Sambutan Hari “Mahdi”

Saya sedang mengeblog sambil menjalankan tugas jaga meja buku di persidangan Saviours Day anjuran pengikut Louis Farrakhan. Belum lagi kelihatan orang bangsa selain afro.

Teringin dengar ucapan tapi malangnya sibuk menjual buku (kalaupun dapat masuk, belum tentu saya berani masuk). Nampaknya kumpulan NOI ini makin dekat dengan fahaman Islam Sunni. Penyampai khutbah jumaat siang tadi tidak lain dan tidak bukan ialah Imam Siraj Wahhaj, tokoh sunni terbesar di kalangan Afro American.

Kelihatan para wanita kesemuanya berpakaian sopan, jauh sekali jika dibandingkan dengan ISNA. Kebanyakan memakai jubah dan telekung biru navy. Pihak lelaki ramai berpakaian formal.

Rumusan saya, perjuangan Farrakhan yang menariknya ialah semangatnya membela golongan tertindas. Ketokohan beliau dalam perkara ini tampak amat disegani seluruh dunia. Lihat saja lawatan sedunia beliau sebelum ini. Tentunya kita tolak sepenuhnya akidah mereka. Sebesar-besar syirik. Gara-gara tipu daya puak Ahmadiyyah (W.D. Fard) dan korupsi Elijah Muhammad.

Sekian dahulu

One Response to “Sambutan Hari “Mahdi””

  1. admin says:

    “mahdi” here referring to “saviour”. W D Fard is considered their mahdi, or savior.

Leave a Reply