Bercerai dengan suaminya pada usia awal 30-an. Bersama bayi berusia 6 bulan dan 3 lagi anak, beliau lalu mulakan tempoh pengajian PhDnya di negara orang putih. Bagaimana beliau membesarkan seorang bayi dan 3 pelajar sekolah rendah di negara asing keseorangan sambil membuat PhD? Si bayi itu merangkak pun tak boleh lagi. Lagi dua anak itu, cakap Inggeris tak reti sudah dicampak ke sekolah rendah awam di tengah-tengah masyarakat kampung orang putih yang tidak pernah lihat bangsa selain bangsa putihnya? Anak sulungnya seorang perempuan, baru saja nak melangkah alam baligh. Kita tahu sangatlah bagaimana kerenah perempuan pada usia begini pasti tegang saja hubungan dengan ibunya. Bagaimana masih mampu ibu ini menanggung segala bebanan ini dan pada masa sama masih mampu pulang dengan segulung ijazah PhD dari universiti sebuah negara dunia pertama?
Dan kini keempat-empat anaknya sudah matang dan boleh dikatakan berjaya belaka. Bagaimana boleh terjadi ini semua? Kisah ajaib ini. Tentu sekali. Ibu yang membesarkan 4 orang anak dalam kesusahan begini, balasannya setinggi-tinggi syurga sahaja layaknya. Allahu Allah…
masha Allah..ibu itu
Allahumma Amiin…jannahlah yg paling layak bgnya.
beruntunglah anak2 memiliki ibu itu
alhamdulillah
bertuahlah ibu mempunyai anak2 itu
anak2 yg tahu erti berterima kasih.