STIGMA
Bila suatu kumpulan kena stigma, mereka tak mahu dianggap sebagai kafir/sesat. ada beberapa cara mereka boleh hadapi masalah ini.
pertama – integrasi melalui penerimaan keseluruhan majoriti – ini berlaku kepada abbasiyah yang berubah jadi SUnni bila dapat kuasa
kedua – ambil konsep2 yang ada dalam kumpulan majoriti itu seperti konsep2 usul fiqh, mekanisme – ini yang dibuat oleh imami dan sesetengah ismaili, zaidi.
ini tujuannya untuk memberi legitimasi kepada kumpulan yang distigma itu
ketiga – tolak terus komuniti sunni – ini diperolehi dalam mazhab ismaili – mereka tolak terus konsep2 sunni – di kalangan imami pun ada juga, iaitu kelompok akhbari
ada 2 kumpulan imami – Usuli dan Akhbari – AKhbari ni ikut hadith, manakala usuli ikut ijtihad – Sistani, Khomeini dan Khamenei ini semuanya ijtihadi, tradisi meng afiliasi – konsep ijtihad, ijma’, qiyas ini diambil dari sunni dan aplikasi utk sumber2 mereka
Golongan Akhbari kata takde konsep ijtihad, qiyas etc – hanya di kalangan kelompok ini yang banyak bermusuh dengan sunni – begitu juga dengan Hanbali yang agak literal, maka paling byk musuh dengan shiah
AFILIASI
Byk mazhab shiah mengikut mazhab2 Sunni. Kadang2 mereka sorok identiti mereka, tapi selalunya terbuka saja. umpamanya, at-Tusi terbuka sahaja ikut Shiah-Shafii – malah as-Subki juga mengarang al-Tabaqat yang mengandungi kenyataan bahawa at-tusi itu shiah yang ikut mazhab shafii
Pada zaman kita pula, Jamaluddin Al-Afghani seorang figure revolusioner dalam dunia Islam – beliau seorang shiah – Mas’udi juga kita tak tahu – beliau serentak shafii dan shiah – ini memang umum berlaku
Kalau menyorok identiti, itu atas prinsip taqiyyah – Sunni membenarkan ini
Imami menggalakkan dissimilation ini (taqiyyah) – ini diamalkan dengan sengaja, bukan juga langkah oportunistik – wajib bertaqiyyah bagi mereka dalam sesetengah keadaan kerana akan dibunuh – orang2 bertaqiyyah ini juga gemar akan shafii kerana kurang qiyas berbanding hanafi, hanbali pula lain ceritanya.
awal2 itu, mana ada sempadan antara mazhab-mazhab ini. hubungan intra mazhab sungguh positif
kita mula nak perbezaan ketara antara mazhab sekitar kurun 10 dimana shafii akan tentunya ikut ash’ari.
ini juga sedikit sebanyak kerana faktor geografi
contoh dalam kes afghani, kalau nak jadi sunni kena ikut hanafi sebab tak ada shafii di afghanistan
imami memang gemari shafii, mungkin juga kerana imam shafii dari ahlul bayt
ba ‘alawi, as-saqqaf etc ini hebat2 tradisi dakwah mereka – mereka shafii semuanya – pergi hadramaut untuk mengelak qaramita – mereka semua keturunan jaafar alsadiq – mereka takut anak2 mereka terikut ideologi qaramiti – mereka 100% shafii, corak afiliasi ini bukan pertama kali dilihat dalam warisan hadramaut – ini barangkali corak umum diamalkan masa dulu.
ringkasnya, bila “kurun shiah” berakhir pada kurun 11, pengaruh Turki pula muncul, terutama untuk menentang Buwayhid. Turki-seljuk sokong khalifah baghdad iaitu al-qadir – beliau mengaturkan ideologi baru sunni – muncul corak2 eksklusivisme dan selalunya sangat sektarian
SOAL-JAWAB
bagaimana kesinambungan dalam keimaman ismaili?
doktrin imami dan ismaili ini, sebelum imam itu mati akan tinggal wasiat siapa warisnya
mereka rasakan kewujudan imam itu sangat penting
mengapa rasulullah tidak lantik pewaris?
sememangnya inilah isu paling bermasalah. mengapa berlaku perkara ini?
barangkali, yang menjadi masalahnya bukan apa yang sebenarnya berlaku, tetapi peristiwa-peristiwa yang berlaku kemudiannya
bagi sunni, hadith diterima jika ia diriwayatkan secara sahih. bila sesuatu sanad itu ada kaitan abbas, ali, hasan etc, terus menjadi bermasalah. hadith2 yang berunsurkan politik ini akan diteliti sangat2.
perspektif sunni ialah untuk bersangka baik.
khalifah uthman – 6 tahun terakhirnya sungguh bermasalah – dituduh nepotism
kita perlu lihat sejarah dengan apa sebenarnya yang mungkin berlaku
orang2 ini diasimilasi secara mendadak – mereka asalnya asabiyah, tribal – segala yang berlaku itu perlulah dianggap sebagai ujian besar – bayangkan, Uthman mengawal empayar terkaya dan terbesar di dunia dan mereka yang perintah empayar itu tidak pernah melihatkan sebuah tamadun sebegini centralized – mereka tak ada pengalaman memerintah empayar sebegini – jadi mengapa salah bagi uthman untuk memilih dikalangan yang ada pertalian darah denganya? ini saja caranya beliau boleh selaraskan empayarnya. benar, beliau tidak menuruti polisi umar dan abu bakar. tapi ini kerana polisi itu tidak lagi boleh diteruskan. terlalu banyak kompleksiti sejarah.
tambah pula, penindasan oleh umayyah dan abbasiyah terhadap ahlul bayt dahsyat sungguh – jika diceritakan peristiwa ini, sunni mahupun shiah akan menangis belaka
shiah tolak qiyas, tapi menerima “dalil al-aqal”
geng akhbaris – sungguh tak suka usuli/ijtihadi kerana mirip sunni – bila usuli memberi respons, mereka makin berkuasa – wajib ada mujtahid untuk kebergantungan
banyak persamaan antara sufi dan shiah – sufi tidak percayai kemaksuman seorang shaykh – shiah tak semuanya percaya kemaksuman imam juga – hampir semua sufi sangat menyanjungi ahlul bayt – tapi ini dulunya memang disanjungi oleh sesiapapun
pengalaman sufi, mereka rasakan ahlul bayt cukup hebat ilmu, iman mereka
turki itu uthmaniyah dan safavid – safavid itu awalnya sufi, kemudian jadi shiah. ini ada kaitan dengan sejarah turki – sufi ortodoks seperti naqshabandi – ghazis – shaykhulislam dalam uthmaniyah selalunya seorang sufi shaykh – mereka gabung elemen2 ortodoks fiqh dan ortodoks sufi – elemen heterodoks di turki berpisah, dan menjadi safavid – jadi ekstrim – maka, ini sebuah fenomena unik turki
semua para muhaddith dalam sunni juga menerima imam2 shiah – al-bukhari tidak terima riwayat jafar alsadiq, tapi bukan kerana menolak beliau tapi menolak perawi2 yang ambil dari jaafar. “ada 2 orang yang benar yang diuji oleh golongan bid’ah. iaitu Jaafar alsadiq dan ahmad ibn hanbal”. jaafar alsadiq ada orang yang turut cakap beliau dan ada yang tak turut. imam zaid ibn ali tewas kerana tak mahu cakap buruk terhadap abubakar, umar. jadi ramai shiah tarik diri dari beliau. ini yang buatkan beliau tewas
jadi 2 orang ini mendukung kebenaran. bagi ahmad ibn hanbal, orang2 yang ingkar terhadap beliau ialah yang mendukung ideologi zahiri (literal).
lawan zahiri ialah batini – mereka tolak segala yang literal. ambil yang tersorok sahaja. sufi selalu ikut batini, mereka percaya kefahaman yang sebenar ialah bila yang batin dan zahir sefahaman. jadi batini dan zahiri itu tak semestinya salah, cuma kena seiring.
bila imam ali dibunuh, pengikutnya (iaitu majoriti umat) mengikut al-hasan. beliau pilih cara aman, tarik diri dari autoriti.
muawiyah seorang pemerintah hebat dan juga sebenarnya seorang pemaaf. beliau tidak menindas, sangat realistik, pusatnya di syria. melantik yazid sebagai warisnya. ini kerana hanya yazid yang akan dapat loyalti dari tentera. al-hasan sudah mati pada waktu ini, shiah dan hampir semua sunni percaya al-hasan kena poison oleh satu isterinya atas arahan muawiyah. al-husain berontak, mengapa dilakukan perkara ini? semua orang jadi terasing dengan sistem politik sebegini
[tak catat banyak maklumat random di sini berkenaan kaitan dengan situasi USA]