Adakah kedapatan suatu dikotomi antara bermeditasi (zikir) dan berfikir (bahas falsafah)?
Kata abang Fathi Aris, berfikir/berfalsafah (dalam ertikata yang luas) itu satu bentuk tarbiah akliah -meningkatkan kualiti meditasi.
Saya tambah pula, meditasi itu memberi daya existential kepada penerimaan doktrin.
Ertinya, kedua-dua elemen ini mustahak dalam modal insan kamil. Malang jika usrah kita sekadar indoktrinasi tanpa falsafah dan meditasi.
rujuk juga pertanyaan saya di blog selak (yang tidak dijawab)
Apa link selak tu? Aku cari takde pun. Satu-satu aku bukak.
Apakah ulasan Sdr tentang buku Khaled Abou al-Fadl, And God Knows the Soldiers: The authoritative and authoritarian in Islamic discourses?
Edisi terjemahan bahasa Melayu telah terbit minggu ini, Hanya Tuhan Mengenal Tenteranya: Persoalan wibawa dalam wacana Islam, mungkin diedarkan minggu depan.
Saya akan mengupasnya di blog saya patahbalek.blogspot.com
Kalau Sdr berkesempatan, lihat-lihatlah buku ini.
belum pernah saya baca karangan2 beliau. tanggapan awal saya ialah pihak pluralis/liberalis cenderung menggunakan kedangkalan puak fundamentalis untuk menonjolkan kesarjanaan mereka, tapi jarang dikritik kerangka worldview para intelektual tradisional.
apapun, ini presumption saja.
Sdr, tolong baca artikel di blog saya Science and Reason, Reason and Faith: A Kantian Perspective karangan Alfred I. Tauber (dan cuba semak lagi bahan-bahan di laman webnya).
Ketika saya mencadangkan C. P. Snow “The Two Cultures”, beginilah maksud saya. Tolong baca & jadikan bahan diskusi usrah.