4-B: Imam Abu Hanifah III

[disclaimer: ini terjemahan spontan saya sambil mendengar kuliah Dr. Umar Faruq. only take it for what its worth, jangan lebih dari itu.]

ra’y sangat penting utk mazhab hanafi

sangat autoritatif imam malik itu – anak2 murid beribu2 – mereka semua tak berganjak langsung bila imam malik mengajar seolah ada burung2 atas kepala mereka – ada sesetengah mereka yang ikut majlis imam malik selama 30 tahun! mereka juga slalu sangatlah segan bertanya kepada imam malik kerana beliau besar etc. suasananya begitu terkawal. perasaan “awe” di kalangan anak 2 murid terhadap imam malik — diceritakan oleh Sufyan ath-thauri

bagi abu hanifah, hidupnya di kufah. ada budaya perdebatan. kepelbagaian agama di situ – zoroastrian, kristian, yahudi, materialis etc… – abu hanifah suka suasan perdebatan sebegini. abu yusuf sering tertekan kerana banyak sangat perdebatan hinggakan jawapan selalu tak tetap — kadang betul dan salah pada masa sama — perdebatan rancak, kecoh walaupun halaqahnya kecil (berbanding majlis imam malik besar, tapi senyap sepi).

imam shafii memuji abu hanifah sebagai pendekatan yang berdikari, hypothetical method.

ini kerana abu hanifah banyak analogi, generalisasi dan ___ . ini suatu legasi imam abu hanifah.

antara kitab terpenting imam malik ialah “almudawwana” yang mengumpulkan pandangan2 imam malik. pengumpulnya, antaranya ialah asad ibn furad – beliau ini dari kufah dan mengikuti halaqah abu hanifah meskipun seorang maliki. beliau tertarik dengan persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam halaqa abu hanifah. bila pergi imam malik, imam malik kata “kalau perkara itu dah berlaku, baru tanya saya” (ertinya imam malik tak layan persoalan2 berupa spekulatif). jadi sering timbul “apa agaknya jawapan imamm malik sekarang?”. jadi kitab almudawwana berperanan seolah-olah jawapan imam malik terhadap persoalan2 yang dibangkitkan dalam halaqah abu hanifah. justeru, mazhab maliki banyak terhutang budi kepada pihak hanafi.

ISTIHSAN

imam malik kata ianya 9/10 dari ilmu.
dalam mazhab maliki, konsep istihsan ialah counterpart opposite saduldaraih – perkara2 penghalang. jika dibenarkna perkara ini, membawa mudarat. [ada contoh berkenaan seorang perempuan sakit - tak berapa faham]. jadi, istihsan berupa pemisahan dari analogi/precepts.

abu hanifah menggunakan hadith2 “aneh/luar biasa” untuk istihsan. ertinya, kalau biasanya hukum2 umum memudaratkan, beliau akan gunakan konsep istihsan iaitu hadtih2 yang berupa pengecualian terhadap garis2 hukum umum itu.

ada juga istihsan al-darurah – departure from analogy based on necessity (berpisah dari hukum umum atas alasan perkara itu memudaraktan)

HILAh

trick – hukum fiktif (fiction) – selalu menjadi perkara yang dikritik terhadap mazhab hanafi

membolehkan sesuatu perkara dibenarkan etc

biasa diaplikasikan terhadap janji, undang2,jaminan, kontrak. contoh, bila seseorang tak faham kontrak yang diikatnya

DISKUSI

mazhab hanafi itu sungguh archaic (lama) kerana ia bersabit sejak awal2 islam

istihsan vs siddildurraih – dalam maliki, pertama itu membenarkan, yang lagi satu mengharamkan.

imam abu hanifah cenderung guna teks – jauh lebih penting untuk mazhab hanafi daripada maliki – shafii juga utamakan teks.

assumsi: ada sistem hukum yang rasional yang boleh difahami
- ini ditafsirkan oleh abu hanifah sebagai hukum2 normatif dan umum
- bagi imam malik, ini ditafsir juga sebagai
- maknanya, hukum perlu rasional
- kemudian hari akan muncul pihak anti-rasionalis cenderung kritiknya atas suasana aplikasi rasionalisme dalam teologi.

abu hanifah proaktif – bersedia untuk permasalahan fiqh di masa hadapan

mentaliti pre-moden ialah agrarian – tak pentingkan masa depan. kini zaman industri dan sistem ekonomi lain banyak berorientasikan masa depan, futuristik. kita juga inginkan perbincangan dan debat terbuka. jadi, ini sangat sesuai dengan mazhab hanafi. kita perlukan konsep yang memanfaatkan dari zaman belakang (demi maslahat masa depan). abu hanifah itu seorang genius, cukup tajam pemikiran dan jauh visi masa hadapannya. banyak2 imam, saya sayangi kesemuanya, tapi imam abu hanifah ini cukup istimewa.

(Kembali kepada topik ini) TALKING PAST EACH OTHER

PIhak Shafii selalu saja bertelagah dengan geng hanafi. mengapa? kerana kedua-duanya mazhab dari Iran. Iran bukan shiah sehinggakkan kurun 16, sebelum itu senantiasa minoriti. boleh kata 50% shafii (isfahan), 50% hanafi (Tus).

apa implikasi pertelagahan intra-mazhab ini untuk zaman sekarang?
- shiah lagi la teruk “talk past” sunni.
- kita hidup dalam zaman berbeza di mana institusi2 ini sudah lama roboh. dari satu segi, tak bagus, tapi dari segi lain, membebaskan (liberating).

ada seorang ulama mesir bernama abu zahra seketika dulu yang cukup berminat terhadap segala2 rahsia setiap mazhab, termasuk juga

saya cukup percaya kita berada dalam kedudukan untuk memahami sejarah mazhab dulu2. terutama di universiti chicago ini. kita berkebolehan memahami mazhab dalam cara yang tidak dapat dijalankan waktu dulu.

lihat saja Ibn Rushd – beliau banyak kesilapan – terutamanya kesilapan paradigma teks (textual paradigm) – (jadi bagi ahli falsafah sehebat beliau pun buat kesilapan zaman dulu) – sekarang ini para orientalis (yang convert muslim) cukup hebat menimbulkan dan menjawab persoalan2 mazhab.

basicnya, mazhab shiah juga bernilai untuk memahami paradigma mazhab.

Leave a Reply