Betul ke ni?

Waktu itu, aku sedang berdiri dalam saf solat..
Tiba-tiba menggigil…
Tuan Imam kelihatan familiar…
Kopiah merah tu…
Aku pernah nampak…
Imam tu… kenal sangat!
Lepas tu semuanya hilang…
Dan aku tergamam sahaja…
Kemudian rasa damai…
Betul ke dia?
Kenapa tiba-tiba dia di situ?
Aku pula, kenapa takut menggeletar?

Aku teringat,
Minggu lepas ada kawan suruh…
“Inilah masanya! Tunggu apa lagi?” Katanya…
Entah, aku tunggu apa lagi?
Berani cakap, berani buat!
Tapi…
Entahlah…
Patutkah aku?

Tadi, ada Imam berkopiah kuning susu…
Tak, ni Imam lain…
Yang hari tu hitam, yang ini putih…
Dia menjawab soalan aku dalam khutbahnya…
Katanya ucapan itu adalah penafian noumena,
Untuk membolehkan penyaksian fenoumena.
Lepas pada tu jelaslah hakikatnya Dia di mana-mana…
Timur dan Barat…
Kalaupun aku tak nampak, ketahuilah Dia nampak aku…

Dan aku melangkah setapak ke hadapan,
tapi belum jejak semula.
Masih tergantung…

4 Responses to “Betul ke ni?”

  1. Taufik says:

    Hmm….

  2. kakiblog says:

    hmm… i won’t tell you or anybody what i’m referring to here but i think your guess may be accurate.

  3. farhan says:

    tak paham

  4. kakiblog says:

    tak paham takpe. memang sengaja aku buat kasi tak paham.

Leave a Reply