Archive for March, 2008

Agony

Tuesday, March 25th, 2008

So my professor was mighty impressed by two papers that i wrote. One on the causes why secularism failed to penetrate Muslim societies. The second one was on the absence of any Islamically transcendent element in modern Muslim discourses on the issue of identity. He’s offering a tantalizing opportunity to work with his research, but I had to refuse for the sake of my engineering degree.

What mad agony it is to be forced in refusing your dreams. The ultimate pain!

Program Sarjana Muda Pengajian Islam di Amerika

Tuesday, March 25th, 2008

Setakat ini, yang saya tahu cuma Duke University menawarkan kursus full-blown sarjana muda pengajian Islam di USA ini. Terdapat juga pengkhususan ini pada peringkat Sarjana dan Ph.D di universiti-universiti seperti Harvard, Yale, UofChicago dan lain-lain. Di universiti saya, yang paling hampir hanyalah African Studies pengkhususan masyarakat Islam. Itu saja.

Barat amat perlukan usaha yang lebih serius dalam bidang kajian ini untuk memahami secara menyeluruh dunia Islam yang kian penting sebagai agen besar dalam pergolakan politik global. Namun, nampaknya dunia akademik Amerika, meskipun antara peneraju kajian orientalisme bersama Britain dan Belanda, masih terkebelakang dalam memahami the Other. Program pengajian Timur Tengah dan Afrika dari sudut sejarah dan politik semakin bertambah pesat, tapi kajiannya pada sudut agama, pada saya kurang memuaskan.

Atas sebab itulah saya dan rakan-rakan di universiti mengusulkan cadangan menubuhkan program pengajian Islam peringkat sarjana muda, tidakpun, peringkat sarjana di universiti kami. Alhamdulillah, “Majlis Perwakilan Pelajar” di universiti saya telah meluluskan permohonan kami untuk meletakkan inisiatif ini sebagai salah satu agenda utama mereka.

Maka bermulalah satu lagi episod dalam kehidupan saya…

Pengajian kejuruteraan saya masih lagi tunggang-langgang tapi degil juga nak buat kerja ini. Entahlah… Saya sudah separuh putus asa dengan masa depan diri sendiri sebagai jurutera. Mungkin sumbangan-sumbangan kecil seperti ini saja saya dapat menjadi insan berguna kepada dunia…

Dunia songsang penuh bahana… celaka… dan derita… tanpa sudahnya seksa… (menuju nikmat syurga?…)

Allahumma arinal haqqa haqqaw war zuqnajtiba’a. Wa arinal batila batilaw war zuqnajtinaba. Bi rahmatika ya arhamar rahimin…

Selawat…

Friday, March 21st, 2008

Alhamdulillah, a very eventful and spiritually uplifting maulid. One not consisting of mechanical ritual and dry culture that I experienced back home in local suraus and schools. As “ameer” of the university’s Islamic society, I was given applause for having a historical first ever maulid on campus (of which I deserved none). Yet of course I earned the usual snide remarks from my pakistani deobandis and arab salafees.

It was a truly remarkable event. Attendance from students was expectedly low, but outsiders came in abundance, from all walks of life, young and old. The Tijanis, primarily. Also present were some Naqshbandis, Jerrahis and Shadhilis. Not to mention the lay person (that includes me). We started off with maghrib prayer, then the wazifah. Followed by the burdah of al-Busiri (very long, phew…). Then two talks, one by a philosophy professor, the other by an inner-city sufi shaykh. Closed off with Isha prayer.

A video may ensue next week, though nothing promised. Looking forward to hosting an even bigger and better one next year – if I survive till then…

Seminar Ta’dib Islami (Siri 3)

Monday, March 17th, 2008

Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat
ABIM dan PKPIM

Dengan segala hormatnya menjemput

Tuan/Puan

Seminar Ta’dib Islami (Siri 3)

pada 23 Mac 2008 | 16 Rabiulawal 1429 H (Ahad), bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Seminar 1, Blok Persidangan Alafanda,
Kompleks Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, Kuala Lumpur

Maklumat lanjut, sila hubungi Mujahed (012-2370016)

A T U R C A R A

8.30 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : “Punca-punca Kekeliruan Dalam Ilmu dan Pengislahan”
(Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Mohd Daud)
Professor dan Mantan Timbalan Pengarah di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC)

11.00 pagi : “Pilihanraya Umum ke 12 : Ke Mana Malaysia”
(Sdr. Marzuki Mohammad)
Ahli Jawatankuasa Pusat ABIM Pusat dan Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

PEMIMPIN GERAKAN IKHWAN DI EROPAH GESA RAKYAT MALAYSIA SOKONG PAS

Thursday, March 6th, 2008

Pemimpin Gerakan Ikwan Muslimun di United Kingdom, Dr Kamal al-Helbawy menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong PAS di dalam Pilihanraya Umum ke-12 akan datang. Dalam satu wawancara besama wartawan Kelab Maya Barisan Rakyat Malaysia (Eropah) (www.bahankempen. com), beliau menyatakan bahawa demokrasi dan kebebasan sepatutnya boleh memberikan peluang kemenangan kepada Islam untuk memerintah di dunia ini.

Dr Kamal yang merupakan pengasas kepada Muslim British Association (MBA), penaung kepada gerakan-gerakan Islam di United Kingdom turut mengkritik amalan politik di Malaysia . Beliau berpandangan yang kebebasan berpolitik lebih dinikmati di Indonesia , selain menggesa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya lebih bersifat terbuka dan adil di dalam berhadapan dengan pembangkang.

Dalam wawancara ringkas yang boleh dicapai di sini dan di sini, Dr Kamal turut menyatakan kekagumannya terhadap ketokohan dan integriti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang di dalam pengalaman mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi beliau, kedua-dua mereka perlu menjadi pilihan rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau turut menyebut nama pimpinan PAS yang lain seperti Ustaz Azizan Razak, Ustaz Hasan Syukri dan Ustaz Yahya Othman yang pernah bersama-sama dengan beliau di dalam gerakan Islam di peringkat antarabangsa. Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan mengadakan pilihanraya lebih awal bagi menafikan kelayakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di dalam pilihanraya yang dianggap beliau sebagai pemimpin berkarismatik dan bersih.

Dr Kamal turut menyeru kepada seluruh pertubuhan Islam dan kumpulan nasinonalis supaya bersatu dan bersama-sama mendokong perjuangan PAS sebagai wadah utama memenangkan Islam dan membawa keadilan sejagat di tanahair.

Mengulas pandangan Dr Kamal tersebut, Dr Abu Tuah bin Hisyam yang merupakan Pengerusi Himpunan Teknokrat dan Profesional Melayu Eropah (HEMAT Eropah), sebuah badan profesional dan teknokrat Melayu yang bekerja di seluruh benua tersebut turut berkongsi idea yang sama. Beliau yang bekerja sebagai Research Fellow di sebuah universiti terkemuka di London menyatakan yang rata-rata komuniti Melayu di United Kingdom dan Eropah mengharapkan perubahan di dalam pemerintahan negara. Rakyat Malaysia telah diperbodohkan sejak pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional.

“Kami daripada jauh dapat melihat kebobrokan pemerintahan negara di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat telah dirampas sewenang-wenangnya. Imej negara semakin buruk di dalam media Eropah, kerana kesempitan di dalam amalan demokrasi serta penipuan yang ketara di dalam sistem pilihanraya. Pemikiran rakyat telah ditutup dengan pelbagai penipuan dan akta ancaman ala diktator. Rakyat tidak lagi bebas bersuara, walaupun kebebasan itulah yang merupakan intipati kepada ajaran Islam yang diamalkan secara meluas di barat sehingga mereka mampu menjadi bangsa yang menguasai tamadun dunia sekarang ini,” ujar Abu Tuah.

Mengulas mengenai kemenangan PAS, beliau berkata, “Mungkin tidak pada pilihanraya kali ini. Rakyat Malaysia masih dibelenggu pemikiran mereka. PAS perlu bekerja dengan lebih keras lagi, dan yang pastinya ianya akan menjadi lebih mudah sekiranya seluruh gerakan Islam yang lain bersatu di bawah PAS, selain melunakkan penampilan supaya dapat berkongsi rahmat Islam kepada bangsa-bangsa yang lain.”

Interview part 1 – http://www.youtube. com/watch? v=YZ9YZvN4tlE
Interview par 2 – http://www.youtube. com/watch? v=SNMdXuan2gk

Kesatuan Iman, Ilmu dan Amal Dalam Kehidupan Umat Islam Malaysia Semasa

Sunday, March 2nd, 2008

SEMUA DIJEMPUT

Seminar

Kesatuan Iman, Ilmu dan Amal
Dalam Kehidupan
Umat Islam Malaysia Semasa

Sempena

Mesyuarat Agung Tahunan
Kali Ketiga
2008
MUAFAKAT

Pada:

29 Mac 2008 – (Sabtu)
8:00 pagi – 12.00 tgh

Tempat:

Kulliyyah Ekonomi
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia
Gombak, Selangor

Ucapan dasar Presiden

Kesatuan Iman, Ilmu dan Amal
Dalam Kehidupan Umat Islam Malaysia Semasa:
Masalah-Masalah Dan Penyelesaiannya

Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar
Presiden MUAFAKAT

Pembentangan Kertas

Mesej Ibnu Khaldun Untuk Ummat Islam Kini

Dr. Mohd Nor Nawawi
Naib Presiden MUAFAKAT