7-A: Ahmad ibn Hanbal

Satu lagi mazhab yang banyak kait dengan teologi

Bagaimana beliau guna sumber hukum

Kaitan dengan Wahhabisme

Imam Ahmad paling muda di kalangan imam2 mazhab ini.

hidup pada kurun 2&3 Hijrah.

Latar belakangnya Arab walaupun keluarganya ada darah Parsi

Ketika Abbasid revolution, datuk moyangnya ambil bahagian.

beliau fasih bertutur parsi, sangat senang dengan kawasan Iran

ingin ditegaskan iran pada awal itu sangat berbeza dengan Iran sekarang.

Iran dulu macam Afghanistan sekarang. Semuanya Sunni. Banyak rivalry antara Hanafi dan Shafii. Minoriti Shiah signifikan juga.

seorang anak yatim, seperti juga shafii dan bukhari.

seperti shafii, ahmad miliki ibu yang sangat sayang dan utamakan pendidikan. dan sepanjang hayatnya ibunya sentiasa menjadi dorongan besar.

hidupnya ascetic (zuhud), boleh saja beliau hidup senang di baghdad dan tanah-tanah warisan ayahnya di Iran. tapi beliau mahu berdikari, tak mahu bergantung kepada penerimaan masyarakat.

pendidikan awal beliau dan ilmu kecintaannya ialah hadith. ini label utama bagi beliau. pada masa sama juga beliau tokoh besar fiqh walaupun beliau tak pernah akuinya.

usianya 14 tahun lebih muda daripada shafii. ahmad pada waktu itu antara yang utama mengajak orang ramai mengikuti imam shafii dan berguru dengan shafii. namun, ada juga perbezaan fiqh ahmad dgn shafii.

imam shafii dan ahmad unik kerana hidup generasi selepas hanifah dan maliki. generasi mereka berdua berbeza – aman dan consolidation, tidak banyak revolusi. waktu ini abbasiyah telah melenyapkan mana-mana pemberontak.

imam shafii membuka ruang kepada bidang perbandingan fiqh yang tak wujud sebelum beliau semasa zaman hafinah dan maliki, sufyan etc..

Ijtihad: ada 2 jenis, jenis yang menggalakkan perbezaan pendapat, dan ada ijtihad untuk menyatukan pendapat.

ahmad seorang pengumpul hadith dan athar yang hebat. hadith itu laporan rasulullah, athar pula ialah “hadith” para sahabat dan tabiin.

imam ahmad juga kutip pelbagai pendapat peribadi para sahabat & tabien manakala imam shafii suka kutip pendapat para ulama kemudian dari zaman sahabat. faktor ini banyak membezakan imam shafii kerana ahmad fokus untuk mengikuti golongan salaf.

karya terhebatnya ialah musnad ahmad ibn hanbal. corak penyusunannya ikut perawinya, bukan mengikut topik kandungan hadith itu. tujuan musnad ini untuk saring kesahihan hadith. boleh kata, mana2 hadith pastinya wujud dalam kitab itu.

beliau hidupnya bagai para generasi salaf. beliau umumnya orang yang berada. tapi hidup zuhud, ikut salaf. tolak kemewahan abbasiyah.

ada dua jenis salafi – ikut salaf dari segi doktin tapi menolak perkembangan empayar islam. lagi satu jenis terima saja apa2 perkara negatif walaupun secara peribadi ikut salaf. jadi, umumnya, beliau tak mencabar autoriti. jadi beliau rapat dengan para sufi.

kelompok ini cuba ikut para sahabat dengan mental, akidah, dan fizikal. jalan kaki, baju buruk koyak2 etc.. para sufi di situ anggap ahmad sebagai antara tokoh terulung sufi dalam group itu.

beliau hanya tiba-tiba popular bila berlaku Mehnah al-makmun. sebetulnya, ahmad selalu asingkan diri saja, tapi bila dipaksa oleh abbasiyah untuk terima doktrin muktazilah, beliau taknak akui. dipaksa 20 tahun.

imam ahmad anggap dirinya sendiri sebagai guru hadith. dan al-tabari antara yang menganggap ahmad bukan seorang faqih.

aliranya banyak iktu hadith hampir seperti shafii. maliki dan hanafi terima dan sanjung hadith, tapi penggunaan hadith terhad dan spesifik.

ahmad tak benarkan pandangannya dicatatkan. beza dengan abu hanifah yang sekolahnya mencatat segala pandangannya, dan ini menjadi sumber rujukan pula bagi maliki. hanya mahukan hadith dicatatkan. maka, beliau tidak tinggalkan mana-mana karangan fiqh. kadang2 anak murid beliau akan catat secara rahsia dan bila beritahu ahmad, ahmad kata pandangan beliau sudah bertukar.

mereka persoal, mengapa tidak mahu catat? ahmad hanbal kata kita disuruh ambil ilmu dari “langit”, bukan dari manusia.

beliau gabungkan hafalan dan catatan hadith. mana2 beliau pergi akan bawa buku rumusan hadithnya. malah ketika ke masjid, beliau bawa juga kitab supaya bila disoal fiqh, ada sumber rujukannya.

imam ahmad juga ada halaqa khas untuk anak2 dan anak2 murid istimewa beliau. lagi satu halaqa umum.

beliau seorang serious, kehidupannya penuh perjuangan, takde sukaria gelak2 etc.

bandingkan dengan abu hanifah yang kelakar, suka debat, borak2, suruh orang berfikir – hampir seperti Sokrates.

malik pula autoritatif dan autoritarian, anggap beliau sebagai mewarisi takhta tradisi madinah, ada perasaan gah dalam peribadi dan majlisnya.

imam ahmad sangat cintai orang miskin.

soalan: apakah wanita juga ada dalam kelas imam2 ini?
jawapanya, saya tidak tahu. bagus juga kalau saya tahu, tapi rasanya perlu kajian lanjut. yang kita tahu, rasulullah selalu khaskan sesi-sesi untuk bersama wanita menjawab persoalan2 mereka.

menarik bagi mazhab hanbali ini, lokasi utamanya ialah baghdad dan damascus. kebanyakan yang ikuti mazhab beliau ialah orang2 kelas bawah. kelas2 atasan ramai ikut hanafi.

maliki dan shafii tak banyak kaitkan dengan doktrin/teologi. bagi malaiki mungkin kerana mereka tak tinggal di tempat seperti baghdad yang rancak debat. abu hanifah paling banyak libat dengan teologi – kemuncaknya ialah Maturidi.

namun teologi abu hanifah, bila ditanya, katanya ialah Salafi. kemudiannya jadi maturidi.

bagi hanbali, dan terutamanya dalam wahhabisme, sangat

mehnah itu 20 tahun, ahmad mati ketika mehnah ini masih berterusan. persoalannya berkisar adakah alquran itu dicipta?

perdebatan ini sangat penting kerana ianya libatkan kesempurnaan sifat tuhan. jika quran dicipta, apa pula hubungkait.. [potong]

mazhab hanbali kemudiannya menjadi anti-shiah, anti-muktazilah dan kadang2 juga anti-ashari dan anti-maturidi.

split aqidah hanbali dan lain2 mazhab ini perpecahan terbesar dalam Sunni.

hanafi meletakkan taraf quran sangat tinggi. bagi maliki shafii dan hanbali, akan hadkan dan perincikan melalui hadith dan lain2 (bergantung pada mazhab).

Sunnah itu kuat taraf hujahnya, tapi persoalannya mana nak tau apa itu sunnah?

dalam kes hanbali dan shafii, hadtih2 unik yang sahih itu tarafnya sama saja dengan hadith2 sahih lain.

guru imam malik. al-rabi’ah, berkata jika kita ambil hadith pelik akan rosakkan fabrik sunnah. persoalan ini antara kontroversi besar.

debat sunnah satu lagi ialah mursal vs musnad. sanad emas ialah malik>nafi’>ibn umar.

[truncated]

3 Responses to “7-A: Ahmad ibn Hanbal”

  1. Hazri says:

    Pernah disebut bahawa Imam Ahmad (r.a.) juga begitu tegas dalam menuruti Sunnah Rasulullah (s.a.w.) sehinggakan beliau enggan memakan buah tembikai semata-mata kerana beliau tidak punyai Hadis yang meriwayatkan bagaimana Nabi s.a.w. memakan buah tersebut.

  2. kakiblog says:

    abang hazri, i’m always bewildered how you can memorize so many of these quotes and narratives,… or was it google who told you?

  3. Hazri says:

    Haha… no, it’s not google. I have this habit of highlighting/underlining/marking interesting passages and quotes from the books I read or articles I downloaded from the net and later write them down into my (real life) journal. At times I am quite fond of throwing these quotes/tidbits verbatim into my ordinary conversations with ppl, which have led some to regard me as a nerd. :P

    Anyway, in case you’d like the source of this tidbit about Imam Ahmad (r.a.), I first read about it in Gai Eaton’s Islam and the Destiny of Man but he only told the story of a certain pious man without mentioning the name. It was later when I consulted N.J. Coulson’s A History of Islamic Law that this person was identified as Imam Ahmad (r.a.).

Leave a Reply