Mereka sebut evolution. Tapi beliau tegas, patutnya envolution. Dari photon itu lahirnya sub-atomic particle. Bersatunya membentuk atom. Tahap seterusnya ialah molekul asas seperti air yang terbentuk dari gabungan hidrogen dan oksigen. Dan seterusnya… Pada tahap haiwan, mereka kata ada micro dan juga macro evolution. Manusia itu tahap envolution paling tinggi. Kesempurnaan ciptaan alam. Tapi dalam ciptaan paling sempurna itu pun perlu disempurnakan lagi. Bak kata orang “mabuk”, peringkat kesempurnaan dari lailahaillallah kepada lailahilla anta, kepada lailahalillah ana (nota: orang “mabuk” kata, bukan saya kata).
Atom itu peringkat asasi. Molekul adalah peringkat selepas atom bergabung. Manusia hanyalah manusia. Nak maju lagi setahap pun sama juga konsepnya, kena bergabung. Kata Baginda, ianya separuh dari agama. Bahkan ada riwayat kata untuk insan-insan terpilih, ianya 2/3 dari agama.
Tak faham?
(sekadar senaman minda untuk menghilangkan stress… atau makin stress?)