Bulan lepas saya dan si sheikh (rakan niaga) berkunjung ke Devon mencari lokasi-lokasi meletak poster dan berunding dengan kedai-kedai elektronik sepanjang jalan.
Sekitar dua jam berkunjung dari kedai ke kedai, tibalah kami ke cyber cafe. Difikirkan, para pengunjung cyber cafe ini tentunya tak ada internet di rumah. Mungkin peluang untuk menjual.
Tokey kedai seorang Muslim, berjanggut lebat, berasal dari Morocco. Beliau dikunjungi seorang missionary perempuan yang cuba preaching kepada si tokey. Tidak lama kemudian, perbualan 2 orang itu menjadi 4 apabila dua orang customer cyber cafe masuk debat (dua-dua kristian). Si sheikh kelihatan terngiur melihat peluang debat dengan missionary lalu terus masuk dalam bulatan debat. Kisah debat ini kita cerita lain kali.
Oleh kerana saya tidak mahir debat, saya mula cuit keluar seorang dari bulatan itu dan memperkenalkan produk saya. Lelaki itu berminat. Dipendekkan cerita, kami beransur ke rumah beliau untuk sempurnakan jualan.
Kedengaran anjing menyalak (ini perkara biasa di rumah-rumah customer). Saya cepat maklumkan beliau yang saya sangat takut anjing. Lalu beliau mengurung anjing tersebut dalam bilik.
Kami berurus niaga seperti biasa. Usai perkara itu, kami mula berkenalan dengan customer Afro-American ini. Seperti lazim, ras ini kepercayaan kristiannya kuat juga. Beliau mula cerita tentang keluarga. Isterinya jenis mengada-ngada (alah, normal!). Beliau pula tak tahan kerenah wanita (haha, saya faham!). Lalu bergaul dengan wanita-wanita lain.
Isterinya tentulah naik berang. Beliau pula beralasan nak cari kawan sebab isteri dah tak menarik dan asyik “terasa”. Lalu isteri lari ke rumah lain, barangkali cuba mencari teman lelaki lain. Kemudian menafikan anak-anak mereka daripada berjumpa dengan si bapa. Ini celoteh beliau pada saya dan sheikh.
Agama kristian tidak ada konsep cerai. Kalau dah kahwin, kena tahan sampai liang lahad, haram bercerai. Jadi apa boleh buat? Lelaki sudah bosan dengan isterinya yang merajuk tak menentu (biasa la kan, hehe). Tambah pula diet zaman sekarang tak mengizinkan wanita kekal ramping, lagi-lagi dalam konteks ras afro-american yang gemar ‘instant gratification’ seperti hiburan TV, makan ayam goreng, minum soda angggur, etc…
Itulah nasib bangsa ini. Dahulu kala sungguh gah merajai seluruh lembah Futa Jallon, kini diperhambakan oleh sumber-sumber instant gratification seperti dadah, arak, budaya pop, makanan segera dan entah apa macam lagi. Untuk menyedapkan hati mereka, dicandu pula mitos Jesus sebagai penyelamat dan pengasih mereka!