Nota Syarahan Feminisme [2]

Bagaimana feminisme masuk dunia Islam?

Bapa feminisme di dunia Arab ialah Qasim Amin – tulis Liberation of Women 1899 – dari kelas atasan Mesir – menginternalize perspektif pihak penjajah yang dikepalai Lord Cromer.

Lord Cromer ini yang galak pencetekan buku tersebut. Cromer seorang konservatif di England, dan presiden gerakan pemansuhan feminisme. Tapi, mengapa beliau mahukan feminisme di MEsir? Kerna ia strategi pembaratan, memecahkan budaya sedia ada.

Maka peristiwa tersebut menjadi titik tolak liberalisasi wanita. Qasim ini juga sebenarnya sama saja tak pedulikan hak wanita sebagaimana Cromer, berdasarkan keluarga dan cara hidup beliau. Isu ini digalak kerana ada agenda tertentu.

Qasim fokus kepada isu2 spesifik – tidak fokus pendidikan, hak bekerja, kesihatan wanita, isu keluarga. Beliau hanya fokus kepada isu pemakaian tudung dan pengasingan wanita dalam masyarakat. Itu sahaja.

Isu ini beliau samakan dengan segala yang ketinggalan, segala yang negatif, segala yang perlu diubah.

Sejauh mana penting isu ini, hakikatnya ia bukan isu yang substantif (takde isi).

Maka, apa terjadi kepada masyarakat? – Terjadilah pemberontakan besar yang datangnya dari para nasionalis.

Nasionalis ni tak kisah pun pasal Islam, tapi mereka anti-penjajah. Mereka menentang feminisme ini kerana ia dilihat sebagai agenda barat/penjajah.

Beransur-ansur, ulama juga ambil bahagian dalam konflik ini.

Apa yang terjadi ialah diciptakan sebuah legasi of taking issues that belong to culture and have place in islamic law and making it into cutlural symbols and banners – maka dengan itu, substancenya hilang. yang tinggal ialah peperangan simbol.

simbol-simbol jadi seolah mewakili segalanya. Perkara ini perlu kita sedari. kita perlu teliti kaji isu2 politik dan sosial, ketepikan slogan dan simbol. Bercakaplah berasaskan hukum Islam – halal, haram etc.

Bagaimana Feminisme masuk dalam dunia Arab menjadikannay suatu isu bermasalah. Perdebatan ini mengakibatkan kita hilang fokus pada substancenya.

20 thaun belakang ini, sungguh byk penulisan dihasilkan berkenaan feminisme. Pandangan moden adalah asasnya pandangan Barat. Tapi, pandangan pasca moden lebih menguatkan individu, dan boleh berbicara atas landasan nilai kita sendiri.

Kita akan perincikan persoalan wanita dalam politik (permaisuri, queen etc), dalam peperangan, dalam sains/ilmu, mistik dan lain2…

Perubahan sebenarn adalah perubahan yang berasaskan struktur ekonomi, politik, masyarakat dan dalaman manusia. Perubahan pada simbol tidak membawa apa-apa.

Bagaimana boleh lakukan perubahan kalau takde ruang perdebatan.

bila kita asingkan ruang awam dan bezakan ikut jantina dan kelas masyarkaat ini akan ganggu struktur kuasa.

menyekat kebebasan bersuara lazimnya suatu tindakan politik.

Fatimah mernissi – seorang bijak walaupun tak reti arab. idea beliau perlu diambil kira. jangan baling2 pisang kat beliau. kalau orang buat sesuatu kesilapan kita perbetulkan. yang ingin beliau sampaikan ialah bahawa wanita perlu terlibat dalam diskusi.

mengapa jantina suatu isu penting?

nilai yang saya pegang waktu kecil adalah nilai yang bawa saya ke agama ini, nilai ini dididik oleh ibu, makcik dan nenek saya.

kisah sahabatnya di arab saudi punya isteri yang cukup warak zuhud tapi tak tahu dunia luar, tak keluar. malang..

al-jahiz – buktikan ada kerisauan terhadap isu2 kemanusiaan, sedar ada kesan2 sosial dan sebagainya.

wacana feminis beragenda — takde faedah kepada wanita, mewujudkan polarisasi perdebatan, satu kurun pakaiana wanita menjadi simbol terlalu besar.

Leave a Reply