As things have it, comets enter into an orbit with the Sun before embarking on the spiral path of mutual attraction between the Sun and itself. Even at times it is distant, never is it in regression. Its path is oval such that it will sometimes be in aphelion and other times perihelion, yet at all times must it be vigilant of its state; else it will enter a parabolic orbit that, once it passes the vertex, forever forgets its source of motion and is forever lost in empty space. For it is not the haal that it should be chasing as that is only a favor that comes around once in a couple hundred years. But rather, pick up the pieces and build its strength as only then will it reach a higher maqam.
Archive for May, 2008
Stargazing
Wednesday, May 28th, 2008Microsoft Expression Studio
Saturday, May 17th, 2008For something distributed free to students, I think this is way better than any other free alternatives in the market for graphics and media work. I wouldn’t replace it for Adobe CS3, but my illegal copy of CS3 sometimes gives some guilt. Since Adobe bought Macromedia, I think it’s important for Microsoft to step up and break this monopoly. Building momentum and user base by targeting students is a wise move by Microsoft. All the better for us consumers.
Peringkat 3: Membentuk kumpulan penggerak di kalangan fakulti
Saturday, May 17th, 2008Segalanya bermula dengan idea. Kemudian idea itu dikongsi bersama kawan-kawan sefikrah. Dari situ, akan terbentuk suatu kumpulan core group.
Sebaik dibentuk komiti, peringkat pertama dalam proses membentuk program pengajian Islam ialah membuat survey terhadap peer institutions. Hal ini khususnya merujuk kepada jabatan Divinity School (hanya wujud di universiti swasta) dan juga Near Eastern Studies di universiti seluruh USA. Selain itu, perlu ditinjau proses pembentukan lain-lain program terbaru di universiti (dalam kes saya ialah program pengajian Latino yang baru dibentuk kira-kira setahun lepas).
Kemudian, peringkat kedua ialah membincangkan perolehan tersebut bersama Majlis Perwakilan Pelajar, para fakulti di jabatan-jabatan relevan seperti Religion, Arabic, Anthropology, History, Sociology, Political Science dan Journalism, dan juga pihak pentadbiran.
Hasil perbincangan saya dengan pihak pentadbiran, saya dapati langkah seterusnya ialah mengumpulkan para ahli fakulti untuk merangka program. Dean tersebut berkata, ultimately, fakulti sahaja yang punyai autoriti dan pihak pentadbiran tidak boleh masuk campur (ini bertujuan untuk memelihara “academic freedom”).
Sekarang saya berada di peringkat ketiga ini. Agak rumit. Pertama kerana universiti saya kehilangan 2 professor Muslim yang seorang itu (sejarawan) akan berpindah ke UMich manakala yang kedua (ahli falsafah) dirampas oleh Columbia. Mereka berdua dan 3 orang lagi boleh saya anggap “rakan kamceng”, teman-teman kopi belaka. Saya tahu mereka ini kalau tidakpun Muslim, sekurang-kurangnya mereka sangat terbuka dan menghormati masyarakat Islam. Merekalah yang setakat ini menyokong usaha ini. Tambah malang, dari 3 yang tinggal itu, seorang daripadanya on academic leave mulai tahun depan.
Setelah berbual dengan salah seorangnya, kami berdua terasa agak pesimistik. Setakat ini. saya hanya melihat 2 pilihan. Pertama, mengambil risiko menjemput professor-professor yang saya tidak kenali fikrah mereka untuk tolong membentuk program pengajian Islam ini. Risikonya ialah, memandangkan mereka tidak memahami agama Islam dan kemelut umat Islam, barangkali struktur program yang mereka rangka dan professor baru yang akan mereka recruit untuk mengajar subjek Islam sifatnya boleh jadi antagonistik terhadap Islam.
Pilihan kedua ialah untuk menamatkan usaha ini prematurely. Bersambung…
Nota kaki:
2 program pengajian Islam terbaru: Stanford University Abbasi Program in Islamic Studies dan Duke Islamic Studies Center
Beres!
Friday, May 16th, 2008The contract was sent and I shall not hesitate to return it signed. Exciting times loom in the horizon… however, what isn’t is my immediate quandary.
Faydah
Thursday, May 15th, 20083 hari dua malam lamanya saya lemas dalam limpahan faydah. Sedar-sedar, saya sudahpun terdampar…
Istimewa
Wednesday, May 14th, 2008Album berjudul Egypt berkumandang di belakang. Minyak atar masih harum memangi. Dan dalam kepala saya masih terngiang doanya Ya Ibadullah A’ynuni… Sunggu majlis tadi sangat masyuk sekali…
Tertariknya saya menziarahi beliau adalah kerana mengkagumi keilmuan bapanya. Alkisah, tamatnya kurun ke-14 Hijrah, Al-Azhar meratapi kehilangan muhaddith terhebat zaman ini dengan pulangnya bapa beliau ke Rahmatullah. Beliau adalah pengemuka utama dalam silsilah sanad ijazah para muhaddith sezamannya seperti Buya al-Maliki dan Sh Yassin Esa al-Fadani. Saya bertanya, selain silsilah hadith, bagaimana pula hubungan mereka dengan “jalan” bapanya, lalu beliau jawab kedua-dua mashaikh itu muhib dan begitu juga dengan seorang lagi ‘alim Mesir tersohor, Mutawalli Sha’rawi.
Bahkan, dikatakan bapanya juga menjadi rujukan utama Imam Hassan al-Banna dalam hal-hal hadith. Diceritakan, pada awalnya bapa beliau seperjuangan dengan al-Banna dan selalu saja Al-Banna yang asalnya mengikuti “jalan” Hamidiyyah-shaziliyyah, merujuk kepada bapa beliau dalam persoalan hadith. Tapi akhirnya kerjasama tersebut renggang akibat elemen “political Islam” yang tidak disepakati.
Saya cukup tertarik dengan peribadi yang sangat simple dan mesra khalayak, bagaiman beliau sendiri bangun menghidangkan juadah malam ke dalam pinggan setiap hadirin. Umurnya walaupun agak lanjut namun cekap menggunakan IT. Hal ini membuatkan saya terbayang akan Prof Muhammad Jenkins, “guru” pertama saya yang meninggal dunia beberapa tahun lepas.
Paling istimewa buat kami, beliau membacakan hadith masyhur, “The merciful ones deserve the Mercy of the Most Merciful. Be merciful to those on earth so that the One in Heaven – Allah – will cover you with His Mercy“. Kemudian beliau membacakan sanad hadith beliau lalu diberikan kepada kami ijazah untuk semua hadith dalam sanadnya.
Akhir sekali, seolah membaca fikiran saya, beliau pesan untuk keluarkan dari hati segala yang dunya itu dan letakkannya di tangan.
Alhamdulillahi rabbal ‘alamin.
p/s: Siapakah beliau yang saya maksudkan? Siapakah bapa beliau yang masyhur itu?
Update Program Pengajian Islam
Monday, May 12th, 2008Sudah kira-kira 2 bulan saya mulakan inisiatif menubuhkan program pengajian Islam di universiti. Setakat ini cuma mengumpul maklumat program ini dari universiti-universiti lain, berjumpa para professor dan juga merangka struktur program. Secara umum, saya dapati terdapat dua jenis pendekatan — 1) pendekatan ala tradisi orientalis seperti di Harvard, Yale, McGill dan Princeton yang tekankan pendekatakan hermeneutik, klasikal dan tertumpu kepada Timur Tengah / tamadun lampau, dan 2) pendekatan kontemporari seperti Duke yang lebih global, banyak guna kaedah antropologi, sains politik dan sosiologi mengkaji masyarakat semasa.
Hari ini bermula peringkat kedua. Setelah mendapat gambaran umum senario pengajian Islam dalam akademia universiti USA, kini mulalah proses petition. Sebentar tadi saya mengatur pertemuan dengan CAIR-Chicago. Kami bincangkan dengan lebih terperinci bagaimana mereka boleh bantu inisiaitif ini. Banyak juga idea-idea bernas yang mereka cadangkan. Petang nanti pula, saya akan ke pejabat Dean menanyakan bagaimana pandangan pihak pentadbiran terhadap program ini. Sementara itu, sahabat saya pula mengatur pertemuan dengan Provost. Kami cuba dapatkan pandangan semua golongan sebelum merangka proposal; pelajar, fakulti, pentadbiran dan masyarakat awam.
Kerja ini banyak makan masa dan sangat menyibukkan. Tapi ini jenis kerja yang saya suka. Saya akan terus berkongsi pengalaman. Moga-moga catatan saya bermanfaat buat mana-mana pelajar melayu di universiti lain yang ingin buat perkara yang sama.
Hajat malam Jumaat yang dimakbulkan
Friday, May 9th, 2008Saya teringat 2 minggu yang lepas, saya dan seorang sahabat karib “mawali” sedang berjalan di kaki lima inner city. Kami baru selesai halaqah. Kawan tersebut lalu buka cerita bahawa beliau berjaya memperoleh biasiswa Fullbright untuk membuat kajian setahun di Medina-Baye. Dan tawaran tersebut katanya agak lumayan. Bukan setakat dapat elaun bulanan tapi siap dibiaya rumah dan kenderaan sekali di sana nanti. Lalu diceritakan kejayaan tersebut berkat doa kami semasa perjumpaan malam jumaat bersama seorang lagi “mawali” minggu lepas. Kerana, diceritakannya, kawan seorang lagi itu, Yusuf, juga menerima khabar gembira apabila diterima kerja penuh mulai Mei. Akhir sekali beliau tanya, bagaimana pula dengan saya? Apa hajat yang saya pohon malam tersebut pasti dimakbulkan juga, dia yakin. Benar, saya juga merasakan sesuatu yang istimewa pada pertemuan itu. Cuma, hajat saya pada waktu itu masih pending maka saya tidak menjawab pertanyaannya.
Tapi esok, Jumaat datang lagi dan dalam pertemuan kami kali ini saya akan ceritakan kepadanya bahawa hajat saya pada malam tersebut juga telah dimakbulkan, Alhamdulillah!
Fazkuruni azkurkum washkuruli wa la takfurun
Ud’uni astajiblakum
ISIM Review
Thursday, May 8th, 2008Just got my free copy of ISIM Review today. Go signup the free subscription here. There’s an interesting article on Nasiruddin Al-Albani and how he differed with Saudi Wahhabis.
Kisah kawan Itali
Wednesday, May 7th, 2008Setiap kali saya naik keretapi “L”, mesti terbayangkan seorang kawan dari Itali yang tahun lepas kerap kali saya temankan menaiki L ke zawiyah di downtown Chicago. Sudah kira-kira 9 bulan kami tidak ketemu, mahupun berbalas email. Tapi sebentar tadi beliau kirimkan email mengkhabarkan perkahwinannya dengan seorang perempuan Hausa (!!!). Beliau mengucapkan tahniah ke atas kejayaan saya baru-baru ini, lantas saya balas perkahwinannya dengan dua kali ucapan tahniah (ibarat tradisi Hausa salam tangan dua kali).
Katanya kini menjadi guru bahasa Itali di Libya. Perkembangan ini bagi saya agak menghairankan. Beliau yang sudahpun miliki PhD dalam kajian Islam dan Afrika menjadi guru bahasa Itali di Libya? Lalu saya terus mengujanya mengajar di UIA/ISTAC dengan mengirimkan link galleri senibina ISTAC.