Sujud Sajdah Pagi Jumaat

Kapten Hafiz Firdaus telah membangkitkan persoalan sujud sajdah pagi jumaat dalam suratnya kepada Utusan di sini.

Hujahnya, ulama tersalah kerana melazimi sujud sejadah pagi jumaat sehingga orang awam terkeliru sehingga menyangka ianya wajib. Tetapi…

a- Adakah apabila kita melazami sesuatu amalan yang sunnah, ia akan menjadi kesalahan kerana ‘create’ salah sangka masyarakat? Bagaimana pula kalau kita melazimi baca surah pada rakaat pertama dan kedua dalam sembahyang, baca tasbih dalam ruku dan sujud, duduk iftirash ketika tahaiyyat? Apakah dengan melazimi amalan ini kita telah ‘tersalah’ kerana menyebabkan orang awam menyangka perkara-perkara ini wajib? Bagaimana dengan berwudu kerana kita melazimi mebasuh tangan hingga pergelangan, menghisap air ke hidung dan berkumur serta mentiga-kalikan membasuh satu-satu anggota wudu?

b-Apakah semua masjid, surau, musalla, balaish yang membaca surah sajadah pada pagi jumaat?. Kalaulah Kapten Firdaus jujur pada diri sendiri, dia mungkin terdengar yang ada ahli masyarakat yang tidak sembahyang di musalla yang dilaziminya pada pagi
jumaat tetapi pergi ke masjid kerana hendak sujud sajadah. Mungkin juga Kaptain Firdaus juga tahu yang bukan sedikit orang yang menjadi imam di musalla dan surau yang tidak hafal surah sajadah dan surah al-Insan, mereka ini hanya membaca ayat-ayat lazim
pada mana-mana sembahyang sekalipun. Tidak ada orang sejahil manapun yang mengatakan sembahyang mereka tidak sah kerana meninggalkan perkara wajib dalam sembahyang subuh pagi jumaat, iaitu sujud sajadah.

c-Adakah kita mengiktiraf mazhab Imam Syafie adalah mazhab muktabar? Mazhab yang dii’tiraf oleh ulama sepanjang zaman?. Kalau kita beranggapan mazhabini mazhab yang muktabar, maka kita tidak akan mudah menyalahkan fahaman dan pegangan ulama azhab ini, bahkan kita melihat keluasan faham mereka, kita tumpang manafaat kedalaman ilmu mereka, Kita jimatkan masa dalam pencarian nas-nas untuk dijadikan dalil dalam beribadat kerana memanafaatkan usaha yang telah mereka sumbangkan.

d-Adakah kita dijangkiti penyakit takabbur, melihat kitalah yang betul dan benar, kitalah penemu kebenaran yang telah diselindungi oleh ulama? Kitalah penemu hadith2 yang menjadi dalil kepada ibadat secara yang dijalankan oleh Rasulullah SAW , sedang ulama walaupun mereka menghasilan kitab-kitab syarah hadith, mereka tidak secerah kita! Ilmu seakan-akan menjadi suatu
agenda yang ‘self-centered’, kita dan pendapat kita, kita dan faham kita, kita dan feqah kita…..

Aduhai malangnya masyarakat kita, apabila yang mengeluarkan pendapat agama adalah golongan-golongan yang academically dan intellectually takabbur, walaupun walaupun mereka sopan dan tertib dalam tingkah-laku

Leave a Reply