Peraturan hijab timbul sewaktu zaman di Madinah. Hijab dalam al-quran merujuk kepada keperluan “langsir” di dalam rumah rasulullah.
zaman itu takde wujud perbezaan ruang awam dan ruang sendiri – rumah2 tak ada langsir, tak ada bilik2, tak ada pagar etc. semuanya terbuka – tiada “partition of space”
maka, hijab itu pertamanya adalah untuk memisahkan ruang awam dan peribadi. maka wanita isteri rasulullah berada di belakang “hijab” supaya pelawat-pelawat tak nampak.
kenyataan bahawa mengurung wanita ke dalam rumah itu adalah merujuk kepada hukuman.
dress code pakaian wanita ialah lazimnya muka didedahkan, walaupun niqab juga sesetengahnya digunakan. tapi lelaki juga pakai niqab. maka niqab ini fungsinya lebih kepada untuk menyorok jantina.
lelaki dan wanita pemakaian mereka hampir sama – mereka umumnya miskin – pakaiannya seperti orang pegi haji – kain. ada juga sesetengah yang pakai seluar dan shirt.
wanita terlibat dalam hampir segenap aspek masyarakat, malah juga dalam peperangan dan aktiviti politik (sebagai penasihat).
ruang awam tidak dipisahkan antara lelaki dan wanita.
Konteks perkembangan awal islam ini sangat radikal dari segi hak antara jantina.
contoh hadith – women are nothing less than full sisters of men (not half sister of men).
as-shifa bint abdillah – wanita quraisy – mendidik ruqayyah menulis – rasulullah sering melewatinya. saidina umar juga selalu minta nasihat as-shifa, jarang sekali polisi umar menentang pandangan as-shifa. as-shifa juga in-charge pasar dagang di Madinah.
Asma bint uways – juga seorang penasihat hebat – umar selalu jumpa beliau untuk minta nasihat, dan juga sebagai pentafsir mimpi.
Fatimah bint qays – prominen di kalangan para sahabat – seorang intelek – dianggap seorang yang sempurna dalam segala aspek – selalu saja sedia menolong – wanita yang sangat terkenal
Satu lagi perkara ialah isu Epistemologi Kepastian – bila ditimbulkan isu jantina, kita ada beberapa teks yang problematik. contohnya ialah teks yang perlukan 2 saksi wanita, dan hadith bahawa wanita itu lemah inteleknya.
dalam sejarah islam klasik, terdapat perbezaan antara ulama dan orang awam – perkara yang membezakan ialah kemampuan membezakan yang definitif dan spekulatif. contohnya, perkara tauhid – satu tuhan. juga perkara bahawa solat itu 5 waktu. tawaf itu 7 kali. ini semua perkara qat’e (pasti). jadi perkara2 yang umum ini qat’e, cuma perbezaan dalam hal2 spesifik.
contoh “whoever brings fallow land to life owns it” – maksud zahirnya jelas, bahawa sesiapa yang jumpa tanah yang tak ditani, dan bercucuk tanam situ, maka tanah itu miliknya. ada sesetengah ulama, contohnya, abu hanifah, kata ianya benar hanya jika pemerintahnya membenarkan. hadithnya tak jelas, pendapat abu hanifah. kita tak ada hak membuat asumsi terhadap konteks hadith ini.
persoalan besar yang ditimbulkan dr jackson dalam Islamic Literacy ialah memahami perkara-perkara qat’e dan tidak. jika tidak, orang yang ikhlas sekalipun akan tersilap faham dan cenderung mengambil pandangan zahir kenapa seolah nampak ianya pasti/jelas.
kita perlu memberi definisi patriarki. kita juga perlu adil dan saksama. amina wadud tak pernah mendefinisikan “patriarki” walaupun beliau selalu sahaja menolaknya.
“ideologi” itu memperkasa sesuatu kelas manusia di tangan orang lain.ianya terminologi yang diperkenal oleh golongan marxis.
apa yang kita boleh lakukan untuk memperkasa wanita seperti zaman dulu itu? budaya, zaman itu sangat penting dan perlu faham konteks budaya, manusia dan zaman itu. kena guna fiqh dengan bijak. tahu mana yang kekal, mana berubah.