Archive for the ‘Berita’ Category

Istimewa

Wednesday, May 14th, 2008

Album berjudul Egypt berkumandang di belakang. Minyak atar masih harum memangi. Dan dalam kepala saya masih terngiang doanya Ya Ibadullah A’ynuni… Sunggu majlis tadi sangat masyuk sekali…

Tertariknya saya menziarahi beliau adalah kerana mengkagumi keilmuan bapanya. Alkisah, tamatnya kurun ke-14 Hijrah, Al-Azhar meratapi kehilangan muhaddith terhebat zaman ini dengan pulangnya bapa beliau ke Rahmatullah. Beliau adalah pengemuka utama dalam silsilah sanad ijazah para muhaddith sezamannya seperti Buya al-Maliki dan Sh Yassin Esa al-Fadani. Saya bertanya, selain silsilah hadith, bagaimana pula hubungan mereka dengan “jalan” bapanya, lalu beliau jawab kedua-dua mashaikh itu muhib dan begitu juga dengan seorang lagi ‘alim Mesir tersohor, Mutawalli Sha’rawi.

Bahkan, dikatakan bapanya juga menjadi rujukan utama Imam Hassan al-Banna dalam hal-hal hadith. Diceritakan, pada awalnya bapa beliau seperjuangan dengan al-Banna dan selalu saja Al-Banna yang asalnya mengikuti “jalan” Hamidiyyah-shaziliyyah, merujuk kepada bapa beliau dalam persoalan hadith. Tapi akhirnya kerjasama tersebut renggang akibat elemen “political Islam” yang tidak disepakati.

Saya cukup tertarik dengan peribadi yang sangat simple dan mesra khalayak, bagaiman beliau sendiri bangun menghidangkan juadah malam ke dalam pinggan setiap hadirin. Umurnya walaupun agak lanjut namun cekap menggunakan IT. Hal ini membuatkan saya terbayang akan Prof Muhammad Jenkins, “guru” pertama saya yang meninggal dunia beberapa tahun lepas.

Paling istimewa buat kami, beliau membacakan hadith masyhur, “The merciful ones deserve the Mercy of the Most Merciful. Be merciful to those on earth so that the One in Heaven – Allah – will cover you with His Mercy“. Kemudian beliau membacakan sanad hadith beliau lalu diberikan kepada kami ijazah untuk semua hadith dalam sanadnya.

Akhir sekali, seolah membaca fikiran saya, beliau pesan untuk keluarkan dari hati segala yang dunya itu dan letakkannya di tangan.

Alhamdulillahi rabbal ‘alamin.

p/s: Siapakah beliau yang saya maksudkan? Siapakah bapa beliau yang masyhur itu?

Update Program Pengajian Islam

Monday, May 12th, 2008

Sudah kira-kira 2 bulan saya mulakan inisiatif menubuhkan program pengajian Islam di universiti. Setakat ini cuma mengumpul maklumat program ini dari universiti-universiti lain, berjumpa para professor dan juga merangka struktur program. Secara umum, saya dapati terdapat dua jenis pendekatan — 1) pendekatan ala tradisi orientalis seperti di Harvard, Yale, McGill dan Princeton yang tekankan pendekatakan hermeneutik, klasikal dan tertumpu kepada Timur Tengah / tamadun lampau, dan 2) pendekatan kontemporari seperti Duke yang lebih global, banyak guna kaedah antropologi, sains politik dan sosiologi mengkaji masyarakat semasa.

Hari ini bermula peringkat kedua. Setelah mendapat gambaran umum senario pengajian Islam dalam akademia universiti USA, kini mulalah proses petition. Sebentar tadi saya mengatur pertemuan dengan CAIR-Chicago. Kami bincangkan dengan lebih terperinci bagaimana mereka boleh bantu inisiaitif ini. Banyak juga idea-idea bernas yang mereka cadangkan. Petang nanti pula, saya akan ke pejabat Dean menanyakan bagaimana pandangan pihak pentadbiran terhadap program ini. Sementara itu, sahabat saya pula mengatur pertemuan dengan Provost. Kami cuba dapatkan pandangan semua golongan sebelum merangka proposal; pelajar, fakulti, pentadbiran dan masyarakat awam.

Kerja ini banyak makan masa dan sangat menyibukkan. Tapi ini jenis kerja yang saya suka. Saya akan terus berkongsi pengalaman. Moga-moga catatan saya bermanfaat buat mana-mana pelajar melayu di universiti lain yang ingin buat perkara yang sama.

Hajat malam Jumaat yang dimakbulkan

Friday, May 9th, 2008

Saya teringat 2 minggu yang lepas, saya dan seorang sahabat karib “mawali” sedang berjalan di kaki lima inner city. Kami baru selesai halaqah. Kawan tersebut lalu buka cerita bahawa beliau berjaya memperoleh biasiswa Fullbright untuk membuat kajian setahun di Medina-Baye. Dan tawaran tersebut katanya agak lumayan. Bukan setakat dapat elaun bulanan tapi siap dibiaya rumah dan kenderaan sekali di sana nanti. Lalu diceritakan kejayaan tersebut berkat doa kami semasa perjumpaan malam jumaat bersama seorang lagi “mawali” minggu lepas. Kerana, diceritakannya, kawan seorang lagi itu, Yusuf, juga menerima khabar gembira apabila diterima kerja penuh mulai Mei. Akhir sekali beliau tanya, bagaimana pula dengan saya? Apa hajat yang saya pohon malam tersebut pasti dimakbulkan juga, dia yakin. Benar, saya juga merasakan sesuatu yang istimewa pada pertemuan itu. Cuma, hajat saya pada waktu itu masih pending maka saya tidak menjawab pertanyaannya.

Tapi esok, Jumaat datang lagi dan dalam pertemuan kami kali ini saya akan ceritakan kepadanya bahawa hajat saya pada malam tersebut juga telah dimakbulkan, Alhamdulillah!

Fazkuruni azkurkum washkuruli wa la takfurun

Ud’uni astajiblakum

Kisah kawan Itali

Wednesday, May 7th, 2008

Setiap kali saya naik keretapi “L”, mesti terbayangkan seorang kawan dari Itali yang tahun lepas kerap kali saya temankan menaiki L ke zawiyah di downtown Chicago. Sudah kira-kira 9 bulan kami tidak ketemu, mahupun berbalas email. Tapi sebentar tadi beliau kirimkan email mengkhabarkan perkahwinannya dengan seorang perempuan Hausa (!!!). Beliau mengucapkan tahniah ke atas kejayaan saya baru-baru ini, lantas saya balas perkahwinannya dengan dua kali ucapan tahniah (ibarat tradisi Hausa salam tangan dua kali).

Katanya kini menjadi guru bahasa Itali di Libya. Perkembangan ini bagi saya agak menghairankan. Beliau yang sudahpun miliki PhD dalam kajian Islam dan Afrika menjadi guru bahasa Itali di Libya? Lalu saya terus mengujanya mengajar di UIA/ISTAC dengan mengirimkan link galleri senibina ISTAC.

Lagi dan lagi

Saturday, April 19th, 2008

Tak sempat tarik nafas, ditambah sebijik lagi projek –> nasrulilm

Tapi tak apa, ini satu lagi peluang mengupgrade networking cable. Woot…

Bak kata geng muridiyah, ini namanya “xidma”

PEMIMPIN GERAKAN IKHWAN DI EROPAH GESA RAKYAT MALAYSIA SOKONG PAS

Thursday, March 6th, 2008

Pemimpin Gerakan Ikwan Muslimun di United Kingdom, Dr Kamal al-Helbawy menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong PAS di dalam Pilihanraya Umum ke-12 akan datang. Dalam satu wawancara besama wartawan Kelab Maya Barisan Rakyat Malaysia (Eropah) (www.bahankempen. com), beliau menyatakan bahawa demokrasi dan kebebasan sepatutnya boleh memberikan peluang kemenangan kepada Islam untuk memerintah di dunia ini.

Dr Kamal yang merupakan pengasas kepada Muslim British Association (MBA), penaung kepada gerakan-gerakan Islam di United Kingdom turut mengkritik amalan politik di Malaysia . Beliau berpandangan yang kebebasan berpolitik lebih dinikmati di Indonesia , selain menggesa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya lebih bersifat terbuka dan adil di dalam berhadapan dengan pembangkang.

Dalam wawancara ringkas yang boleh dicapai di sini dan di sini, Dr Kamal turut menyatakan kekagumannya terhadap ketokohan dan integriti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang di dalam pengalaman mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi beliau, kedua-dua mereka perlu menjadi pilihan rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau turut menyebut nama pimpinan PAS yang lain seperti Ustaz Azizan Razak, Ustaz Hasan Syukri dan Ustaz Yahya Othman yang pernah bersama-sama dengan beliau di dalam gerakan Islam di peringkat antarabangsa. Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan mengadakan pilihanraya lebih awal bagi menafikan kelayakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di dalam pilihanraya yang dianggap beliau sebagai pemimpin berkarismatik dan bersih.

Dr Kamal turut menyeru kepada seluruh pertubuhan Islam dan kumpulan nasinonalis supaya bersatu dan bersama-sama mendokong perjuangan PAS sebagai wadah utama memenangkan Islam dan membawa keadilan sejagat di tanahair.

Mengulas pandangan Dr Kamal tersebut, Dr Abu Tuah bin Hisyam yang merupakan Pengerusi Himpunan Teknokrat dan Profesional Melayu Eropah (HEMAT Eropah), sebuah badan profesional dan teknokrat Melayu yang bekerja di seluruh benua tersebut turut berkongsi idea yang sama. Beliau yang bekerja sebagai Research Fellow di sebuah universiti terkemuka di London menyatakan yang rata-rata komuniti Melayu di United Kingdom dan Eropah mengharapkan perubahan di dalam pemerintahan negara. Rakyat Malaysia telah diperbodohkan sejak pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional.

“Kami daripada jauh dapat melihat kebobrokan pemerintahan negara di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat telah dirampas sewenang-wenangnya. Imej negara semakin buruk di dalam media Eropah, kerana kesempitan di dalam amalan demokrasi serta penipuan yang ketara di dalam sistem pilihanraya. Pemikiran rakyat telah ditutup dengan pelbagai penipuan dan akta ancaman ala diktator. Rakyat tidak lagi bebas bersuara, walaupun kebebasan itulah yang merupakan intipati kepada ajaran Islam yang diamalkan secara meluas di barat sehingga mereka mampu menjadi bangsa yang menguasai tamadun dunia sekarang ini,” ujar Abu Tuah.

Mengulas mengenai kemenangan PAS, beliau berkata, “Mungkin tidak pada pilihanraya kali ini. Rakyat Malaysia masih dibelenggu pemikiran mereka. PAS perlu bekerja dengan lebih keras lagi, dan yang pastinya ianya akan menjadi lebih mudah sekiranya seluruh gerakan Islam yang lain bersatu di bawah PAS, selain melunakkan penampilan supaya dapat berkongsi rahmat Islam kepada bangsa-bangsa yang lain.”

Interview part 1 – http://www.youtube. com/watch? v=YZ9YZvN4tlE
Interview par 2 – http://www.youtube. com/watch? v=SNMdXuan2gk

Sharia Law in UK is unavoidable

Friday, February 8th, 2008

The Archbishop of Canterbury says the adoption of certain aspects of Sharia law in the UK “seems unavoidable”.

Dr Rowan Williams told Radio 4′s World at One that the UK has to “face up to the fact” that some of its citizens do not relate to the British legal system.

Dr Williams argues that adopting parts of Islamic Sharia law would help maintain social cohesion.

http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/7232661.stm

Al-Bakistani

Friday, October 19th, 2007

Al-Bakistani is spot on in his analysis of the deceptive nature of Dr Asri’s recent establishment of “Gagasan Ulama Sunnah Wal Jamaah”. Read here.

Worst ranking ever? Dang!

Thursday, October 18th, 2007

Worst ranking ever? Dang!

Read more

MUFTI PERLIS SILAP

Thursday, August 9th, 2007

Saya rasa penulisan Dr Asri pada 5 Ogos 2007, dari segi ilmunya rasanya tidak kukuh. Hendak dikata itu metod al-Qardhawi, rasanya tidak juga.

Saya terkejut apabila perkara-perkara di bawah ini diperli secara sinis. Seolah-olah semua yang dibuat oleh orang lain semuanya negatif:

1. Dr Asri menegatif belajar haji secara tertib sebagaimana hari ini (seolah berdosa kerana menyusahkan agama). Pada saya, baguslah belajar haji secara tertib untuk makcik-pakcik kita mudah faham. Bukan setakat teori, dibuat juga amali. Supaya dijauhi perkara khurafat. Kerana itulah, jemaah haji kita terkenal dengan jemaah paling tertib.

2. Belajar bab air, sampai mualaf tak sembahyang. Diperkecilkan pendakwah sehingga dikatakan tidak reti berdakwah kepada mualaf. Dituduh pendakwah yang tidak bagi mualaf solat, sebab tidak tahu jenis air! Benarkah ada pendakwah kita sebegitu jahil!

3. Belajar solat dengan tidak bergerak secara berlebihan. Hadith-hadith berkaitan peraturan solatkan banyak. Mempelajarinya adalah sebahagian dari mempelajari hadith-hadith tersebut.

Adakah kerana takut dikatakan menyusahkan agama, Dr Asri mahu menyeru supaya dibaca sahaja sendiri-sendiri perkara-perkara tersebut? Tak perlu belajar dengan guru. Kalau begitu, apa perlu Rasulullah SAW menghantar Mu’az bin Jabal ke Yaman? Apa perlu Rasululah SAW menghantar sahabat-sahabat lain untuk mengajarkan agama dan ulama-ulama sahabat itu perlu berijtihad pada masalah-masalah yang tiada nas al-Quran dan sunnah.

Islam sememangnya mudah untuk diamalkan. Walaupun begitu, ada juga kesusahan (masyaqqah) yang memang perlu dilalui manusia untuk menunaikan tanggungjawabnya. Contohnya, untuk solat subuh, kena bangun awal pagi dan bangun awal pagi tu susah. Cuba tanya orang Cina atau India, ajak mereka bangun waktu subuh, mereka akan kata susah! Tapi Syariat Islam memang meletakkan sedikit kesusahan (yang masih dalam kemampuan manusia) sebagai menguji lambang ketaatan setiap umat Islam. Adakah kerana Islam itu mudah, maka tak perlu melakukan perkara tersebut?

Dr. Asri berhujahkan dengan hujah yang popular berkaitan Islam itu mudah, iaitu:

i. Ayat Surah Baqarah, ayat 185 bermaksud: Allah mengkehendaki kamu kemudahan, dan tidak mengkehendaki kamu kesusahan.

Ayat di atas ini, adalah sambungan dari arahan berpuasa, dan kelonggaran terhadap orang sakit & musafir. Maka Allah SWT bagi kemudahan dengan beberapa kelonggaran. JuNamun, menafikan keperluan belajar haji secara berguru dengan menggunakan ayat ini, pada saya adalah tidak tepat, tidak amanah dan menyongsang sama sekali.

ii. Ayat Surah al-Nisa`, ayat 28 bermaksud: Allah meringankan ke atas kamu, kerana manusia itu dijadikan lemah.

Ayat ini berkaitan ayat sebelumnya iaitu pengharaman berkahwin dengan ibubapa, adik-beradik dan mahram. maka diberikan kelonggaran berkahwin dengan wanita-wanita islam dan hamba sahaya Islam, dan inilah keringan ke atas umat ini. Jadi, menggunakan ayat ini untuk menafikan belajar fardhu ain (contohnya bab air), juga satu yang tidak amanah dan tidak tepat.

Memang ulama memberi kaedah bahawa sesuatu ayat tidak dikhususkan untuk sebab itu sahaja, tetapi mentafsirkannya untuk menyokong idea kita yang jauh dari kefahaman al-Quran, sunnah dan tradisi ilmu islam juga merupakan satu penyelewengan. Saya takut penulisan Dr Asri diterima bulat-bulat oleh masyarakat yang tidak mengerti kefahaman sebenar ayat -ayat tersebut. Semoga kita sentiasa dalam hidayah dan taufiq dari Allah SWT.

Abu al-’Izz Nazil al-Qedah
Univ. of Jordan