Kepala Batas menjadi tuan rumah Persidangan Ulama ke-4 pada 4 Januari 1953. Pada peringkat ini, Persatuan Islam Se-Malaya mengumumkan objektifnya, iaitu:
1. Berusaha dengan kuat untuk memperkenalkan kepada rakyat jelata akan kemerdekaan yang tulen serta menanamkan kedalam jiwa mereka semangat kemerdekaan itu sambil menunjukkan cara-cara mencapainya,
2. Berusaha dengan kuat memperkenalkan demokrasi yang sejati dan menyatakan faedah-faedahnya kepada negara dan umat Islam serta berusaha menanamkan semngat demokrasi ke dalam jiwa masing-masing sambil menunjukkan cara-cara mencapai demokrasi,
3. Mengatur dengan kemas cita-cita merdeka PAS dan sebuah PAS yang menjalankan segala tanggung jawab yang berkaitan dengan agama Islam,
4. Berikhtiar memperkenalkan diri PAS sebagai mewakili umat Islam Melayu kepada alam Islamiah dan badan-badan kebajikan Islam seluruh dunia serta membuat perhubungan dengannya, sama ada dalam perkara-perkara kebajikan bagi Malaya khasnya dan dunia amnya,
5. Berikhtiar melaksanakan hukum-hukum Islam.