Panas…

Ceramah divine love membuatkan saya dibuai haqiqat al-Jamil. Tapi dalam pada itu, saya teringat juga bahawa ada zikir tertentu yang membuatkan kita jadi panas. Zikir yang mengingatkan kita kepada haqiqat al-Jalil.

Cuba ikuti naratif berikut:

“Satu hari tu, saya berada dalam keretapi menuju Rabat. Kabin yang agak kosong menghadiahkan peluang lumayan. Hingga 21000 kali tasbih zaytun celupan minyak sandalwood dipetik mengulang kalimah durud al-fatih. Tatkala bangun bila keretapi berhenti di Rabat, saya rasa panas dan menggigil. Dalam pada itu, bertembung pula dengan seorang pemuda di tepi jalan. Entah kenapa dia tiba-tiba cari pasal, mungkin kerana melihat pakaian saya yang berkopiah dan jubah, menghasut saya macam-macam perkara mengarut, hingga bila beliau mengatakan bahawa solat itu tak wajib, saya hilang sabar. Lalu termuntah segala dalil naqliyah ibarat hos bomba. Selepas itu saya lihat segalanya merah padam…

Leave a Reply