak2 mazhab shiah. kurun 9-10 ialah kurun shiah. zaman ini, kebanyakan dunia islam adalah diperintah shiah.

antara yang paling berkuasa ialah Buwayhid – perintah di Iran, dan kawal Iraq juga. juga menjadidakan khalifah di baghdad sebagai pupppet mereka.

fatimiyyah – cukup berkuasa – takluk afrika, syam, arab. qalamiti dan nizari juga takluk kawasan2 yang tidak dikawal oleh fatimiyah

kumpulan2 ini muncul sebagai mazhab – konsep2 usul hukum dibentuk juga – wacana fiqh mereka mirip kepada para sunni – mereka menggalakan persefahaman.

fatimiyah lebih radikal – tapi libat dalam wacana2 semasa

kurun 4 dan 5, nampak gaya seolah fatimiyah bakal takluk kesemua dunia islam hinggakan sunni nampak sudah berkubur – zaman ini juga berkembang maju bidang2 senibina, sains dan falsafah

kuasa sunni kembali balas dendam, bawa kembali ke tengah semua orang, ketepikan syiah

jadi bila sunni kembali rampas kuasa ini, sunni balas dendam. wujud stigma terhadap shiah

adakah kedapatan perbezaan fiqh yang signifikan?

kebanyakan perbezaan ialah berkisar teologi – ruang kuasa para imam/ahlulbayt/para sahabat.

kemudian muncul gerakan hadith – melibatkan ribuan rakyat – merata-rata, di iran, spain, etc – ini suatu gerakan sosial besar – gerakan ini membentuk identiti tertentu

gerakan hadith ini mengasaskan 3 konsep yang kemudiannya menjadi kunci identiti Sunni:
Probity para sahabat – “adilah” – keadilan – kesaksian kesahihan – tak mahu dengar apa2 khabar negatif terhadap para sahabat – malah Umar sendiri merasa kesal terhadap pergolakan kuasa ini – Sunni berpendapat ini ujian yang paling mencabar, dan para sahabat melepasi ujian ini dengan sedaya upaya mereka – inilah “adilah” para sahabat – inilah diestablish oleh para gerakan hadith – Menentukan Imam-Imam hadith – Terdapat silsiah pewarisan ilmu Islam

sumber-sumber primer – Shiah kebanyakannya menerima kesahihan teks quran

tafsir: paling banyak perbezaan tafsir quran
di sekolah2 shiah sangat jarang mereka kaji hadith dan tafsir
kompilasi hadith mereka ada 4 utama mirip juga gaya sunan sittah

Athar – dalam muslim, bukhari, etc ada “Athar” – iaitu tradisi para sahabat – ini penting bagi Sunni, autoritatif

isu qiyas cukup kontroversi – zaydi terima ini, sepertimana afiliasi mereka dengan hanafi yang suka qiyas

imami tak suka qiyas

mazhab2 ini berkembang seiring dengan sunni

pun begitu sunni mengukuhkan institusi2 dengan kurikulum mereka tersendiri

cabaran pemulauan
-dilemma besar yang dihapadi shiah

apa nak buat bila hilang kuasa dan menghadapi stigma?

ini banyak merubah ideologi mereka – sungguh majmuk dan sukar untuk memberi gambaran umum – pandangan mereka terhadap komuniti sunni juga pelbagai – sunni tidaklah selalu benci shiah, dan shiah tidaklah selalu benci sunni sepanjang sejarah

bukan semua shiah bergabung menentang sunni, mereka juga perang sesama sendiri

hanya pihak hanbali sangat eksklusifvistik menentang shiah

Dr Azly’s straw man?

Friday, August 3rd, 2007

Dr. Azly’s post on Malaysia-Today looks rather too defensive and fails to answer the allegations brought up by UUM Vice-Chancellor as reported by Malaysiakini here. The VC alleges Dr Azly (and I think it’s quite true) of not honoring his contract.

As a comment by Uncle Tan in Dr Azly’s MT article hints, it is possibly a matter of convenience for Dr Azly to hobnob and brush shoulders with prestigious Columbia University academics and enjoy life in the land of freedom rather than contending with scanty resources and lacklustre students in UUM.

I’m not for AkuJanji, and it’s too bad that Dr Azly has to waste time dealing with an incompetent university with even more incompetent leaders, but Dr Azly’s straw man is too obvious, don’t you agree?

But to be fair, let’s wait for Dr Azly’s proper response on this issue.

4-B: Imam Abu Hanifah III

Friday, August 3rd, 2007

[disclaimer: ini terjemahan spontan saya sambil mendengar kuliah Dr. Umar Faruq. only take it for what its worth, jangan lebih dari itu.]

ra’y sangat penting utk mazhab hanafi

sangat autoritatif imam malik itu – anak2 murid beribu2 – mereka semua tak berganjak langsung bila imam malik mengajar seolah ada burung2 atas kepala mereka – ada sesetengah mereka yang ikut majlis imam malik selama 30 tahun! mereka juga slalu sangatlah segan bertanya kepada imam malik kerana beliau besar etc. suasananya begitu terkawal. perasaan “awe” di kalangan anak 2 murid terhadap imam malik — diceritakan oleh Sufyan ath-thauri

bagi abu hanifah, hidupnya di kufah. ada budaya perdebatan. kepelbagaian agama di situ – zoroastrian, kristian, yahudi, materialis etc… – abu hanifah suka suasan perdebatan sebegini. abu yusuf sering tertekan kerana banyak sangat perdebatan hinggakan jawapan selalu tak tetap — kadang betul dan salah pada masa sama — perdebatan rancak, kecoh walaupun halaqahnya kecil (berbanding majlis imam malik besar, tapi senyap sepi).

imam shafii memuji abu hanifah sebagai pendekatan yang berdikari, hypothetical method.

ini kerana abu hanifah banyak analogi, generalisasi dan ___ . ini suatu legasi imam abu hanifah.

antara kitab terpenting imam malik ialah “almudawwana” yang mengumpulkan pandangan2 imam malik. pengumpulnya, antaranya ialah asad ibn furad – beliau ini dari kufah dan mengikuti halaqah abu hanifah meskipun seorang maliki. beliau tertarik dengan persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam halaqa abu hanifah. bila pergi imam malik, imam malik kata “kalau perkara itu dah berlaku, baru tanya saya” (ertinya imam malik tak layan persoalan2 berupa spekulatif). jadi sering timbul “apa agaknya jawapan imamm malik sekarang?”. jadi kitab almudawwana berperanan seolah-olah jawapan imam malik terhadap persoalan2 yang dibangkitkan dalam halaqah abu hanifah. justeru, mazhab maliki banyak terhutang budi kepada pihak hanafi.

ISTIHSAN

imam malik kata ianya 9/10 dari ilmu.
dalam mazhab maliki, konsep istihsan ialah counterpart opposite saduldaraih – perkara2 penghalang. jika dibenarkna perkara ini, membawa mudarat. [ada contoh berkenaan seorang perempuan sakit - tak berapa faham]. jadi, istihsan berupa pemisahan dari analogi/precepts.

abu hanifah menggunakan hadith2 “aneh/luar biasa” untuk istihsan. ertinya, kalau biasanya hukum2 umum memudaratkan, beliau akan gunakan konsep istihsan iaitu hadtih2 yang berupa pengecualian terhadap garis2 hukum umum itu.

ada juga istihsan al-darurah – departure from analogy based on necessity (berpisah dari hukum umum atas alasan perkara itu memudaraktan)

HILAh

trick – hukum fiktif (fiction) – selalu menjadi perkara yang dikritik terhadap mazhab hanafi

membolehkan sesuatu perkara dibenarkan etc

biasa diaplikasikan terhadap janji, undang2,jaminan, kontrak. contoh, bila seseorang tak faham kontrak yang diikatnya

DISKUSI

mazhab hanafi itu sungguh archaic (lama) kerana ia bersabit sejak awal2 islam

istihsan vs siddildurraih – dalam maliki, pertama itu membenarkan, yang lagi satu mengharamkan.

imam abu hanifah cenderung guna teks – jauh lebih penting untuk mazhab hanafi daripada maliki – shafii juga utamakan teks.

assumsi: ada sistem hukum yang rasional yang boleh difahami
- ini ditafsirkan oleh abu hanifah sebagai hukum2 normatif dan umum
- bagi imam malik, ini ditafsir juga sebagai
- maknanya, hukum perlu rasional
- kemudian hari akan muncul pihak anti-rasionalis cenderung kritiknya atas suasana aplikasi rasionalisme dalam teologi.

abu hanifah proaktif – bersedia untuk permasalahan fiqh di masa hadapan

mentaliti pre-moden ialah agrarian – tak pentingkan masa depan. kini zaman industri dan sistem ekonomi lain banyak berorientasikan masa depan, futuristik. kita juga inginkan perbincangan dan debat terbuka. jadi, ini sangat sesuai dengan mazhab hanafi. kita perlukan konsep yang memanfaatkan dari zaman belakang (demi maslahat masa depan). abu hanifah itu seorang genius, cukup tajam pemikiran dan jauh visi masa hadapannya. banyak2 imam, saya sayangi kesemuanya, tapi imam abu hanifah ini cukup istimewa.

(Kembali kepada topik ini) TALKING PAST EACH OTHER

PIhak Shafii selalu saja bertelagah dengan geng hanafi. mengapa? kerana kedua-duanya mazhab dari Iran. Iran bukan shiah sehinggakkan kurun 16, sebelum itu senantiasa minoriti. boleh kata 50% shafii (isfahan), 50% hanafi (Tus).

apa implikasi pertelagahan intra-mazhab ini untuk zaman sekarang?
- shiah lagi la teruk “talk past” sunni.
- kita hidup dalam zaman berbeza di mana institusi2 ini sudah lama roboh. dari satu segi, tak bagus, tapi dari segi lain, membebaskan (liberating).

ada seorang ulama mesir bernama abu zahra seketika dulu yang cukup berminat terhadap segala2 rahsia setiap mazhab, termasuk juga

saya cukup percaya kita berada dalam kedudukan untuk memahami sejarah mazhab dulu2. terutama di universiti chicago ini. kita berkebolehan memahami mazhab dalam cara yang tidak dapat dijalankan waktu dulu.

lihat saja Ibn Rushd – beliau banyak kesilapan – terutamanya kesilapan paradigma teks (textual paradigm) – (jadi bagi ahli falsafah sehebat beliau pun buat kesilapan zaman dulu) – sekarang ini para orientalis (yang convert muslim) cukup hebat menimbulkan dan menjawab persoalan2 mazhab.

basicnya, mazhab shiah juga bernilai untuk memahami paradigma mazhab.

4-A: Imam Abu Hanifah II

Friday, August 3rd, 2007

4-A

reinhart – cenderung, dan suka menulis tentang mazhab hanafi, umpamanya artikelnya heaven and ____

abu hanifah sangat politikal, juga sangat terlibat dalam spekulasi teologi – isu2 besar waktu itu.

talking past each other:
apabila mazhab2 menceritakan tentang mazhab lain terdahulunya. ini dalam sekolah pemikiran. tapi antara personaliti, mereka sezaman, cakap seperti kawan.

sumber teks dan konsep praktis akan dibahaskan – ini penting dalam maliki, tapi hanafi juga ada elemen ini

kemudian kita akan masuk isu ra’y.

apakah mazhab2 terkemudian namanya sama? ini sekadar untuk direnungkan. kita perlu kaji isu ini, iaitu adakah sebuah tradisi yang memiliki imam sama dengan pendapat2 imam itu? apakah sama? apa yang berubah?

kita akan fokus aspek2 awal pembentukan mazhab yang seterusnya menjadi asas utama mazhab itu.

bandingkan hanafi dan maliki, talking past each other, apa pentingnya dikaji secara sejarah?

ABU HANIFAH DAN REALITI POLITIK

beliau terlibat dalam persoalan2 politik.bukan masuk politik, tapi mengambil berat akan realiti2 politik zamannya.

sangat bersimpati terhadap ahlul bayt, atau ‘alid sympathies.

beliau hidup dalam 2 empayar berbeza: lahir ketika empayar umayyah yang memerintah hampir 100 tahun. beliau tidak menyukai umayyah. imam malik juga merasakan begitu. beliau menyokong gerakan zaid ibn ali. mereka belajar bersama, saling mengajar-belajar antara mereka. tapi bila zaid cuba menumbangkan umayyah, abu hanifah sokong, kasi duit kepada zaid. juga beliau menasihati tentera umayyah supaya tidak menentang zaid. abu hanifah sokong zaid dari segi duit mahupun fatwa. dan lain2 sokongan juga barangkali, yang kita tak tahu.

bila zaid mati, umayyah cuba membalas dendam. mulanya, cuba melantik abu hanifah sebagai hakim – bila ini berlaku, implikasinya beliau ikrar utk menyokong umayyah – jadi abu hanifah menolak tawaran itu, diseksa, dipenjara, hampir mati tapi sempat larikan diri ke Mekah dan Madinah selama beberapa tahun.

beliau menyokong abbasiyah pada awalnya, tapi bila mereka merampas kuasa, abu hanifah tidak mahu menerima perlantikan jawatan.

abbasiyah mula menindas keturunan hasan dan husain yang taraf mereka lebih tinggi dari abbasiyah.

jadi abu hanifah menjauhkan diri dari kekejaman abbasiyah terhadap hasan dan husain.

muncul pemberontakan muhammad an-nafs al-zakiyya al-hasani (ertinya keturunan hasan, bukan husain) – maulay idris adalah abangnya (?) muhammad an-nafs berjaya melarikan diri ke morocco dan mendirikan pemerintahan di sana.

abu jaafar al-mansur menumbangkan muhammad an-nafs, dan menjemput abu hanifa jadi hakim. abu hanifa sekali lagi menolak tawaran.

shiah muncul bukan dalam vakum, tapi dari konteks penindasan terhadap mereka. sebagaimana sabda rasulullah untuk mencintai keluarga rasulullah, tapi tak semestinya menjadikannya pegang kuasa.

di Cina, umpamanya, golongan sayyid yang membentuk konsep fusion dengan konteks tradisi sana.

para sayyid selalu diagungkan umat islam, jadi kebanyakan pemerintah politik rasa cemburu dan tercabar – ini berlaku di mana-mana saja.

sebab ini abu hanifa jauhkan dari politik waktu itu.

kemudian beliau dipenjara dalam rumah (house arrest) dan kemudiannya tidak lagi mengajar dan mengeluarkan fatwa. mungkin juga kerana sudah terlalu lemah.

jadi terus terang beliau bukan seorang yang tidak ambil peduli perkembangan politik.

dalam sekolah mazhab hanafi, tak ada langsung pendirian politik dan legitimasi pemerintahan terkandung dalam kitab2 beliau (tak tercatat).

sekolah ini tidak sama perkembangannya dengan imamnya sendiri.

pembirokrasian Islam –> abuhanifa menolak tawaran hakim, tapi anak2 murid beliau belaka menerima tawaran. ini mungkin sebabnya tak ada catatan pandangan abu hanifa berkenaan politik.

TEOLOGI

abu hanifah mengambil tahu segala-gala isu – dan tentu juga dengan teologi.

begini juga dengan hanbali – memiliki perspektif teologi yang spesifik.

abu hanifah punya perspektif teologi sangat hebat. dan saya ucapkan ini dengan penuh keyakinan. memang betul2 menjawab persoalan-persoalan besar.

bila kita kaji mendalam mazhab, pastinya akan berkait dengan teologi. mesikpun imam malik dan syafii tidak terlalu terlibat dengan teologi, tapi latar teologinya mereka tetap perturunkan.

tanggapan bahawa kalam itu sentiasa bertentangan dengan fiqh itu tidak tepat.

ini hanya berlaku pada zaman kita kerana kita saling mengasingkan kursus teologi dan kursus fiqh.

mazhab2 sunni pastinya berkait dengan pendirian-pendirian teologi.

terutamanya, fiqh pasti membicarakan tentang tindak-tanduk dan kategori2nya, iaitu wajib, mandub, mubah, makruh (reprehensible), haram.
perkahwinan — bagi maliki, bergantung pada konteks – boleh jatuh dalam kesemua kategori itu.
dalam mazhab hanafi ada 7: fard, wajib, mandub, mubah, makruh, makruh-haram, haram. kebanyakan perbezaan ini hanay boleh difahami bila kita memahami latar teologinya.

apa bezanya fard dan wajib?

isu pertama berkenaan teologi yang muncul ialah pihak melampau/ekstrim, iaitu khawarij. jadi teologi pertama muncul untuk menentang ekstrimis khawarij.jika kamu berdosa dan tidak bertaubat, kamu adalah kafir. ertinya, ini persoalan tentang definisi “MUslim”.

bagi abu hanifah, isu ini sangat2 penting. hukum fard itu muncul sebagai hukum mutlak yang benar. haram pula mutlak prohibited.

fard itu perkara yang disepakati oleh kesemua orang – umpamanya solat 5 waktu.
wajib itu, kekuatannya sama saja.

tapi beza teologinya ialah jika kamu menolak perkara fard, itu sudah jatuh kafir.jadi, kalau tak solat, kena cakap saya taknak solat tapi saya akui solat itu wajib. kalau kata solat itu bukan wajib, bermakna kamu sudah meninggalkan/membelakangkan komuniti/umat, maka sudah jatuh kafir.

jadi dari perspektif ini, pandangan abu hanifah berkait teologi – iaitu persoalan takfir.

dzanni & qat’i: ini isu epistemologi. penting bagi abu hanifah kerana untuk menentang ketaksuban. qat’i itu mutlak, dzanni itu relatif.

kebanyakan keputusan fiqh adalah dzanni. sebab itu fiqh ini suatu proses.

kita perlu fikirkannya dari perspektif epistemologi.

proto-hanafi dari Iraq:
abu hanifah hanya mewarisi tradisi Kufah – abdullah mas’ud, imam ali etc.
proto-hanafi ini sekolah pemikiran sebelum abu hanifah.
sekolah ini dikenali sebagai murji’ah – ini khususnya di kufah – mereka ekstrim dari penghujung satu lagi berbanding khawarij. – murjiah kata asalkan kamu percaya, sudah memadai. khawarij pula, terlalu spesifik literal.
abu hanifah pendiriannya adalah murjiah – kita perlu melaksanakan shariah, tapi kita jangan menilai orang lain. kita tak tahu hati orang.
jahm ibn safwan: sekolah hanifah akan berpendapat beliau bukan kafir kerana beliau mengakui islam. jangan menilai orang. asalkan mereka percaya dan memperakuinya sudah cukup.takyah nak korek2 isi hati orang.

TALKING PAST EACH OTHER
(cakap lepas mazhab lain)

ini cukup mengganggu golongan shafii. kenapa ditambah 2 kategori sepertimana abu hanifah itu?

mereka mengkritik mazhab hanafi dalam isu ini, tapi hanya dari pandangan epistemologi.

kritikan ini biasanya ditelagahi bila mereka tidak memahami asal usul teologinya.

isu sebegini menunjukkan kita sejauh mana mazhab2 saling memahami. apakah mereka antagonistik? apakah mereka tidak faham langsung isu2 asas usul fiqh mazhab?

di madinah, ra’y dan hadith kedua2nya digunakan. skop ra’y luas.

di kufah kedua2nya digunakan. skop ra’y dan hadith kedua2nya luas.

paradigma tertentu dari sejarah perlu diketepikan.

mazhab hanafi adalah mazhab generalization dan analogi.

bagi maliki, analoginya ialah qawaid (suatu arahan umum @ precepts). hanafi berbeza sedikit, kerana mereka lebih berorientasikan teks.

abu hanifah sering merujuk teks dan hadith dengan perspektif yang istimewa. beliau cuba melihat teks2 normatif yang merumuskan sesuatu. contohnya, “dilarang bagi kamu sesuatu yang memudaratkan kamu”. abu hanifah sangat gemar akan hadith2 sebegini kerana ia menjadi asas norma.

lagi satu konsep ialah generalisasi bukti (generalization of proofs). abu hanifah memilih teks2 yang memberi panduan umum tanpa pengecualian. guna kenyataan umum untuk semua, dan hanya membuat pengecualian jika menemui teks2 yang setara kekuatannya. jika ada teks yang tak padan, beliau mengetepikannya sementara, guna dalam keadaan yang istimewa.

tak ada mazhab yang lebih mengutamakan quran selain hanafi. kerana ia banyak pernyataan2 am.

ini beza dgn maliki, kerana ia dzanni. contohnya, aqimissolah itu dzanni kerana tidak boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak.

bagi abu hanifah, beliau menggunakan pernyataan sebegitu secara definitif. dan akan mencari sumber2 lain sebagai pengecualian jika temu.

begitu juga dengan hadith. cuma, hanya akan cari hadith2 yang am @ normatif.

bagi hanafi, ada hukum2 yang asas. teks2 lain di luar konteksnya sebagai problematik, dianggap sebagai “shaz” – pelik, luar biasa.

bagi guru imam malik iaitu rabi’ah, jika kita ikut hadith ini secara literal, akan merabakkan sunnah.

rasululluah membuat pelbagai garis2 umum.

pandangan golongan salaf – para sahabat dan tabien. ini sangat penting walaupun hadith bercanggah. pastinya ada sesuatu mengenai hadith itu yang luar biasa jika bercanggahan dengan salaf.