Archive for the ‘Berita’ Category

Innocent until proven guilty?

Thursday, March 11th, 2010

Tak tahu nak kata apa. Hari ini kawan karib saya yang tidak bersalah telah dihukum penjara 6 tahun atas tuduhan sexual assault. Beliau sebenarnya cuba melarikan diri kerana dikejar oleh 3 orang ahli kongsi gelap. Secara kebetulan, beliau terlanggar seorang perempuan. Perempuan itu bersama 3 orang ahli kongsi gelap (rasanya mereka berpakat) melaporkan kepada polis bahawa beliau dirogol.

Saya menyaksikan sepenuhnya kes ini dibentangkan di mahkamah selama tiga hari. Jelas sekali tiada sebarang bukti yang menyokong tuduhan wanita ini. Tiada saksi melainkan beliau. Tiada jeritan yang didengari oleh jiran. Kes beliau tidak logik dan bercanggah dengan laporan polis. Hatta wanita ini hanya mengenalpasti ‘perogol’ dengan pakaian singlet hitam.

Bagaimana beliau tidak dapat mempastikan bahawa kawan saya bercermin mata, mempunyai tattoo di lengan, berjanggut dan berkasut hitam? Sedangkan kalau beliau dirogol tentu jelas bagaimana penampilan perogol? Bahkan tidak ada kesan luka atau lebam pada wanita ini apatah lagi kesan semen pada organ sulit. 3 orang ahli kongsi gelap tidakpun tampil sebagai saksi. Sebaliknya, yang tampil ialah bapa saudara wanita tersebut.

Saya tidak faham bagaimana sistem kehakiman Amerika ini membuat keputusan yang salah dalam suatu kes yang begitu jelas sekali. Benar bahawa sebelum beliau masuk Islam, beliau terlibat dalam kumpulan kongsi gelap dan terlibat dalam beberapa kes serius. Tapi itu cerita lama. Tak tentu pasal beliau diheret ke penjara dan terpaksa melepaskan seorang isteri yang hamil 3 bulan bersama seorang anak perempuan berusia 9 bulan. Selepas ini, rekod jenayah beliau akan menunjukkan label sexual offender. Innalillah…

Updates

Wednesday, October 15th, 2008

I have not been active blogging. Haven’t been active writing anywhere, for that matter. None at all since I got back from West Africa. And now I find myself very rusty to start writing again.

HOWEVER, I have been flipping through various books lately. Kept myself busy with numerous activities of tarbiyah/ta’dib nature. The summer travels burned my wallet, so I’ve also been busy with several website projects to refill my bank account.

Kakiblog and all my other sites on this same server was recently hacked, likely due to an outdated Joomla! installation I had in one of my directories. Speaking of Kakiblog, I do not have the energy nor interest to sustain it. Likewise with my other group blog, Ansarullah.

But no, somewhow during the most interesting and tumultuous of times, I have lost much interest in American politics and economy. I did not register to vote for the elections this time around as I did in the previous mid-term elections. Don’t ask me why, too many things are going on in my life right now.

Misi panaskan badan

Sunday, June 29th, 2008

Si mahaguru berpesan, jangan mimpi nak lulus tarbiyah dalam masa sebulan selagi tak capai reps 1,500 sehari. Itu minimum! Kalau tak nanti badan panas sangat, tak dapat terima FA-TA-HA.

Huh?! [Cuak... boleh ke ni?]

Tapi katanya dia sentiasa di sisi. Tak perlu risau. Tapi ada syarat…

Kena kahwin Kak Sen sebelum balik!!!

Dia berlawak atau serius, saya tak tahu. Kita tunggu dan lihat. Yang pasti, saya nekad nak sempurnakan tarbiyah dalam sebulan at all cost.

Tarikh keramat untuk cecah 1,500: 24 Ogos 2008

Misfortune

Tuesday, June 17th, 2008

Being engrossed in history of Muslims in America of late, reading this piece of news is quite saddening.

Berlayar

Monday, June 16th, 2008

Barangkali penangan faydahnya membuatkan saya kaku tiba-tiba. Tapi mujur, dengan lafaz bismillah beliau mengiyakan. “Saya menantikan kehadiran kamu,” katanya.

Kalau tiada aral melintang, insha Allah lagi 2 bulan nanti saya akan keluar berlayar. Doakan saya temui mutiara yang dicari-cari. Harap-harap kapal tak karam tengah lautan. Tapi takpelah kalaupun karam, masih boleh berpaut pada pelampung…

OK, time to get serious!

Polemic on the Third Resurrection

Thursday, June 12th, 2008

I had browsed about a year or two ago Sherman Jackson’s Islam and the Blackamerican. Perhaps because I was expecting it to be a historical book, I found it not interesting. But recently I revisited his book after acquiring the necessary background understanding on contemporary issues of Muslims in America, and I come to realize how compelling it is when read as a polemical book to perscribe the Blackamerican Muslim. There are a few things I will comment on it, so look forward to that.

Mission Impossible?

Friday, June 6th, 2008

fulbright

Peringkat 3: Membentuk kumpulan penggerak di kalangan fakulti

Saturday, May 17th, 2008

Segalanya bermula dengan idea. Kemudian idea itu dikongsi bersama kawan-kawan sefikrah. Dari situ, akan terbentuk suatu kumpulan core group.

Sebaik dibentuk komiti, peringkat pertama dalam proses membentuk program pengajian Islam ialah membuat survey terhadap peer institutions. Hal ini khususnya merujuk kepada jabatan Divinity School (hanya wujud di universiti swasta) dan juga Near Eastern Studies di universiti seluruh USA. Selain itu, perlu ditinjau proses pembentukan lain-lain program terbaru di universiti (dalam kes saya ialah program pengajian Latino yang baru dibentuk kira-kira setahun lepas).

Kemudian, peringkat kedua ialah membincangkan perolehan tersebut bersama Majlis Perwakilan Pelajar, para fakulti di jabatan-jabatan relevan seperti Religion, Arabic, Anthropology, History, Sociology, Political Science dan Journalism, dan juga pihak pentadbiran.

Hasil perbincangan saya dengan pihak pentadbiran, saya dapati langkah seterusnya ialah mengumpulkan para ahli fakulti untuk merangka program. Dean tersebut berkata, ultimately, fakulti sahaja yang punyai autoriti dan pihak pentadbiran tidak boleh masuk campur (ini bertujuan untuk memelihara “academic freedom”).

Sekarang saya berada di peringkat ketiga ini. Agak rumit. Pertama kerana universiti saya kehilangan 2 professor Muslim yang seorang itu (sejarawan) akan berpindah ke UMich manakala yang kedua (ahli falsafah) dirampas oleh Columbia. Mereka berdua dan 3 orang lagi boleh saya anggap “rakan kamceng”, teman-teman kopi belaka. Saya tahu mereka ini kalau tidakpun Muslim, sekurang-kurangnya mereka sangat terbuka dan menghormati masyarakat Islam. Merekalah yang setakat ini menyokong usaha ini. Tambah malang, dari 3 yang tinggal itu, seorang daripadanya on academic leave mulai tahun depan.

Setelah berbual dengan salah seorangnya, kami berdua terasa agak pesimistik. Setakat ini. saya hanya melihat 2 pilihan. Pertama, mengambil risiko menjemput professor-professor yang saya tidak kenali fikrah mereka untuk tolong membentuk program pengajian Islam ini. Risikonya ialah, memandangkan mereka tidak memahami agama Islam dan kemelut umat Islam, barangkali struktur program yang mereka rangka dan professor baru yang akan mereka recruit untuk mengajar subjek Islam sifatnya boleh jadi antagonistik terhadap Islam.

Pilihan kedua ialah untuk menamatkan usaha ini prematurely. Bersambung…

Nota kaki:
2 program pengajian Islam terbaru: Stanford University Abbasi Program in Islamic Studies dan Duke Islamic Studies Center

Beres!

Friday, May 16th, 2008

The contract was sent and I shall not hesitate to return it signed. Exciting times loom in the horizon… however, what isn’t is my immediate quandary.

Faydah

Thursday, May 15th, 2008

3 hari dua malam lamanya saya lemas dalam limpahan faydah. Sedar-sedar, saya sudahpun terdampar…