Archive for January, 2008
Seminar Fiqh Nusantara
Wednesday, January 30th, 2008DIALOG ANTARA AGAMA DAN PERADABAN: PERSPEKTIF AGAMA DAN TAMADUN
Tuesday, January 29th, 2008Oleh Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
“Muzakarah Pendisiplinan Dialog Antara Agama dan Peradaban” pada 22 Januari, 2008, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.
DIALOG ANTARA AGAMA DAN PERADABAN: PERSPEKTIF AGAMA DAN TAMADUN[1]
Dr. Mohd Farid Mohd Shahran[2]
Mukaddimah: Makna Dialog
Dialog pada dasarnya bermakna “perbincangan antara dua orang atau lebih” (conversation between two or more people).[3] Lebih khusus, seperti yang dikemukakan oleh Leonard Swidler, ia bermaksud “perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama untuk setiap pihak dapat mempelajari dari pihak lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju” (a conversation on subject between two or more persons with differing views, the primary purpose of which, is for each participant to learn from each other so that he or she can change and grow)[4] Takrifan di atas, sekurang-kurangnya mengetengahkan beberapa ciri penting serta andaian awal yang terdapat pada dialog. Pertamanya, dialog bertitik tolak dari perbezaan pandangan. Kedua, ia bukan sahaja memerlukan persefahaman di antara pihak yang terbabit akan tetapi juga menuntut perubahan dari segi pendirian dan kadangkala, kepercayaan. Ketiga, dialog juga, dalam banyak keadaan, merupakan tindak balas (reaction) kepada masalah dan kemelut yang timbul, atau dengan kata lain, ia bersifat pragmatik.
Dialog dan Agama
Berdasarkan beberapa pendahuluan di atas, kita dapat bersetuju bahawa dialog adalah satu usaha yang baik kerana ia adalah pendekatan berguna bagi mencari penyelesaian kepada satu permasalahan. Namun usaha sebegini mungkin mudah apabila ia berkait dengan masalah-masalah yang bersifat sosial, ekonomi dan politik akan tetapi ia menjadi sukar lagi sulit apabila ia berhubung dengan agama. Berbeza dengan sudut kehidupan yang lain, agama berkait rapat dengan pegangan, kepercayaan dan keyakinan yang bersifat mutlak. Ia merupakan wilayah suci yang amat sukar menerima ruang perubahan. Tambahan pula, agama, pada fitrahnya, mencerminkan satu kerangka pandangan alam (worldview) meyeluruh yang terbentuk dari beberapa unsur-unsur utama berdasarkan sumber-sumber agama yang bersifat mutlak. Dalam konteks Islam, misalnya, unsur-unsur utama ini seperti kepercayaan dan kefahaman terhadap Tuhan, Nabi, Hari Akhirat, agama, al-Qur’an, hukum-hakam dan sebilangan nilai-nilai akhlakiah adalah tetap dan kekal, tidak tertakluk kepada perubahan. [5]
Pandangan alam yang terpancar dari sesuatu agama itu pula berbeza dan kadangkala bertentangan dengan pandangan hidup yang terbit dari agama-agama lain. Teks-teks agama yang menjadi sumber rujukan dalam pembentukan pandangan hidup ini secara dasarnya mempertahankan ketulenan kepercayaan dan ajaran-ajaran agama masing-masing dan menolak beberapa prinsip yang dipegang oleh agama lain. Ini secara langsung mempertajamkan lagi perbezaan yang wujud antara pandangan alam yang lahir dari pelbagai agama ini. Misalnya, penegasan dan pengisbatan al-Qur’an terhadap prinsip keesaan Tuhan (Tawhid), kritikanNya terhadap asas pegangan agama Kristian seperti Ketigaan Tuhan (trinity) dan pensaliban Nabi Isa (crucifixion) serta kecaman terhadap penduaan Tuhan (shirik) yang menjadi asas kepada sistem kepercayaan agama-agama lain.
Pertembungan Tamadun
Perbezaan-perbezaan yang terdapat pada pandangan alam ini, sebagaimana yang buktikan oleh sejarah, membawa kepada pertembungan besar antara tamadun-tamadun yang mendokong pandangan hidup yang berbeza ini sehingga membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah yang berterusan. Peperangan Salib selama dua abad yang menyaksikan antara lain penyembelihan 60,000 orang Islam dan Yahudi di tangan tentera perang Salib Kristian setelah kejatuhan Baitul Muqaddis merupakan sejarah hitam pertembungan tamadun yang amat dikesali termasuk oleh ahli-ahli sejarah Barat sendiri.[6] Begitu juga dengan pembunuhan seramai 100,000 orang Yahudi di Eropah antara 1400 hingga 1700 hasil dari perasaan anti-semitisme penguasa agama Kristian[7] yang kesannya tidak mudah dlupakan dan masih dirasai hingga sekarang. Ini ditambah dengan gerakan penjajahan yang menyaksikan hampir keseluruhan bumi yang didiami oleh masyarakat Islam telah ditakluk oleh kuasa-kuasa Barat yang membawa bersama-samanya panji-panji agama. Walaupun sebab yang membawa kepada peperangan bukan sepenuhnya bersifat agama tetapi juga disumbang oleh faktor kekuasaan politik dan ekonomi, namun kesan dari semua ini telah menyebabkan jurang kepercayaan antara penganut-penganut agama menjadi bertambah luas.
Pertembungan berdarah ini ditambah dengan serangan pemikiran yang dijalankan oleh pihak Barat terhadap Islam yang telah bermula sejak abad ke 12 lagi melalui tulisan-tulisan yang menyerang Islam oleh ilmuwan-ilmuwan Kristian Byzantin. Ia bertambah rancak pada abad ke 15 dan 16 selepas Qur’an mula diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebelum diteruskan oleh tradisi Orientalisme yang berat sebelah dan amat tidak menyumbang kepada dialog antara agama dan peradaban. Kepasrahan mengenai sulitnya ruang dialog ini dikongsi oleh Dr. Hans Koechler, Profesor bidang falsafah dari universiti Innsbruck Austria, apabila beliau menjelaskan bahawa:
This complex history of confrontations between Christians and Muslims in the West, the South, and the East of Europe and in the Near East has practically made a genuine “dialogue of civilizations” impossible — in spite of the rich influence of Islamic culture on the development of the European mind.[8]
Ciri-Ciri Persamaan: Ruang dan Peluang Dialog
Di samping jurang perbezaan besar antara penganut-penganut agama yang dihasilkan dari sejarah hitam di atas, harapan untuk melihat penganut-penganut pelbagai agama ini duduk berbincang tidaklah tertutup terus. Kerana di samping perbezaan tersebut, ada sudut lain yang dikongsi oleh agama-agama ini yang mampu dijadikan titik tolak dialog antara agama. Paling kurang, semua agama percaya kepada kewujudan Tuhan atau kewujudan satu kuasa mutlak yang mengatasi kekuasaan manusiawi. Pasti ada ruang perbincangan yang dapat dikongsi terutama yang berkaitan dengan ancaman terhadap kepercayaan kepada Tuhan. Sementara di antara tiga agama besar dunia, Islam, Kristian dan Yahudi, hakikat bahawa kesemua agama ini datang dari tradisi yang sama, Abrahamic Tradition, sedikit sebanyak dapat menjadi titik mula untuk memulakan dialog. Al-Qur’an, di samping memberikan gelaran yang lebih khusus, Ahl al-Kitab kepada penganut agama Nasrani dan Yahudi, juga memberi sedikit kelonggaran dari muamalah antara masyarakat Islam dengan mereka berbanding dengan yang lain. Sekiranya ada yang masih sangsi dengan kemampuan penganut-penganut agama ini bersama dalam bidang teologi, satu lagi dimensi yang dapat dijadikan noktah awal untuk dialog ialah bidang akhlak dan etika. Sebilangan nilai-nilai murni seperti keadilan, berbuat baik kepada ibubapa, jiran, tidak berbohong, amanah dan lain-lain kesemuanya dikongsi oleh agama-agama ini.
Dari sudut tamadun pula, walaupun sejarah manusia banyak diwarnai dengan pertembungan antara tamadun yang terjelma dalam bentuk peperangan dan perluasan kuasa pelbagai empayar dan kerajaan, di satu sisi yang lain terdapat wajah yang lebih aman dalam hubungan antara agama. Tamadun Islam, misalnya, walaupun dilandasi dengan prinsip dan pandangan alam agama yang agak ketat, namun tamadun yang lahir dalam sejarah ternyata lebih realistik dan terbuka terhadap ruang perhubungan yang sihat antara penganut-penganut agama. Contohnya, walaupun Islam menentang keras kekufuran dan shirik, namun dalam pelaksanaannya, ruang beragama diberikan dengan luas kepada penganut agama lain. Piagam Madinah yang dimeterai oleh Nabi Muhammad dengan penduduk Yahudi dan Nasrani ternyata memberi kebebasan dan ruang kepada agama-agama lain untuk mengamalkan kepercayaan dan ibadah mereka. Dalam pemerintahan Mu’awiyah (661-769), beliau kerap menjemput pihak Kristian Jacobite dan Maronite ke istana untuk berdebat. Begitu juga St. John of Damascus (m.748) dari Syria sering ke istana baginda untuk berdebat di hadapan Khalifah mengenai ketuhanan Isa, sifat Kalam Tuhan serta isu kebebasan manusia dengan kehadiran Khalifah.[9]
Pemerintahan Islam di Sepanyol pula menyaksikan penduduk Yahudi dan Nasrani tinggal dengan aman di bawah pemerintahan Islam. Ramai orang Yahudi yang datang telah diberikan jawatan penting oleh pihak penguasa Islam. Malah mereka juga dibenarkan untuk membina sekolah mereka yang terkenal misalnya di Cordoba.[10]
Selain bentuk dialog antara agama, yang lebih menyerlah dalam sejarah tamadun Islam ialah dialog intra-agama atau perdebatan di kalangan masyarakat Islam sendiri di hadapan pemerintah. Khalifah-khalifah Abasiyyah seperti Harun al-Rashid dan al-Ma’mun misalnya terkenal sebagai khalifah yang selalu mengadakan perdebatan ilmiah di istana dan kadangkala risiko perdebatan tersebut amat berat iaitu kehilangan nyawa di pihak yang kalah.
Dialog antara agama dalam tamadun Islam juga tidak sekadar berlaku dalam bentuk pertemuan dua pihak secara secara hakiki. Yang lebih utama, interaksi antara agama berlaku dalam bentuk-bentuk ilmiah yang lain. Terdapat sekurang-kurangnya dua bentuk interaksi atau pendekatan tamadun Islam terhadap agama lain iaitu:
Keperluan Dialog Agama Masa Kini
Dekad-dekad mutakhir ini menyaksikan seruan untuk melakukan dialog agama semakin kuat walaupun ia masih diperingkat awal. “It is still”, kata Alan Race dan Shafer “in its infancy”.[11] Keperluan dialog antara agama dizaman ini dikaitkan dengan corak kehidupan manusia yang lebih pluralistik akibat dari arus globalisasi. Jarang sekali berlaku wujudnya sebuah negara yang tidak didiami oleh masyarakat yang pelbagai sementara sistem demokrasi yang diamalkan disebahagian besar negara di dunia yang menonjolkan aspek hak asasi manusia dan kebebasan beragama kadangkala memerlukan interaksi dan tasamuh yang lebih tinggi di kalangan penduduk berbilang agama. Justeru suasana interaksi agama yang dahulunya lebih bersifat monolog harus berubah kepada dialog. [12]
Selain dari itu, timbul masalah-masalah baru seperti ektremisme agama yang kadangkala bukan sahaja memberi kesan buruk kepada penganut agama lain malah kepada penganut agama itu sendiri. Tindakan sekelompok masyarakat bertindak atas nama agama dengan membunuh, mengebom manusia lain yang tidak berdosa adalah sesuatu yang tidak dibenarkan oleh mana-mana agama. Walaupun faktor yang membawa kepada tindakan tersebut serta keadaan psikologi mereka yang terlibat dapat difahami dan perlu diambil kira, tindakan yang dilakukan ternyata tidak menguntungkan sesiapa malah memberi kesan yang lebih buruk kepada hubungan antara agama. Justeru itu usaha dialog sama ada di peringkat dalaman di antara penganut agama itu sendiri (intra-religion) dan juga dialog dengan agama lain (inter-religion) adalah perlu untuk menjelaskan kedudukan sebenar kefahaman agama tersebut dan mengelakkan kesilapfahaman.
Persoalan lain yang timbul ialah kewujudan common enemies di kalangan pelbagai agama yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada sesuatu agama akan tetapi kesemua agama. Misalnya dalam keadaan kehidupan penduduk dunia yang semakin sekular dan berteraskan kebendaan, timbul keperluan di kalangan penganut-penganut agama untuk bersama berganding bahu menentang aliran-aliran ini dari mempengaruhi kefahaman agama-agama mereka. Begitu juga dengan isu-isu yang bersifat sosio-politik semasa seperti kerosakan alam sekitar, kemiskinan, ancaman nuklear, kepanasan global kesemuanya memerlukan suaran dari kelompok agamawan dan boleh menjadi pendorong utama kelompok-kelompok agama untuk bersama-sama menyatakan pendirian mereka. Dari sudut yang lebih kecil, terdapat juga masalah-masalah dalaman yang bersifat teknikal yang kadangkala berkait dengan agama. Misalnya dalam konteks Malaysia, beberapa isu tentang pentadbiran agama dan perlaksanaan undang-undang yang memberikan kesan terhadap agama seperti pembinaan kuil, sistem mahkamah sivil dan shari’ah. Perkara-perkara ini sudah pasti memerlukan tindakan proaktif dari kelompok-kelompok agama untuk duduk berbincang dan cuba menawarkan penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut dengan penuh kebijaksanaan.
Penyelesaian terhadap semua masalah ini akan memastikan keharmonian dan kerukunan hidup antara masyarakat beragama akan terjamin. Ini merupakan landasan yang paling penting dalam kehidupan manusia yang mengesahkan lagi keperluan terhadap dialog antara agama. Walaupun dialog sebegini agak lebih pragmatik dan bukan cerminan bentuk interaksi antara agama yang berlaku dalam sejarah dan tamadun yang lalu, ia merupakan keperluan semasa yang tidak dapat dinafikan kepentingannya.
Dua Peringkat Dialog Antara Agama
Berdasarkan kepada pemerhatian di atas, dialog antara agama boleh berlaku dalam dua peringkat. Kedua peringkat ini amat berkait dengan tujuan ia diadakan:
Perkara-Perkara yang Harus Diawasi dalam Dialog
Dalam keghairahan menjalankan dialog antara agama, terdapat juga perkara-perkara yang harus dielakkan. Antara lain ialah kecenderungan untuk menyamakan kebenaran antara agama dengan menganjurkan faham pluralisme agama. Kita tidak menentang pluralisme agama sekiranya ia bermaksud kehidupan bersama pelbagai penganut agama dalam satu wilayah (co-existence) untuk hidup dalam keadaan harmoni. Malah tasamuh dan keterbukaan bentuk ini sudah lama wujud dalam Islam sejak dahulu lagi seperti yang telah dijelaskan. Akan tetapi pluralisme yang ditolak ialah kefahaman bahawa semua agama sama dari segi kebenaran dan tidak ada agama yang boleh mendakwa kebenaran lebih dari agama lain. Sebaliknya prinsip yang harus dipegang ialah seperti mana yang dianjurkan oleh al-Qur’an bahawa “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku” (lakum dinukum wa liyadin). Adalah amat penting ditegaskan bahawa pengakuan kebenaran eksklusif sesuatu agama bukan bermakna tidak bersifat tasamuh (intolerance) dengan agama lain.
Yang kedua ialah kecenderungan untuk membuang kemutlakan agama (deabsolutization of truth) dengan menafikan aspek kesucian dan kemutlakan setiap agama sepertimana yang dianjurkan oleh beberapa penulis-penulis dalam bidang ini.[14] Walaupun tujuan anjuran ini adalah untuk membuka ruang keterbukaan yang lebih kepada semua agama untuk berdialog, namun ia adalah sesuatu yang tidak perlu, malah sudah pasti tidak akan dipersetujui oleh mana-mana penganut agama yang meyakini akan kebenaran agama mereka. Yang lebih wajar dianjurkan ialah di samping kepercayaan tentang kemutlakan agama masing-masing, setiap penganut harus dapat membezakan antara kemutlakan agama yang benar dan ketidaksempurnaan penganut-penganut yang mengamalkan agama tersebut. Masalah-masalah yang berlaku antara agama sebahagiannya bukan disebabkan ajaran agama, akan tetapi kelemahan dan kejahilan penganut agama tersebut dalam memahami agama asing-masing.
[1] Dibentang dalam “Muzakarah Pendisiplinan Dialog Antara Agama dan Peradaban” pada 22 Januari, 2008, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.
[2] Penulis bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
[3] Fowler’s Modern Usage Dictionary (Oxford: Oxford University Press, 1999), 166.
[4] Leonard Swidler, “Religious Pluralism and Ecumenism from Christian Perspective”, in Religious Issues and Interreligious Dialogues: Analysis and Sourcebook of Developments since 1945, ed. Charles Wei-hsun Fu, Gehard E. Spiegler (New York:Greenwood Press, 1989), 338.
[5] Lihat misalnya perbahasan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas mengenai pandangan alam Islam dan juga perbezaannya dengan pandangan alam yang terpancar dalam tamadun lain dalam karya-karya beliau seperti Islam and Secularism, cetakan semula (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001), Prolegomena to the Metaphysics of Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995) dan Risalah untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001).
[6] Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam (Kuala Lumpur: Teks Publishing, 1988), 213-214.
[7] Dipetik dalam Tamara Sonn, “The Dialog between Islam and the Judeo-Christian Tradition”, Religious Issues and Interreligious Dialogues: Analysis and Sourcebook of Developments since 1945, ed. Charles Wei-hsun Fu, Gehard E. Spiegler (New York: Greenwood Press, 1989), 338.
[8] “Muslim-Christian Ties in Europe: Past, Present and Future”, Second International Seminar on Civilizational Dialogue: Japan, Islam and the West (Kuala Lumpur, 2-3 September 1996), dipetik dalam http://www.i-p-o.org/ice.htm.
[9] Philip Hitti, History of the Arabs, 10th ed. (New York: St. Martin Press,1970),196.
[10] Lihat Dusuki Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983), 347-358.
[11] Alan Race & Ingrid Shafer, Religions in Dialogue (Hants: Ashgate, 2002), 3.
[12] Ibid.
[13] http://www.beliefnet.com/story/185/story_18594_1.html]
[14] Lihat misalnya tulisan Leonard Swidler, “From Age of Monologue to the Age of Global Dialogue”, Religions in Dialogue, ed. Alan Race & Ingrid Shafer (Hants: Ashgate, 2002),8.
Muslims in America
Saturday, January 26th, 2008The History, The Challenge, The Future…
Northeast Malaysia Forum 2008
Thursday, January 24th, 2008Dear fellow Malaysians,
The Northeast Malaysia Forum 2008 entitled “Changing Freedoms in Malaysia” is happening on the 29-30 of March in Boston, MA. Below are the details.
*Northeast Malaysia Forum 2008 – “Changing Freedoms in Malaysia” *
Tentative Date : March 29-30, 2008
Theme : Changing Freedoms in Malaysia
Venue : Boston, MA
Admission: Free for all, including non-Malaysians.
Transport reimbursement: Limited scholarships might be available on a strictly need-based basis.
*
Confirmed Speakers/Teleconferencees:*
*Invited Speakers* : Azly Rahman, Doctorate in International Education
Development at Columbia University
Meredith Weiss, Research Fellow, East-West Center Washington DC
*Teleconferencees *: Malik Imtiaz, human rights lawyer
Steven Gan, editor-in-chief, Malaysiakini.com
Mark Chang, CEO Jobstreet
Jeff Ooi, blogger
Colin Nicholas, Coordinator, Center for Orang Asli Concerns (COAC)
*Proposed Program* :
Saturday (Day 1)
Breakfast, teleconference with Malaysia speakers, lunch, speeches from invited guests, dinner/networking reception
Sunday (Day 2)
Breakfast, workshop discussion, project proposals, lunch, departure
The Northeast Malaysia Forum is a network of Malaysian students and professionals based in the Northeast United States. It is an offshoot of the Stanford Malaysia Forum ( http://smf.stanford.edu), started in the San Francisco Bay Area in 2002 with the aim of promoting discussion about Malaysian affairs through media and public dialogue. We strive to engage Malaysians and interested parties in discussion about and participation in Malaysian development in every scope and field. Among our aims are to
provide networking opportunities for Malaysian students and professionals based in the Northeast United States and to pool together valuable human resources and contacts who are interested in nation building.
We, the NMF, like its predecessor, the Stanford Malaysia Forum, are a non-partisan and non-profit entity. We seek to begin conversation through the annual Northeast Malaysia Forum, a two day event that will bring together academics, professionals and students interested in Malaysian current affairs. We hope that this event will provide a proper, civil and balanced discussion of issues and flash points occurring in Malaysia, inspire civic consciousness among overseas Malaysians and provide opportunities for collaboration between participants and speakers.
If you would like to attend this event, please RSVP as soon as possible to enghan@gmail.com or huihsing.su@gmail.com , because space is limited. If you or your organization would like to help out with the Northeast Malaysia Forum 2008, please email joyce.tagal@yale.edu or jliew@princeton.edu. If you would like to learn more about the Malaysia Forum, please email
smf-kopitiam@mailman.stanford.edu
Regards,
Joe Liew
Nothing is further from the truth…
Thursday, January 17th, 2008I wasn’t aware of how big and influential are the Naqshband in Turkey. Note that even Necmettin Erbakan is a disciple of a major Naqshi shaykh as mentioned below:
The third big Naqshi group is led by Mahmud Es’ad Cosan (pronounced Djoshaan). He is a former Professor of Literature at Ankara University, and wrote his doctorate on Haji Bektashi Veli. His murids are mainly students or professional academics. Many of his articles of his have been translated into English (you can find them at The Australian Kotku Federation and also at Commentaries by M. E. Cosan, as well as a few here or here).
They seem to comprehend the Naqshbandiyya way in a very sophisticated and beautiful way. They carry on the classical Sufi tradition of this silsila and organize many (tens of thousands of murids, men and women) seekers and still they are very “modern” in their approach: printing books, having schools, camps, three or four big magazines (Islam, Kadin ve Aile, Ilm ve Sanat etc.), radio channel (called Akra), influencing political life, have large companies, organizing events and conferences, and so on. Their centre is at Iskanderpasha mosque in Fatih district in Istanbul. They have murids in Australia, Germany, Britain, Sweden, Denmark, US and other places in the West and a wide network (mainly amongst Turks) around the globe.
They carry on the classical silsila from Shaykh Gumushanevi, a big religious leader at the end of the Ottoman era, who led the main tekke (lodge) of Istanbul at that time. And the previous shaykh of this tariqa (before Mahmud Es’ad) was Mehmet Zahid Kotku (d.1980). He was close to what one could call a “grandshaykh” in Turkey because of his influence. Many of the leading politicians in Turkey of today: Necmettin Erbakan, Hasan Aksay, Fehmi Adak, Korkut Ozal and the now dead Turgut Ozal were all his disciples. At that time in the seventies and eighties the Naqshbandi movement and the political Islamist movement was one and the same. Later on the Naqshis separated from party politics. But still most Naqshi groups have a huge influence on Turkish politics.
Some analysts have compared Shaykh Es’ads tariqa to The Muslim Brotherhood movement. And they have similarities: they both have a holistic comprehension of Islam, a broad movement of dedicated men and women, work with mass media and are very popular. Hassan al-Banna, the founder of The Brotherhood had actually his background in the Husafiyya tariqa in Egypt, and formed the Brotherhood movement after a classical tariqa structure. The Brotherhood also have a daily wird to recite “the Mathoraat” (mainly taken from the Sufi Imam Nawawi’s book on dhikr “Kitab al-Adhkaar”). But the Turkish Naqshi movement is more milder whereas the brotherhood today has lost much of it’s spiritual strength, and has become too involved in power politics.
Full article is here
Salat Tunjiyya
Wednesday, January 16th, 2008Salat Tunjiyya–the prayer that saves people:
“Allahumma salli ala Sayyidina Muhammadin salatan tunjina biha min jami al ahwali wal afat
wa taqdi lana biha jami`a al hajjat
wa tutahiruna biha min jami`a as-sayyiat
wa tarfauna biha `indaka ala darajat
wa tubalighuna biha aqsa al ghayat min jami`a al khayrat fil hayati wa bad al mamat
wa ala alihi wa sahbihi wa sallim tasliman kathira”
O Allah pray on our Master Muhammad a prayer by means of which we will be saved from every awe-inspiring harmful thing,
and that will take care of all of our needs,
and purify us by means of it from all of our ugly qualities and characteristics
and raise us and purify us by means of it from all of our ugly qualities and characteristics
and raise us up by means of it in Your Presence to the highest of degrees,
and cause us to reach by means of it the extremes of all goodness in our life and after our death
and this prayer be upon his family and his companions
and may he be given safety and much salaam.
Source is here
Between Islamic Law and Islamic Politics: Islamic Tradition in the Modern World
Wednesday, January 16th, 2008This was my favorite talk during the Muktamar MISG-IMSA 2007. Very original, thoroughly engaging and eloquently presented. Too bad I ran out of memory to record the Q&A session.
Recorded with Casio EX-V8’s Youtube Mode.
Ya Latifu ya latif…
Tuesday, January 15th, 2008
From His beautiful and excellent Names is the Ever-Discreetly Gentle (al-Lateef). He is the One Who is so Discreet in His Actions that He discerns the hidden and secret, and what the hearts are filled with. He also perceives what is in the lands, of enclosed grains and seeds. He is Ever-Gentle with His devoted slaves and makes things easy for them and keeps them away from difficulties. He makes the path to His Pleasure and Generosity easy for them. He protects them from every and means that may lead to His anger. This is through means that they may perceive as well as means that they do not perceive. He also decrees matters for them that they dislike in order for them to be granted what they love. He is Gentle with them with respect to their own souls as He guides them to His beautiful ways and His noble creations. He is Gentle with them with respect to matters that are external to them with every goodness and righteousness. The name Al-Lat.eef is close in its meaning to Al-Khabeer (the Well-Acquainted with all things), Al-Ra`oof (the Clement) and Al-Kareem (the Generous).
On Parti Mahasiswa Negara
Tuesday, January 15th, 2008They think there can be a united student-based political party to oppose the shortcomings of current rulers and overcome the failure of opposition parties? I am shrouded in skepticism…
Amongst most developed nations in the world, the main debate is between the conservative right and progressive left. It’s the two-party system that’s developed over the years. Even in Malaysia, you can see BN as conservative and BA the leftist. Even if a component party of BA is fundamentally conservative, it nevertheless has to harp on progressivist-leftist slogans to win support. That’s normal. I’d say just be patient and let the dynamics of democracy play out.
PMN is going nowhere. It’s bound to fail. You simply can’t expect an idealistically unified political party (student, or otherwise) without seeing it splinter into the right and left, the nationalist and the Islamist, the conservative and the progressive etc. PKR had this vague vision, but you can see it beginning to crack right down the middle.
Idealism alone cannot win through. It has to be practical, and when it comes down to sorting out practical solutions I am absolutely sure the unity will crack at its deepest fundamentals – it’s own existence.
My solution? Engage with party youth wings! Choose which ever one appeals to you and fight for your idealism there.
Islam and Modernity: 3 historical models of Islamic civilization
Tuesday, January 15th, 2008Dominant understanding before 80s is that Islam is on the way out for modern times
- as is also the case with other biblical religions that dont fit with mdoern science.
So John Voll is on e of those who made strong case that sciecne will actually NOT finish off religion because:
- that is based on a narrow understanding of religion (only in its metaphysical sense)
– it is not all about beliefs
– Voll says religion is an intellectual framework that has cultural and social effects
– it shapes society
– has a fundamental relation with history – no society hasn’t religion as a fundamental source of organiztion
– so even if cognitively thrown off balance, religion’s cultural phenomenon keeps it in significance.
2 examples to illustrate this point in mid 20th century:
- civil rights movement
- gender revolution
–> religious leaders using religious slogans were the catalysts in this (ex: Reverend Martin Luther King)
Decolonization of much of the world:
- notably india
- led by Mahatma Gandhi employing hindu doctrine of non-violence
– sacrality of all forms of life (ahimsa)
– overthrowing colonial through passive resistance rather than armed struggle
How did scholars not notice this strong force of religion in social & political change of mid twentieht cnetury?
Another main idea of Voll:
- the basic issue to understand Islam & Modernity is the impact of WEstern power over Muslim societies
– powerful impact too much to be resisted
– not much options but to fall in line with overwhelming european power
What is the nuanced take of West upoin different Muslim societies
ISLAMDOM
Hodgson has idea of Islam having connection with civilization
- not neccessarily Islamic people
- refers to grand narrrative of Islam as multi cultural and plural Islamic societies.
– 30% Christians in Syria, 50% Crhistians in lebanon, 10% in egypt
– all are heartland of Islam
– all participate actively in the Islamicate
– the spirit is deeply Islamic though not fully Islam
Tradition->culture->Civilization
Islamic Civilization – 2 – Semitic (Jew, Arab, Christian) & Iranian -> Late sasani & Primitive Caliphal period – the dynasty that ruled Iran in late 5th century
The Fertile Crescent
- decline of Iranian sasanid empire
- central event was rise of power of Muhammad’
- arises the high caliphal period
– classical civilization under Marwani & Abbasids
– a single vast state – only one political entity (“Caliphate”)
– one dominant language of religion, science & culture – that is Arabic
– Linguistic rather than ethnic because they are from places like Iran Kurd Berber etc
Iman -> theology (rational) -> from scripture -> a narrative (imaginative & emotional)
so original/classical form was narrative
Islam -> Law
Ihsan -> Mysticism
Lawyering
-maneuvring
-bending laws w/o breaking it
-mechanical compliance with rules w/o fulfilling the spirit of the law.
Thus emerges mysticism
In discourses, debate whether to change the original (not as elaborate) or the classical udnerstanding (things added on)
Roman & judeo christian -> compositve of western civilization
disintegration of central islamic caliphate
- fragment into multiple political entities
- usher in period of Early Middle Islamic Period
-decentralization of power & culture
- two langues – persian & arabic
-united through force of self-perpetuating institutions – the Mosque and &Zawiya
mosque -> courts, schools, styles of leadership
zawiya -> sufi orders, styles of leadership
ibn battutah – spaniard who travelled all the way to China
– as a lawyer – able to maintain upkeep by being a qadi in various places
Religious orders following the spiritual discipline of an accomplished centered in a zawiya
law – scholarly
sufi -> saintly
they are continuous across poliitcal spheres and dynasties
stagerring differences yet have this continuity
this ended in crisis of Mongol invasion (1258)
Crisis & renewal: despite devastation & conquests
– global spread of Islam continued cuturally – started new political traditions
Flowering of persianate cuture across Asia whilst Africa maintained Arabic
Hodgson adopts spiral model of continuous growth rather than linear rise and fall
Gunpowder Empires
- second flowering of Islamic civilization
- until 1789 (conquest of Egypt by Napoleon)
- third model
1st – centralized
2nd – decentralized
3rd – regional empires – Ottoman, Safavid, Mughal
Relative importance of arms and ideas – which is better? ideas are more everlasting (intellectual capital)
Modern technological issues…
