5-A: Mazhab-Mazhab Shiah

bagaimana memberi definisi shiisme yang mengambil kira sgala pecahan2 mazhab syiah

apa yang diertikan sebagai afiliasi – bagaimana satu sekolah mengafiliasi dengan sekolah lain

kajian pemikiran syiah berguna utk pelbagai tujuang – terutamanya kerana masyarakat USA ada populasi shiah signifikan

perkembangan syiah dan sunni selari/serentak

kebanyakan pandangan saya merujukkajian Devin Stewart beliau bukan sahaja menulis berkenaan shiah tapi juga berkenaan zahiri dan lain-lain.

waktu awalnya tiada konsep populasi sunni syiah khawarij dan lain-lain

hanya ada ummat

“kami mengikuti jemaah komuniti sunni etc”
hanya kemudiannya pihak sunni articulate doktrin mereka

isu bagaimana sebuah minoriti memberi respons terhadap “stigma”, ini juga berlaku utk pihak khawarij

membawa kepada isu afiliasi

isu stigma ini relevan kepada kita di US sebagai minoriti

awalnya Sunni yang memberi reaksi terhadap Syiah, dan sunni yang banyak meminjam dari syiah.

cabaran pemulauan – makin sunni bertambah yakin dan jelas, mereka mulai kenalpasti apa golongan2 yang sesat yang terkeluar dari jemaah sunni – iaitu, khawarij, muktazilah, syiah dan lain-lain.

minoriti adalah perkara penting dalam sejarah – kerana minoriti selalunya berperanan besar, lagi-lagi minoriti yang dominan dan kreatif – dan bagaimana bila minoriti itu hilang dominasi mereka, dan terpaksa menghadapi pemulauan dan stigma

siapa berafiliasi dengan zaydi? mereka afiliasi dengan hanafi

shiah twelver pula ally dengan shafii – mereka masuk madrasah shafii, dan dengan ikhlas mengikut mazhab shafii sambil kekalkan shiah secara senyap-senyap

begitu juga cara pelajar zaydi terlibat dalam hanafi

jadi afiliasi ini fenomena yang menarik

perkembangan perbandingan hukum pada 1950an, 60an, mereka mula bertukar pandangan antara identiti2 ini.

muktazilah ini asalnya sunni, tapi dicop sebagai heterodoks kerana tak terima terma-terma normatif sunni

awal2, golongan zaydi dan twelver bukanlah muktazilah, hanya kemudiannya mereka jadi begitu.

ekslusivisme – peristiwa2 yang menimbulkannya – dikepalai oleh komuniti hanbali, terutamanya dalam menentang shiah

di mana anda lihat isu ini, pastinya berasaskan politik – kashmir, afghanistan etc semuanya ada berkait dengan politiik iran etc

ada pelbagai masjid2 indah di perancis, kebanyakannya ditaja oleh kerjaan algeria dan maghribi – imam dibayar oleh kerajaan2 sekular – imam2 akan menghasut supaya menghalang integrasi – jangan sokong perancis etc – apa agaknya sebab2 ekonominya – iaitu, sebabnya ialah ekonomi2 algeria dan morocco perlukan rakyat2 mereka pulang ke negara asal mereka

jadi ini satu contoh bagaimana sesuatu isu agama itu sebenarnya hanya usaha politik

DEFINISI:

Syiah ini perpecahan pertama islam

semua setuju isu kesinambungan/warisan ini bermasalah

tidak semua setuju abu bakar jadi ketua – fatimah, ali,etc – akhirnya ali terima juga

kuncinya berpunca pada peringkat awal

ada pelbagai perpecahan dalam shiah

ini corak2 awal komuniti umat islam

sungguh banyak cabang syiah ini

abbasiyah itu juga awalnya kumpulan syiah tanpa syak lagi – kemudiannya merubah identiti mereka – imam malik, abu hanifah, shafii kesemuanya tidak ada masalah dengan shiah ini, tidak ada masalah dengan zaydi

kemunculan perpecahan ini politik semata-mata

persamaan kesemua shiah ialah mereka pecayai Ali patut mewarisi tampuk pemerintahan Rasulullah.

abbas ini pakcik kepada Ali, jadi mereka percaya bani hashim patut waris – samada abbas, al-aqil, al-hasan, al-husain, muhammad ibn hanafiyya (anak imam ali yang ibunya dari banu hanafi)

dalam sunni klasik, tak ada banyak masalah dengan tanggapan shiah ini kerana sunni merasakan perlu dari quraisy. ertinya, tidaklah jauh berbeza dengan pemikiran shiah. persoalannya sekadar imam mana?

sejarah afiliasi ini sangat kompleks, tapi awalnya isu politik semata-mata

ahlul bayt sememangnya ada hak yang besar – ini membuatkan ramai pemerintah rasa cemburu – ingat, abbasiyah itu asalnya shiah dan itulah perjuangan awal mereka – tapi kemudiannya mengenepikan ‘Alid (keturunan ali) kerana rasa autoriti mereka tercabar

Kumpulan utama
-zaydi – ikut imam zayd ibn zainul abidin
-imami
-ismaili

ada satu sahaja keturunan alhusain yang survive peristiwa karbala, iaitu zainul abidin.

salah satu anak zaydi ialah Muhammad al-Baqir (al-baqir itu org yang suka gali ilmu)

awalnya, sunni tidakpun menolak imam2 ini. sunni mungkin menolak pengikut imam, tapi imam itu sendiri tentunya disepakati

maka zaydi ini mengikuti aliran ini

dalam banyak aspek, mereka berlawanan dengan pemikiran imami

dari segi teologi, zaydi cukup mirip sunni – tapi bagi pandangan politik, mereka lebih radikal dan revolusioner

imami pula, melalui muhammad al-baqir dan juga jaafar al-sadiq (anak al-baqir)

mereka percaya jaafar alsadiq dilantik oleh al-baqir

jaafar pula ramai anaknya, antaranya ismaili dan musa al-kazim

golongan imami ikut musa al-kazim dan lain-lain pewarisannya hingga muhammad al-askari

imam yang hilang pada pertengahan kurun 9M itu, pemikiran mereka mula berubah sedikit

sehingga yang ke-12 itu, sentiasa ada saja imam yang menjadi pakar rujuk. jadi bila tidak lagi ada imam, bagaimana pakar rujuk mereka?

Ismaili pula, walaupun ada unsur2 occultation, percaya patut sentiasa ada imam – ini pecah kecil2

mereka agak archaic (lapuk)

pertelagahan intra shiah juga besar, bukan sahaja sunni vs shiah

contohnya ada shiah yang berperang dengan fatimid seperti nizari yang kemudiannya menjadi geng Aga Khan

shiah di pakistan dan india, kebanyakkannya Ismaili

zaydi kebanyakannya di tasik kaspia, di iran dan yaman. minoriti yang sangat kecil. sangat moderate, toleran dengan shiah

namun, suatu masa dulu zaydi cukup berkuasa di basrah, kufah

twelver pula bertumpu di Qumm

iran hanya menjadi shiah ketika safavid sekitar kurun 16

sebelum itu, iran hampir seluruhnya samada shafii ataupun hanafi

ibarat situasi di afghanistan hari ini – old iran (iaitu iran yang tidak dibawah safavid) – safavid paksa semua jadi shiah – sangat penting sejarah ini

empayar uthmaniyah, safavid dan moghul itu empayar berkuasa dan tersusun, berpaksikan gunpowder

mereka banyak ubah budaya islam klasik

kerana mereka banyak kuasa dan central, dan ada gunpowder etc, maka mereka membentuk ekstrim2 atas persaingan antara empayar

bila safavid takluk iran, mana mahu dapat ulama? mereka kutip dari kawasan2 arab bahrain, lubnan – ini menguatkan safavid.

awalnya, Ismaili paling berpengaruh antara banyak2 mazhab shiah. kurun 9-10 ialah kurun shiah. zaman ini, kebanyakan dunia islam adalah diperintah shiah.

antara yang paling berkuasa ialah Buwayhid – perintah di Iran, dan kawal Iraq juga. juga menjadidakan khalifah di baghdad sebagai pupppet mereka.

fatimiyyah – cukup berkuasa – takluk afrika, syam, arab. qalamiti dan nizari juga takluk kawasan2 yang tidak dikawal oleh fatimiyah

kumpulan2 ini muncul sebagai mazhab – konsep2 usul hukum dibentuk juga – wacana fiqh mereka mirip kepada para sunni – mereka menggalakan persefahaman.

fatimiyah lebih radikal – tapi libat dalam wacana2 semasa

kurun 4 dan 5, nampak gaya seolah fatimiyah bakal takluk kesemua dunia islam hinggakan sunni nampak sudah berkubur – zaman ini juga berkembang maju bidang2 senibina, sains dan falsafah

kuasa sunni kembali balas dendam, bawa kembali ke tengah semua orang, ketepikan syiah

jadi bila sunni kembali rampas kuasa ini, sunni balas dendam. wujud stigma terhadap shiah

adakah kedapatan perbezaan fiqh yang signifikan?

kebanyakan perbezaan ialah berkisar teologi – ruang kuasa para imam/ahlulbayt/para sahabat.

kemudian muncul gerakan hadith – melibatkan ribuan rakyat – merata-rata, di iran, spain, etc – ini suatu gerakan sosial besar – gerakan ini membentuk identiti tertentu

gerakan hadith ini mengasaskan 3 konsep yang kemudiannya menjadi kunci identiti Sunni:
Probity para sahabat – “adilah” – keadilan – kesaksian kesahihan – tak mahu dengar apa2 khabar negatif terhadap para sahabat – malah Umar sendiri merasa kesal terhadap pergolakan kuasa ini – Sunni berpendapat ini ujian yang paling mencabar, dan para sahabat melepasi ujian ini dengan sedaya upaya mereka – inilah “adilah” para sahabat – inilah diestablish oleh para gerakan hadith – Menentukan Imam-Imam hadith – Terdapat silsiah pewarisan ilmu Islam

sumber-sumber primer – Shiah kebanyakannya menerima kesahihan teks quran

tafsir: paling banyak perbezaan tafsir quran
di sekolah2 shiah sangat jarang mereka kaji hadith dan tafsir
kompilasi hadith mereka ada 4 utama mirip juga gaya sunan sittah

Athar – dalam muslim, bukhari, etc ada “Athar” – iaitu tradisi para sahabat – ini penting bagi Sunni, autoritatif

isu qiyas cukup kontroversi – zaydi terima ini, sepertimana afiliasi mereka dengan hanafi yang suka qiyas

imami tak suka qiyas

mazhab2 ini berkembang seiring dengan sunni

pun begitu sunni mengukuhkan institusi2 dengan kurikulum mereka tersendiri

cabaran pemulauan
-dilemma besar yang dihapadi shiah

apa nak buat bila hilang kuasa dan menghadapi stigma?

ini banyak merubah ideologi mereka – sungguh majmuk dan sukar untuk memberi gambaran umum – pandangan mereka terhadap komuniti sunni juga pelbagai – sunni tidaklah selalu benci shiah, dan shiah tidaklah selalu benci sunni sepanjang sejarah

bukan semua shiah bergabung menentang sunni, mereka juga perang sesama sendiri

hanya pihak hanbali sangat eksklusifvistik menentang shiah

Leave a Reply