Archive for the ‘Komen’ Category
Protected: Password ialah lokasi universiti saya (e*******)
Monday, March 8th, 2010Sambutan Hari “Mahdi”
Friday, February 26th, 2010Saya sedang mengeblog sambil menjalankan tugas jaga meja buku di persidangan Saviours Day anjuran pengikut Louis Farrakhan. Belum lagi kelihatan orang bangsa selain afro.
Teringin dengar ucapan tapi malangnya sibuk menjual buku (kalaupun dapat masuk, belum tentu saya berani masuk). Nampaknya kumpulan NOI ini makin dekat dengan fahaman Islam Sunni. Penyampai khutbah jumaat siang tadi tidak lain dan tidak bukan ialah Imam Siraj Wahhaj, tokoh sunni terbesar di kalangan Afro American.
Kelihatan para wanita kesemuanya berpakaian sopan, jauh sekali jika dibandingkan dengan ISNA. Kebanyakan memakai jubah dan telekung biru navy. Pihak lelaki ramai berpakaian formal.
Rumusan saya, perjuangan Farrakhan yang menariknya ialah semangatnya membela golongan tertindas. Ketokohan beliau dalam perkara ini tampak amat disegani seluruh dunia. Lihat saja lawatan sedunia beliau sebelum ini. Tentunya kita tolak sepenuhnya akidah mereka. Sebesar-besar syirik. Gara-gara tipu daya puak Ahmadiyyah (W.D. Fard) dan korupsi Elijah Muhammad.
Sekian dahulu
Forced ego crushing experiences
Wednesday, December 3rd, 2008This business that I have come to undertake and which has remained incomplete is no joke.
By hook or by crook, my ego will be crushed. That was the promise.
I could have taken the easy way by slaying it myself. But too stubborn, I am. It is still as big as ever.
What I have experienced lately has been very unpleasant. A warning, it seems, of the inevitability that the ego has to be crushed. Whether I like it or not. Things will be taken away from me until what is left is, I predict, nothing but al-Haqq.
Hold tight!
Intelektual Awam Tijaniyah, Ibrahim Saleh
Wednesday, October 22nd, 2008Pengarah kepada ISITA yang bakal menjadi client webdevelopment saya, Sani Umar, kini memulakan kajiannya terhadap intelektual awam Sufi Tijaniyah dari Nigeria, iaitu Shaykh Sharif Ibrahim Saleh melalui geran penyelidikan dari Carnegie Corp. Thesis beliau bertajuk “Pragmatism and Pluralism in the Traditional Islamic Thought of al-Shaykh Ibrahim Saleh of Nigeria”.
Intelektual Tijaniyah tersebut pertama kali saya kedengaran dalam sebuah artikel jurnal bertajuk The Takfir Debate yang mencoretkan latar pembelaan wirid Tijaniyah angkara polemik yang ditimbulkan antara lainnya oleh salafi modernis tajaan Saudi, Abubakar Gumi. Dalam makalah tersebut, Ibrahim Saleh mengambil langkah yang lebih accomodating dalam membela wirid Tijaniyah sedangkan seorang lagi Ibrahim, iaitu Ibrahim Sidi dari Sudan mendesak Ibrahim Saleh supaya tidak berkompromi.
Tahun lepas, saya berkesempatan bertemu Shaykh ini di sebuah persidangan bertempat di Fez anjuran kementerian awqaf kesultanan Maghribi. Beliau memberi beberapa ucapan, khususnya tentang kaitan Tariqat Tijaniyah dengan Mazhab Maliki dalam menjejak langkah Nur Muhammad. Pun begitu, saya tidak berjaya mengikuti hujahnya hingga habis atas sebab penyampaiannya dalam bahasa Arab.
Pada masa sama, sahabat karib yang menumpangkan saya ketika di Senegal baru-baru ini juga sedang menyiapkan tesis berkaitan wacana jaringan ulama Tijaniyah dari keluarga Cisse dan Niasse.
Tambah mengiurkan, November nanti ISITA bakal menganjurkan persidangan Islam di Afrika dengan menjemput sarjana-sarjana Afrikanis utama seperti Sidi Buch.
Kisah-kisah internship
Monday, July 21st, 2008Alhamdulillah saya kini sudahpun masuk minggu ke-4 dalam internship. Pada awalnya saya membayangkan diri sebagai pelajar kejuruteraan tidak mungkin mampu mengikuti perbincangan intelektual di kalangan para intern yang kesemuanya mengambil jurusan pengajian Islam dan sains sosial belaka. Tetapi kemudian saya dapat rakan-rakan intern ini walaupun mungkin kompeten dalam ilmu sekular, tetapi penguasaan mereka dalam subjek Islamagak mengecewakan. Tambah lagi mereka semunya agak rileks. Entah, mungkin mereka belum menunjukkan taring dan saya sahaja yang tertipu dengan keangkuhan diri.
Masih teringat saya agak pleasantly surprised pada bulan April lepas apabila mendapat tahu saya diterima menyertai program ini walaupun terdapat 2 syarat yang saya tidak lepas — berada dalam jurusan sains sosial dan CGPA yang mencukupi. Meski bershukur, namun masih saya tertanya-tanya apa sebabnya permohonan saya diterima. Jangkaan saya mereka tidak membuat marketing yang berkesan untuk memperkenalkan program ini kepada masyarakat luar. Dengan jumlah permohonan yang tidak banyak, kebarangkalian untuk permohonan saya diterima tentulah lebih tinggi. Terdapat juga unsur nepotisma dalam institut ini. Kira-kira satu suku dari jumlah intern mempunyai hubungan langsung dengan institut ini melalui ibu dan/atau bapa mereka sedangkandi luar sana saya secara peribadi sudah bergeser bahu dengan puluhan pelajar yang lebih berkelayakan mengikuti program ini.
Mujur di sini saya punyai sebilangan kenalan rapat. Selalu saja saya dibawa berkunjung ke zawiyah pada hujung minggu dan keluar makan-makan sebelah malam. Melalui mereka saya dapat mendekati kehidupan masyarakat Islam di sini. Jauh lebih majmuk dan terbuka berbanding di Chicago. Namun, seperti biasa, tentu wujud disparity antara masjid suburb yang mewah dan masjid inner-city yang serba daif. Dikotomi ini suatu hakikat yang menyedihkan di bandar-bandar besar sekitar USA. Semasa menelusuri lebuh raya di sini, saya teruja melihat syarikat-syarikat IT yang berderetan. Dengan suasana Islam yang “hidup” dan peluang pekerjaan IT yang banyak, lokasi ini memang ngam untuk saya sebaik tamat pengajian nanti.
Mujur juga teman sebilik saya sangat aktif dengan masyarakat dan punyai kenalan hebat-hebat. Seboleh-boleh saya cuba ikut beliau keluar berprogram ke sana ke mari walaupun hati kurang sedap dengan beberapa aspek akhlaknya. Saya cuba manfaatkan saja apa yang baik darinya. Pesan Sidi Ahmad Zarruq, “Never expect anything from the creation of Allah, but rather expect things from the Creator, Allah.” Moga Allah ampunkan kami dan beri petunjuk suatu hari nanti.
Saya berhenti di sini. Perlu bergegas ke kelas…
Confused
Tuesday, July 15th, 2008It has been a rude awakening. A culture shock. Of peoples… they have no heart. The Book astore, religious discourse afluous, knowledge abound, tasbih aclicking, talk like ye never stop, yet ye don’t bow and prostrate to the One who ye pretend to call people to. Not even once a day? Shame on them, is all i can say.
I shudder at the thought of all those misled by such pretentiousness and gibberish sweet talk. What to do… oh, what to do.
Third Resurrection Polemic #2
Saturday, June 28th, 2008Does Jackson only see the third resurrection (I may wrongly understand him here) to come about only through the mastery of so-called Sunni “super-tradition”? By what means does one attain that mastery? Perhaps it is true that charismatic leadership seen in the second resurrection is a thing of the past, but does that also mean a denial of some form of social organization replaced by DIY individualism? Perhaps it is worthwhile that one take a hard look into the Sunni tradition and see its means of knowledge transmission and hierarchical leadership manifested through the various Sufi turuq.
Third Resurrection Polemic #1
Wednesday, June 25th, 2008With referrence to this post, I want to start off with some critical questions. So here goes…
I see very often the phrase “the Blackamerican Muslim community”? But why not the “communities“? Why are Blackamerican Muslims viewed as one whole monolithic group? And why are they referred to as “Blackamericans”? Shouldn’t it be more courteous to address them as African Americans?
FA-TA-HA
Tuesday, June 3rd, 2008Jangan dikejar itu. Kalau ada rezeki, shukurlah. Jika tidak, memadailah bagi kita mengejarnya. Berapa kali sudah dia bilang kat saya, bacalah ia… lagi dan lagi, jangan henti-henti, biar sampai mati, kerana ia bekalan abadi! Macam kata si tua alim dari Kansas tu, yang penting ialah usaha mencarinya. Biarlah lambat pun, kerana yang lama diperam itu pasti maha hebat hasilnya.
Envolution
Monday, June 2nd, 2008Mereka sebut evolution. Tapi beliau tegas, patutnya envolution. Dari photon itu lahirnya sub-atomic particle. Bersatunya membentuk atom. Tahap seterusnya ialah molekul asas seperti air yang terbentuk dari gabungan hidrogen dan oksigen. Dan seterusnya… Pada tahap haiwan, mereka kata ada micro dan juga macro evolution. Manusia itu tahap envolution paling tinggi. Kesempurnaan ciptaan alam. Tapi dalam ciptaan paling sempurna itu pun perlu disempurnakan lagi. Bak kata orang “mabuk”, peringkat kesempurnaan dari lailahaillallah kepada lailahilla anta, kepada lailahalillah ana (nota: orang “mabuk” kata, bukan saya kata).
Atom itu peringkat asasi. Molekul adalah peringkat selepas atom bergabung. Manusia hanyalah manusia. Nak maju lagi setahap pun sama juga konsepnya, kena bergabung. Kata Baginda, ianya separuh dari agama. Bahkan ada riwayat kata untuk insan-insan terpilih, ianya 2/3 dari agama.
Tak faham?
(sekadar senaman minda untuk menghilangkan stress… atau makin stress?)