3 perkara utama:
apa itu patriarki? the red flag of feminist discourse. feminisme berkait dengan masyarakat islam, maka kita kena tahu bagaimana untuk berhubung dengannya
adakah masyarakat rasulullah itu patriarkal? (dominasi lelaki)
epistemologi kepastian (epistemology of certainty) – bagaimana kita kenal pasti sesuatu itu sebagai kepastian. di mana asas kepastian? apa yang jelas, mana tidak. perkara yang pasti adalah perkara “qat’e” – prinsip-prinsip umum. yang definitif untuk islam ialah ianya suatu rahmat. maka, sesuatu prinsip yang qat’e ialah pembawaan rahmat. mereka yang tak faham epistemology kepastian, mereka jadi literal dalam tafsiran, ini boleh membawa banyak kesilapan yang bertentangan dengan intuisi.
Essensialisme (sikap pukul rata): adakah patriarki itu asasi? atitud yang essensialis (asasi). apakah wanita itu semuanya memiliki sifat asasi? atitud essensialis terhadap wanita, contohnya, wanita itu lemah etc. Tanggapan salah di sini ialah kerana dianggap ada sifat2 yang monolitik/rata. sedangkan, setiap masyarakat islam itu ada budaya tersendiri, dari segi perbezaan masa mahupun geografi.
sangat penting untuk bezakan Islam sebagai suatu ajaran dan islam sebagai suatu fenomena sejarah/masyarakat, beza antara Islam dan Muslim.
Wanita di medina seperti nusaybah berbeza dengan wanita di mekah. medinah itu datang dari masyarakat pertanian di mana wanita dan lelaki bertani bersama. masyarakat pertanian seperti ini, wanita dan lelaki sama saja (equal).
Di mekah, ekonominya berdasarkan perdagangan jarak jauh. dan caravan yang diguna utk angkut barang dagang tak sesuai untuk wanita. saidatina khadijah jarang guna caravan, akan menghantar wakil/ejen.
kena faham konteks sebegini, juga konteks zaman, tujuan etc. ucapan2 rasulullah, contohnya, adakala dalam konteks arahan peperangan, ada secara peribadi etc.
[banyak contoh tentang "konteks" lagi diberikan]
hadith bahawa wanita lemah intelek dan keagamaan. ini suatu hadith sahih. apa konteks hadith ini?
ini diucapkan baginda dalam solat raya kepada penghulu Ansar – “Saya tidak pernah melihat bagaimana hebatnya wanita mendominasi lelaki. tapi ingatlah pada Allah”.
PATRIARKI itu pemerintahan berdasarkan bapa. penggunaannya diambil dari biblical texts (the patriarchs of Israel). selalu “father” digunakan sebagai Tuhan. bukannya literal, tapi suatu metafora. “son” itu juga metafora saja, kata mereka. patriarki lazim menjadi ideologi.
tapi dalam Islam itu takde penggunaan “father”. tiada jantina terhadap Tuhan.
patriarki biologi: juga suatu essensialisme bahawa wanita miliki sifat biologi yang lemah, cepat menangis, pemaaf.
male is the standard, female defined as the opposite of that
ada juga manifestasi dalam sistem politik. mereka mengekstrimkan essentialisme wanita.
saya kurang suka terjemahan, kerana setiap buku itu ada konteks tersendiri yang akan hilang bila diterjemah.
wanita dalam kehidupan peribadi Rasulullah: hidup dalam masyarakat patriarkal walaupun ada ruang untuk wanita berstatus tinggi seperti Khadijah.
teks kita bercakap terhadap masyarakat patriarki itu.
sebuah ayat berkata saksi seorang lelaki setara dengan 2 wanita. perlu lihat konteks masyarakat. sesetengah fuqaha mengambil soal konteks ini dengan serius, antaranya ibn taymiyyah dan ibn hajar, al-qarafi.
mereka memahami ayat ini sebagai taking of evidence, bukan giving testimony in court. katanya ada konteks budaya patriarki. ada tekanan sosial di situ, tapi dalam keadaan tiada tekanan sosial patriarki, seorang hakim hanya perlu tahu mana yang benar – jika wanita itu cukup syarat sebagai saksi sudah cukup setara dengan wanita.
ini disokong juga oleh realiti bahawa wanita meriwayatkan hadith. rasulullah berkata ambil separuh dari agamamu dari wanita muda ini (aisyah). dan aisyah tak perlu pun ada sokongan saksi lain.
juga kenyataan bahawa terdapat wanita zaman2 awal itu yang mengeluarkan fatwa sebagaimana lelaki. Dan takde lelaki yang menolaknya.
Jadi ada percanggahan di sini antara realiti sebagai saksi dan dalam riwayat hadith/beri fatwa.
umm aiman, halimah adalah sumber maklumat rasulullah sewaktu kecil. umm aiman tahu sebab sentiasa bersama rasulullah. abu bakar, umar selalu saja ikut rasulullah temu umm aiman, dan beliau tenung saja kepada umm aiman.
dan khadijah mainkan peranan teramat penting dalam Islam. dan ini bukan tak sengaja, tapi sebahagian perancangan Allah. ambil kira juga bahawa kematian khadijah itu suatu kesedihan yang teramat besar, barangkali lebih sedih dari kehilangan unclenya.
umm salamah – isteri rasulullah – seorang wanita prominen, bersama di sisi rasulullah di hudaybiyah. rasulullah waktu ini sudah besar kuasa dan pengaruhnya, boleh saja paksa masuk mekah. tapi dalam perjanjian hudaybiyah nampak macam kesilapan, tapi mengejutkan hingga para sahabat tak terkata-kata.
rasulullah menyuruh para sahabat mengorbankan haiwan ternakan, mereka tak buat apa2. beliau berkata kepada umm salamah. umm salamah kata cukur rambut sendiri dan korbankan haiwan sendiri. ini tiba2 membuatkan bebanan terhadap para sahabat terus hilang, terus cukur rambut mereka, korban haiwan ternak.