Monday, June 16th, 2008
Barangkali penangan faydahnya membuatkan saya kaku tiba-tiba. Tapi mujur, dengan lafaz bismillah beliau mengiyakan. “Saya menantikan kehadiran kamu,” katanya.
Kalau tiada aral melintang, insha Allah lagi 2 bulan nanti saya akan keluar berlayar. Doakan saya temui mutiara yang dicari-cari. Harap-harap kapal tak karam tengah lautan. Tapi takpelah kalaupun karam, masih boleh berpaut pada pelampung…
OK, time to get serious!
Posted in Berita | 2 Comments »
Thursday, June 12th, 2008
I had browsed about a year or two ago Sherman Jackson’s Islam and the Blackamerican. Perhaps because I was expecting it to be a historical book, I found it not interesting. But recently I revisited his book after acquiring the necessary background understanding on contemporary issues of Muslims in America, and I come to realize how compelling it is when read as a polemical book to perscribe the Blackamerican Muslim. There are a few things I will comment on it, so look forward to that.
Posted in Berita | No Comments »
Wednesday, June 11th, 2008
Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat
ABIM dan APPIM
Dengan segala hormatnya
menjemput
Tuan/Puan
Seminar Ta’dib Islami (Siri 5)
pada 28 Jun 2008 (Sabtu), bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Seminar 1, Blok Persidangan Alafanda,
Kompleks Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Maklumat lanjut, sila hubungi Mujahed
(012-2370016)
A T U R C A R A
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Islam dan Moderniti
(Dr. Mohd Nor
Nawawi)
Pengarah, Centre for Studies in Modernity and Civil Society
(CESMACS)
11.00 pagi : Liberalisasi Agama: Cabaran-cabaran Semasa
(Dr. Ugi
Suharto)
Penyelidik, Institute for the Study of Islamic Thought and Civilization
(INSISTS)
* Minum pagi dan makan tengah hari disediakan. Masuk adalah PERCUMA
http://www.abim.org.my
Posted in Notis | No Comments »
Friday, June 6th, 2008
Posted in Berita | 1 Comment »
Friday, June 6th, 2008
Gabungan Anti-Inflasi (PROTES)
mengalu-alukan kehadiran anda
ke
“DEMONSTRASI BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK”
pada
12 Julai 2008 (Sabtu)
3.00 petang
KLCC, Kuala Lumpur
dari Riwayat Hayat
Posted in Notis | No Comments »
Thursday, June 5th, 2008
Tajuk: ASAL_USUL TAMADUN MELAYU
Tarikh: 18hb JUN 2008 (RABU)
Masa: 3.00 – 5.00 petang
Tempat: Sudut Wacana, ATMA UKM
Penceramah: Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Timbalan
Pengarah ATMA
Posted in Notis | No Comments »
Thursday, June 5th, 2008
Just came across a very thoughtful, highly informative and regularly updated blog by Yoginder Sikand here. His articles have caught my attention many times before but I didn’t know he had a blog. Sometimes he’s a bit simplistic but overall a well-informed blogger. He writes on the experience of Indian Muslims especially its intellectual strains. Islam in India is a topic I’ve taken great interest in, having lived with Desis as housemates for a year and got to know quite well the scholarly Desi population of Chicago. Reading his blog really confirms many of my understanding of Islam in India, which makes me think we think alike (great minds think alike? not that I claim to have such a mind…).
Posted in Notis | No Comments »
Wednesday, June 4th, 2008
Jika burrito tujuh lapis (7 layer burrito) dari Taco Bell adalah penyelesaian kepada masalah kesempitan wang dan kemalasan memasak, zikir tujuh lapis (musabi’atul ashara) pula adalah penyelesaian kepada kesempitan hati dan himpunan dosa. Cubalah rasakannya 2 kali sehari, pagi dan petang. Sungguh mengenyangkan!
Posted in Nota | 3 Comments »
Tuesday, June 3rd, 2008
Bercerai dengan suaminya pada usia awal 30-an. Bersama bayi berusia 6 bulan dan 3 lagi anak, beliau lalu mulakan tempoh pengajian PhDnya di negara orang putih. Bagaimana beliau membesarkan seorang bayi dan 3 pelajar sekolah rendah di negara asing keseorangan sambil membuat PhD? Si bayi itu merangkak pun tak boleh lagi. Lagi dua anak itu, cakap Inggeris tak reti sudah dicampak ke sekolah rendah awam di tengah-tengah masyarakat kampung orang putih yang tidak pernah lihat bangsa selain bangsa putihnya? Anak sulungnya seorang perempuan, baru saja nak melangkah alam baligh. Kita tahu sangatlah bagaimana kerenah perempuan pada usia begini pasti tegang saja hubungan dengan ibunya. Bagaimana masih mampu ibu ini menanggung segala bebanan ini dan pada masa sama masih mampu pulang dengan segulung ijazah PhD dari universiti sebuah negara dunia pertama?
Dan kini keempat-empat anaknya sudah matang dan boleh dikatakan berjaya belaka. Bagaimana boleh terjadi ini semua? Kisah ajaib ini. Tentu sekali. Ibu yang membesarkan 4 orang anak dalam kesusahan begini, balasannya setinggi-tinggi syurga sahaja layaknya. Allahu Allah…
Posted in Umum | 1 Comment »
Tuesday, June 3rd, 2008
Jangan dikejar itu. Kalau ada rezeki, shukurlah. Jika tidak, memadailah bagi kita mengejarnya. Berapa kali sudah dia bilang kat saya, bacalah ia… lagi dan lagi, jangan henti-henti, biar sampai mati, kerana ia bekalan abadi! Macam kata si tua alim dari Kansas tu, yang penting ialah usaha mencarinya. Biarlah lambat pun, kerana yang lama diperam itu pasti maha hebat hasilnya.
Posted in Komen | No Comments »