Archive for July, 2008

Kisah-kisah internship

Monday, July 21st, 2008

Alhamdulillah saya kini sudahpun masuk minggu ke-4 dalam internship. Pada awalnya saya membayangkan diri sebagai pelajar kejuruteraan tidak mungkin mampu mengikuti perbincangan intelektual di kalangan para intern yang kesemuanya mengambil jurusan pengajian Islam dan sains sosial belaka. Tetapi kemudian saya dapat rakan-rakan intern ini walaupun mungkin kompeten dalam ilmu sekular, tetapi penguasaan mereka dalam subjek Islamagak mengecewakan. Tambah lagi mereka semunya agak rileks. Entah, mungkin mereka belum menunjukkan taring dan saya sahaja yang tertipu dengan keangkuhan diri.

Masih teringat saya agak pleasantly surprised pada bulan April lepas apabila mendapat tahu saya diterima menyertai program ini walaupun terdapat 2 syarat yang saya tidak lepas — berada dalam jurusan sains sosial dan CGPA yang mencukupi. Meski bershukur, namun masih saya tertanya-tanya apa sebabnya permohonan saya diterima. Jangkaan saya mereka tidak membuat marketing yang berkesan untuk memperkenalkan program ini kepada masyarakat luar. Dengan jumlah permohonan yang tidak banyak, kebarangkalian untuk permohonan saya diterima tentulah lebih tinggi. Terdapat juga unsur nepotisma dalam institut ini. Kira-kira satu suku dari jumlah intern mempunyai hubungan langsung dengan institut ini melalui ibu dan/atau bapa mereka sedangkandi luar sana saya secara peribadi sudah bergeser bahu dengan puluhan pelajar yang lebih berkelayakan mengikuti program ini.

Mujur di sini saya punyai sebilangan kenalan rapat. Selalu saja saya dibawa berkunjung ke zawiyah pada hujung minggu dan keluar makan-makan sebelah malam. Melalui mereka saya dapat mendekati kehidupan masyarakat Islam di sini. Jauh lebih majmuk dan terbuka berbanding di Chicago. Namun, seperti biasa, tentu wujud disparity antara masjid suburb yang mewah dan masjid inner-city yang serba daif. Dikotomi ini suatu hakikat yang menyedihkan di bandar-bandar besar sekitar USA. Semasa menelusuri lebuh raya di sini, saya teruja melihat syarikat-syarikat IT yang berderetan. Dengan suasana Islam yang “hidup” dan peluang pekerjaan IT yang banyak, lokasi ini memang ngam untuk saya sebaik tamat pengajian nanti.

Mujur juga teman sebilik saya sangat aktif dengan masyarakat dan punyai kenalan hebat-hebat. Seboleh-boleh saya cuba ikut beliau keluar berprogram ke sana ke mari walaupun hati kurang sedap dengan beberapa aspek akhlaknya. Saya cuba manfaatkan saja apa yang baik darinya. Pesan Sidi Ahmad Zarruq, “Never expect anything from the creation of Allah, but rather expect things from the Creator, Allah.” Moga Allah ampunkan kami dan beri petunjuk suatu hari nanti.

Saya berhenti di sini. Perlu bergegas ke kelas…

Confused

Tuesday, July 15th, 2008

It has been a rude awakening. A culture shock. Of peoples… they have no heart. The Book astore, religious discourse afluous, knowledge abound, tasbih aclicking, talk like ye never stop, yet ye don’t bow and prostrate to the One who ye pretend to call people to. Not even once a day? Shame on them, is all i can say.

I shudder at the thought of all those misled by such pretentiousness and gibberish sweet talk. What to do… oh, what to do.