Perginya sang Afrikanis muda

Ingin saya luahkan kesedihan akan sang Afrikanis muda kesayangan yang terpaksa berpindah ke UMich setelah gagal memperolehi tenure di universiti saya. Tentu beliau yang saya panggil Sidi Buch itu berat hati meninggalkan universiti ini kerana reputasinya sebagai pusat pengajian Afrika terulung. Tapi apakan daya, beliau kata “too many fishes in the sea”.

Telah beliau janji untuk mengajar saya kelas sejarah Islam Afrika. Telah beliau janji untuk jamu saya masakkan Senegal ala Rasta. Ingin benar saya dengar beliau sampaikan satu-satunya khutbah Jummat, tapi seringkali jawapan beliau terhadap pelawaan saya “I’ll think about it and make istikharah”. Nampaknya saya kempunan…

Humph… setelah hilangnya ahli falsafah dan sufi Tijani terkemuka dari Senegal Dr Bashir yang berpindah ke Columbia, saya kehilangan seorang lagi rakan Afrikanis. Tak apalah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Moga para pelajar Muslim di Ann Arbor, masyarakat Lubnan di Dearborn dan masyarakat Senegal di Detroit menyambut kehadiran beliau sebaik-baiknya. Jujur saya amat cemburu dengan orang-orang UMich yang sudahpun punyai Dr Abdul Hakim Jackson dan kini memperolehi Sidi Buch.

Sungguhpun begitu, hal ini hanya akan menguatkan semangat saya melobi Presiden Universiti untuk cepat-cepat merekrut professor baru mengajar Pengajian Islam dan Afrika.

Leave a Reply