wanita crouching tiger – iaitu nusaybah
azdah bint al-harith
umm habib bint al-’as
hidden dragon – khawlah bint al-azwa
di tempat queen elizabeth, ganti dgn zubaidah bint jaafar dan nurjihan
bila lihat sejarah islam, kita ada pelbagai sumber sejarah yang boleh dijadikan kisah sangat indah, yang lebih real berbanding kisah2 lama tamadun cina, jepun, barat etc.
bagaimana rasulullah menangani isu jantina – sangat natural caranya – seorang nephew rasulullah bernama al-fadl – seorang wanita jelita termenung kepada al-fadl, al-fadl juga membalas tenungan itu – rasulullah nampak, berikan peluang, kemudian palingkan pipi alfadl ke arah lain. – di sini nampak kelembutan cara rasulullah, tiada rigidity.
nusaybah bt ka’b – dari suku Ansar madinah – seorang sahabiah, perawi hadith tapi tak banyak sebab mati awal – seorang mujahidah dalam segala aspek. terkenal dengan deen, nusuk, ijtihad dan berdikari.
wanita quraisy beza kerana budaya lain – dalam masyarakat mekah, ekonominya perdagangan caravan. khadijah tak naik caravan, bahaya. di madinah ekonominya pertanian di mana lelaki dan wanita bertani sama-sama. maka di madinah wanita kuat dan dominan. sebab itu wanita ansar turut dalam perang. sementara, wanita mekah. nusaybah antara yang berada dalam perjanjian aqabah. what man can do better than her? wherever i looked there she was
perang uhud – muslim mulanya tengah menang – kafir datang kembali, nusaybah menjadi penyelamat rasulullah – nusaybah cedera, hampir tak boleh berjalan langsung, para sahabat angkut beliau. rasulullah taknak masuk rumahnya selagi dapat khabar nusaybah.
perang yamamah – peristiwa yang sangat kritikal – musaylimah adalah ancaman terbesar umat islam selepas kewafatan rasulullah. Orang najd ini gagah, pahlawan hebat. jadi perang ini sangat sukar. Nusaybah pergi perang ini, abu bakar suruh khalid jaga nusaybah. abu bakar pastikan khalid beri kehormatan kepada nusaybah.
dalam perang itu, nusaybah kini sedikit tua, tangannya putus dalam perang ini. tapi yang susahnya bukan tangan saya, tapi khalid mengubatnya dengan meletakkan baki tangannya ke dalam air mendidih.
dalam perang yarmuk di jordan, perang yang teragung pasca kewafatan rasulullah – ini perang menentang bizantin rom – rom sudah lama bersedia, dan tentera mereka dilatih penuh. seorang pahlawan bernama juwairiyah, dari keluarga abu sufyan (keluarga kaya), kudanya bagus. beliau terkenal sebagai antara yang paling berani. walaupun muslim menang, tapi hampir kalah. Umm Habib bint al-’as menjadi hero.
bila kita bicara tentera, terus kita fikirkan semuanya lelaki. tapi dalam pasukan tentera islam, lelaki membawa turut isteri dan anak perempuan mereka dalam perang.
azdah bint al-harith: di basrah, antara tigris dan euphrates, dalam perang menentang parsi. bilangan parsi jauh lebih besar. macam mana nak pertahan diri?
azdah bincang para wanita – kata mereka, hanya satu pilihan iaitu turut serta dengan lelaki dalam perang itu. azdah buka tudung, ikatkannya ke spear jadi bendera supaya bila lari masuk perang, mereka dianggap tentera lelaki “reinforcement”. break the back of persian army.
khawla bint al-azwa: the Hidden dragon
-masuk tentera khalid al-walid, alrabi’ ibn utbah – abangnya tokoh penting – khawla masuk perang menentang bizantin kerana nak tolong abangya, iaitu Dirar. dirar ini pakar martial art (seni pertahan diri). masuk perang tanpa apa-apa armor. khawla pakai armor dan niqab etc, untuk sorok jantina beliau. kerana zaman itu, pemakaian niqab itu bukan wanita sahaja, lelaki juga pakai. khawla bukan sahaja perang lawan rom, tapi cuba mencari Dirar. al-rabi’ tertanya-tanya siapaka orang itu. semuanya menyangka orang sehebat itu (khawla) tidak lain hanya Khalid. kemudian bila rabi’ temu khalid, mereka bingung. mereka tanya-tanya siapa beliau.[panjang lagi cerita ni]. kisah ini barangkali boleh jadi kisah hollywood.
antara kelebihan wanita dalam tentera ialah mempertahankan integriti moral tentera tersebut – bila ada ibu, kakak terlibat, rasa tentera tu macam natural, jaga disiplin, juga lebih bersungguh untuk jaga wanita dalam tentera itu.
dalam kes perang dengan bizantin itu, mereka guna taktik menangkap semua tentera wanita. tapi mereka tak sangka ada wanita sehebat khawla. [potong] kisah yang indah, bukan sekadar kisah reka2, tapi kisah benar.
lihat bagaimana hollywood memaparkan old wild west dengan orang berkulit putih berpakaian segak naik kuda etc sedangkan org hitam hina. padahal ikut sejarah ini tidak tepat, ramai juga orang hitam cowboy. malangnya hollywood taknak gambarkan realiti ini, dan dengan inilah masyarakat terpengaruh. kalau gambarannya lebih tepat barangkali mudah sedikit untuk rakyat US terima perpaduan kaum.
kita perlu pelajari perkara ini.